Completed
                        
68208
                    Tiba di kediaman Hajah Hamizah, Nurul memberi salam, “Assalamualaikum!”
Irfan yang memegang paying yang telah digulung memandang sekeliling rumah banglo itu. Dahinya berkerut-kerut. Dia terasa seperti pernah berkunjung ke rumah nenek Nurul itu. Bukan ke ini rumah...
“Waalaikumussalam.” Kedengaran suara sahutan dari dalam rumah. Tak lama kemudian, pintu pagar automatik terbuka serentak dengan pintu gelangsar. Kelihatan seorang wanita tua melangkah keluar dari rumah.
“Awak, jomlah, saya kenalkan nenek saya,” pelawa Nurul. Dia melangkah menghampiri neneknya. Irfan membuntuti langkah gadis itu. Dia meramas jari-jemarinya. Opah Mizah, wei! Masak aku!
“Opah sihat?” soal Nurul setelah menyalam tangan neneknya.
“Alhamdulillah, opah sihat saja. Ni siapa?” soal wanita itu. Matanya mengerling Irfan sekilas.
“Ni senior Nurul, Irfan. Irfan, ni nenek saya.”
Irfan menunduk sedikit tanda hormat. Dia senyum palsu. Dia bimbang jikalau nenek Nurul dapat mengecamnya.
“Oh... Senior! Ha, panggil opah je senang. Kauorang berdua dah makan belum?” tanya Hajah Hamizah mesra. Irfan menghembus nafas lega. Nasib baik Opah Mizah tak cam aku! Alhamdulillah...
“Pagi tadi, dahlah. Tengahari belum lagi,” balas Nurul.
Irfan mengerling jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 12.15 tengahari.
“Hah, alang-alang Irfan dah datang sini. Irfan, makanlah dekat sini sekali, ya?” pelawa Hajah Hamizah.
Irfan tersenyum nipis. Dia serba salah untuk menolak pelawaan wanita berusia itu. “Eh, susah-susah saja!”
“Tak ada susahnya! Opah siap masak dah pun!”
“Irfan, jomlah makan sekali! Masakan opah sedap tau! Rugi kalau awak tak rasa...” Nurul pula cuba mepelawa seniornya.
“Ish, biasa saja! Nurul sajalah!” marah Hajah Hamizah. Nurul hanya tersengih.
Irfan tersenyum. “Baiklah kalau begitu. Nak juga rasa masakan sedap opah yang Nurul kata tu.” Errkk? Nak rasa? Aku dah selalu sangat rasa masakan Opah Mizah sejak aku berkawan dengan... Oh Irfan! Please forget about her!
“Ish, Irfan... Tak adalah masakan opah tak sedap mana pun. Tak sesedap Chef Wan masak!” ujar nenek Nurul merendah diri.
“Yang bandingkan diri opah dengan Chef Wan tu buat apa? Tak de faedah!”
“Eh, dah! Ni sampai ke tahun depan pun kome berdua tak makan!” Hajah Hamizah berjalan memasuki rumah diikuti Nurul dan Irfan.
USAI sahaja makan tengahari di rumah Hajah Hamizah, Irfan berjalan kaki menuju ke masjid bagi menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Selepas itu, dia berjalan kaki pulang ke rumah neneknya. Tiba di rumah neneknya, dia memberi salam sambil membuka selak pagar yang tidak bermangga.
Kedengaran suara orang menjawab salam sebaik sahaja Irfan menghampiri pintu utama. Kelihatan Puan Izani membuka pintu utama. Dia menjenguk ke luar pagar mencari sesuatu atau mungkin seseorang.
Irfan menoleh ke belakang mencari apa yang dilihat mamanya. Kening sebelahnya terjungkit. Mama aku cari apa? Mana ada apa-apa dekat luar. “Mama tengok apa?”
“Mana kawan kamu? Kata balik dengan kawan? Takde pun dia...” ujar Puan Izani. Kepalanya masih terjenguk mencari kelibat kawan anaknya.
Irfan menghela nafas perlahan. Dia menggeleng kecil. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. “Mana ada, ma. Ril balik jalan kaki tadi.”
“Laa... kenapalah Ril tak call mama minta jemput? Mama cuti hari ni. Ril tak penat ke jalan kaki dari sekolah ke rumah?”
Irfan menanggalkan cermin matanya lalu diletakkan di atas meja kopi. Dia merebahkan diri di atas sofa empuk. Dia memejamkan matanya. Lengannya diletakkan di atas dahi. “Mestilah penat, ma. Lagi mahu tanya,” gumamnya perlahan.
Puan Izani menutup pintu utama. Dia berjalan menghampiri Irfan. Paha anaknya ditepuk perlahan. “Kut ya pun penat, pergilah tukar baju. Mandi ke apa... Dah makan ke belum ni? Solat dah?”
“Sat lagilah Ril mandi. Ril dah makan, dah solat kat masjid tadi. Ril penatlah ma... Please let me take a nap,” pinta Irfan. Suaranya mendatar.
“Kalau tak nak mandi pun, pergilah tukar baju. Dahlah balik jalan kaki. Masam baju tu! Ril! Ril!” panggil Puan Izani. Dia ingin memanggil nama anaknya kali ketiga tapi terhenti apabila terdengar dengkuran halus. Dia tergeleng kecil. Dah tidur rupanya! Penat sangatlah tu...
NURUL berada di satu kawasan lapang. Dia duduk sambil kakinya dilunjurkan ke hadapan. Kedua-dua tangannya berada di belakang menahan tubuh dari jatuh ke tanah. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang sering kali menjengah mimpinya suatu masa yang lalu. Lelaki itu berkulit cerah berambut pacak. Dia tinggi beberapa inci darinya.
“Kenapa awak bawa saya ke sini?” soal Nurul tanpa dia sedari mulutnya menyoal. Dia terasa seperti ada orang lain yang mengawal tubuhnya.
“Sebab aku nak kau tahu tempat ni menenangkan fikiran aku. Kat sini aku akan melepak setiap kali aku rasa stres,” terang lelaki itu.
“Siapa lagi yang tahu tempat ni?”
“Tak de sesiapa. Kau orang pertama yang aku bawak.”
“Kenapa mesti saya?”
“Sebab kau istimewa dalam hidup aku.”
Nurul terbangun dari mimpi. Dia duduk tegak atas katil bujangnya. Dia tercungap-cungap. Entah mengapa, dia terasa seperti baru dikejar hantu. Terasa seperti baru bermimpi sesuatu yang ngeri.
Siapa lelaki itu? Dia sudah lama tak jengah mimpi aku. Kali terakhir sewaktu aku tingkatan satu. Aku tak boleh nak cam mukanya, sebab dalam mimpi tu agak samar-samar wajahnya. Apa istimewanya aku dalam hidup dia? Kat mana tempat dia bawak aku tu? Soal Nurul dalam hati.
Terlalu banyak persoalan di minda Nurul. Dia keliru. Apa maksud semua mimpi itu? Siapa lelaki itu? Adakah itu bakal atau telah menjadi realiti? Ataupun ianya hanya mainan tidur?
Share this novel