Completed
                        
68208
                    Irfan memandu kereta Audinya. Dia dapat rasa betapa peritnya hati tatkala ditolak oleh orang yang kita mulai suka. Aku suka kau Nurul! Kau tahu tak aku suka kau sangat-sangat?
Irfan menahan air matanya. Ini adalah kali kedua dia menangis sepanjang hidupnya. Pada pertama kali, dia menangis kerana dia sudah kehilangan Ana dan kini, Nurul menolaknya. Hatinya terasa begitu pedih.
Tiba-tiba lagu Two Is Better Than One kedengaran menandakan ada panggilan masuk. Irfan menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon pintarnya. Dia membaca nama yang tertera. Chad.
Irfan menjawab panggilan itu. Dia sudah agak kawannya itu akan call. Tadi, dia cuba call Arshad tapi panggilannya tidak berjawab. Matanya masih fokus pada pemanduannya. “Kau kat mana sekarang?” soalnya setelah memberi salam.
“Kat rumah aku. Apahal?”
Irfan menggigit bibir. “Aku nak jumpa kau sekarang.”
Arshad di talian menjawab, “Hah, nak jumpa datanglah rumah aku. Aku malas nak keluar.”
“Okey, thanks. Nanti kau text kan alamat rumah.”
Setelah mendengar jawapan okey dari Arshad, Irfan terus memutuskan talian.
Setibanya di rumah Arshad, Arshad mempelawa kawannya duduk. Irfan duduk di atas sofa. Arshad berlalu ke dapur. Tak lama kemudian, dia datang dengan dua tin air hundred plus. Satu tin dihulurkan kepada Irfan.
Irfan menyambut huluran itu. dia melihat sekeliling rumah sewa Arshad. “Kau tinggal seorang je ke?”
Arshad menggeleng seraya menerangkan, “Takde lah. Dalam rumah ni ada empat orang duduk termasuk aku. Hari ni hari Ahad, memang takde yang melekat kat rumah, mesti pergi hang out atau date dengan awek diorang.”
“Kau tu, tak nak jumpa Arlyssa? Arlyssa kan awek kau..” usik Irfan.
Arshad menggeleng lagi. “Kau ni cakap macam Putri jiran sebelah rumah aku je. Dia tu belajar kat Kelantan. Memang taklah aku date dengan dia setiap Ahad. ‘Ringan’ poket aku nanti,” bebelnya.
Irfan sekadar tersengih. Dia tahu Arlyssa tiada di sini. Niatnya tadi cuma mahu mengusik, sekali yang dapat bebelan dia. Hmmm... Nasib badanlahh!
Arshad membuka tin itu lalu diteguk sedikit airnya. “Kau okey tak? Tetiba ke call aku, ajak jumpa.”
Irfan mengeluh. “Aku... jumpa Nurul tadi.”
Arshad menjungkitkan kening sebelah menyuruh Irfan menyambung.
“Aku luahkan perasaan aku pada dia. Tapi dia... dia...” Irfan menjilat bibir. Dia tidak sanggup mahu menyebut perkataan itu. Perit di hati kembali terasa.
“Dia reject kau?” Soal Arshad berhati-hati.
Irfan memejam mata erat tanda mengiyakan.
Arshad duduk menyandar. “She did that again. Mula-mula Razif, sekarang kau pulak.” Dia berbisik sendiri.
Irfan memandang Arshad. “Apa kau cakap?”
Arshad menggeleng. “Dulu Razif pun kena macam kau jugak. Tapi itu mungkin sebab kita masih bersekolah dan dia dah ada someone di hatinya.”
Irfan membulatkan sedikit matanya. “Nurul kata macam itu dekat Razif?”
Arshad mengangguk. “Dalam situasi kau ni, aku tak pasti sangatlah. Mungkin Nurul tak suka orang lain tahu pasal siapa yang dia suka. Mungkin juga, Nurul jenis yang tak suka luahkan perasaan selagi dia belum habis universiti?” Dia membuat andaian.
Irfan hanya diam.
“Bersangka baiklah, bro.”
SYAH membaca novel Muridku Suami Aku. Di tangannya ada choki choki. Ya, Syah memang gila suka choki choki.
Kedengaran pintu utama dibuka dan ditutup. Syah tahu siapa itu. Nurul menghempas punggung di atas sofa.
Syah mengerling Nurul sekilas sebelm kembali menatap novelnya. Namun, belum sempat dia membaca walau satu perkataan, dia memandang Nurul. Wajah kawannya itu kelihatan sembap. Seperti baru sahaja menangis.
“Babe, kau okey tak?”
Nurul yang sudah pun memejam mata, mengangguk lemah.
Syah masih tidak puas hati akan jawapan Nurul. Dia tahu Nurul baru lepas menangis. Cumanya dia masih tidak tahu siapa yang buat kawannya menangis. “Nurul, kenapa muka kau sembap? Kau baru lepas nangis ke?”
Nurul hanya diam membisu.
“Nurul, tolong jawab soalan aku boleh tak?”
Nurul memandang wajah Syah. “Kau ingat tak ex-headboy kita waktu form four?” Soalnya tanpa menjawab soalan Syah.
Syah mengerutkan kening. “Head boy? Form four? Abang Irfan ke?”
Nurul mengangguk perlahan. Dia memandang ke hadapan. “Aku jumpa dia tadi.”
Syah terkejut. “Kau jumpa dia? Macam mana dia sekarang? Makin hensem? Ke masih kekal title ‘mamat skema’ yang kau bagi tu?” Perkataan mamat skema ditekankan.
Nurul senyum tidak berperisa. “Dia... suka aku”
Mata Syah terbeliak. “OMG! Dia suka kau? Seriously? Habis kenapa kau menangis?
Dia buat apa-apa kat kau ke?”
Nurul menghela nafas. Kalau Irfan nak buat apa-apa kat aku, dari waktu awal dia temankan aku balik, dia dah try buat. “Aku... Aku reject dia.”
Mata Syah bagaikan hampir mahu terkeluar dari soket. “What did you say? Kau reject dia? Babe, lelaki macam Abang Irfan tu susah tau nak jumpa. It's like, one in a million!”
Nurul memandang Syah. “I have my own reason.”
Syah duduk tegak. “And what's your reason actually?”
Nurul mengeluh. Dia menceritakan tentang cinta pertama Irfan.
Syah terdiam seketika. Dia tak sangka Nurul mempnyai hati yang baik. Dia, Aisyah, Amira, Fatin dan Syam tahu yang Nurul sukakan Irfan. Tapi dia tidak menyangka bahawa Nurul akan mementingkan hati dan perasaan orang lain berbanding perasaannya sendiri.
Share this novel