Completed
                        
68208
                    Opah Mizah kembali masuk ke dalam rumah sebaik sahaja Shazril meminta diri untuk pulang. Pada masa yang sama, Andriana keluar dari biliknya. Dia bertanya, “Siapa tadi tu, opah?”
Opah Mizah menjawab malas, “Siapa lagi, kawan kamu lah..”
Dahi gadis itu berkerut. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kawan aku? Setahu aku, aku mana ada kawan kat sini. Yelah, siapa je yang sudi kawan dengan aku yang kulit gelap ni, kan?
“Dia cari siapa opah?” tanya Andriana lagi.
Opah Mizah melabuhkan punggung di atas sofa. Dia mencapai alat kawalan jauh lalu membuka siaran televisyen yang memaparkan drama sinetron Indonesia. Andriana duduk di sebelah opahnya. Opah... Opah... tak habis-habis dengan cerita sinetron.
“Dah nama pun kawan kamu, mestilah dia cari kamu. Lagi mahu tanya.” Opah Mizah geleng sedikit.
Dahi Andriana berkerut seribu. Kawan? Di atas kepalanya seakan ada banyak tanda soal.
“Kawan mana ni, opah? Ana manalah ada kawan kat sini.”
“Shazril lah. Siapa lagi?”
Ooh.. Dia ke? Eh, jap! Shazril?? Mimpi apa dia nak cari aku. Selama ni, mana pernah dia nak datang rumah opah semata-mata sebab nak cari atau jumpa aku. Buang tabiat apa? Argh.. this is so unbelievable plus ridiculous! Adakah dia menyesal sebab kutuk dan hina aku? Aduh, merepeklah kau! Dalam mimpi jelah, dia nak menyesal. Aku berani kerat jari, yang dia tak akan mungkin menyesal cakap macam tu.
Kalau benda itu berlaku, argh.. alangkah bahagianya hidup aku. Bukan senang aku nak selesa dengan lelaki. Aku sendiri tak tahu kenapa aku selesa berkawan dengan dia. Aku rasa selamat dan tenang bila dengan dia.
“Urmm.. Opah cakap apa pada Shazril?”
“Opah cuma kata yang Ana tak balik sini. Mama Ana tak boleh nak hantar Ana ke rumah opah. Kenapa?”
Andriana menggeleng. “Tak ada apa-apa. I'm just asking. Ana masuk bilik dululah, opah.” Dia meminta diri.
Opah Mizah hanya mengangguk kecil tanda mengizinkan.
SHAZRIL mengayuh basikal ke Warung Pak Abu. Dia bukan rajin pun datang ke warung itu, tapi disebabkan abang Andriana mengajaknya bertemu. Mahu tidak mahu terpaksa jua permintaan itu diturutnya.
Tiba di Warung Pak Abu, Shazril menyandarkan basikalnya di sebuah pokok. Kemdian dia berjalan menuju ke meja yang diduduki abang Andriana. “Assalamualaikum, bang!” sapa Shazril. Dia menghulurkan tangannya.
Amir memberikan senyuman pada Shazril. Dia menjawab salam lelaki itu seraya menyambut huluran tangan untuk bersalam. Kemudian, dia menggamit seorang pelayan. “Ril orderlah dulu. Abang dah order dah.”
“Urmm.. bagi teh o ais limau satu. Makan tak nak ya?” Pelayan itu mencatat minuman yang dipesan Shazril. Seusai mengambil pesanan, dia beransur pergi mengambil pesanan pelanggan lain pula.
“So, kenapa abang nak jumpa saya?”
Amir mengambil nafas sebelum berkata, “Abang tahu apa yang Ril buat pada adik abang. Abang tak tahu apa motif Ril hina Ana macam tu. Tapi abang tak nak ambil tahu. Cuma apa yang abang mahu katakan adalah, Ana memang tak secantik Daiyan Trisha, kulitnya tak secerah Siti Saleha. Tapi Ril kena ingat. Ana ada hati dan perasaan. Dia mudah terasa. Hati perempuan lembut dan sensitif. Jadi, cakap tu biar baik sikit bahasanya.
Jangan nak fikir perasaan sendiri saja. Don't be a selfish boy. Lelaki yang buat perempuan menangis is not a gentleman. Fikir macam mana perasaan Ril, kalau Ril berada di tempat Ana. She's innocent. Dia tak pernah ada kawan lelaki sebelum Ril muncul. Dia selesa kawan dengan Ril. Abang tahu, adik abang tu banyak kekurangannya, but please... once you make her felt down, you'll never able to be her friend anymore. Kecuali kalau dia sendiri yang terima."
Amir memandang tepat Shazril yang menunduk. "Okeylah. Itu je yang abang nak cakap. I got to go. See you soon! Assalamualaikum." Shazril terasa kelu lidah untuk berkata-kata. Betul ke apa yang Abang Amir katakan? Sekali orang tu jatuhkan Ana, orang itu tak akan berpeluang untuk jadi kawannya lagi? Adakah aku bakal tergolong dalam orang-orang sebegitu?
SHAZRIL duduk bersantai di rumah Nek Maznah. Tak lama kemudian, bunyi ketukan pintu kedengaran. Dia membuka pintu tersebut bagi melihat siapa yang datang ke rumah neneknya itu. Buka sahaja pintu, wajah Arlyssa terpacul di hadaan mata.
“Assalamualaikum, Ril!”
“Waalaikumussalam. Kau nak jumpa siapa?”
“Lyssa nak jumpa Ril kejap, boleh?” pinta Arlyssa.
Shazril mengangguk. “Tapi kau tak boleh masuk dalam. Nenek tak ada,” ujarnya tatkala memandang Arlyssa sudah berura-ura mahu melangkah masuk. Apa?! Aku pun tahu hukumlah!
“Oh.. Kalau macam tu, kita jumpa di luar, lah.”
Arlyssa mengorak langkah menuju ke meja batu yang terdapat di luar rumah. Shazril mengekori Arlyssa dari belakang.
“Ada apa kau nak jumpa aku?” soal Shazril setelah mereka melabuhkan punggung. Arlyssa duduk di hadapan Shazril.
“Hmm.. Saya dapat tahu awak gaduh dengan Ana. Betul ke?”
Shazril mengeluh panjang. Dia bersandar ke belakang. Aduh.. Memang minah tu akan beritahu semua orang kan? Ish, benci betul! Tak boleh ke kalau kau rahsiakan saja pasal tu?!
“Err.. Sebenarnya, bukan Ana yang cerita pada saya. Tapi Aulia yang cerita. Jangan Ril salahkan Ana pulak,” ujar Arlyssa seakan mengerti apa yang berlegar di fikiran lelaki di hadapannya itu.
Shazril terdiam seketika. Tidak tahu mahu kata apa. Argh.. ni semua sebab aku terlepas kata. Huh, itulah kau Ril! Siapa suruh kau bertindak melulu? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, inilah padahnya! Padan muka kau, Shazril!
“Kenapa Ril buat Ana macam tu? Dia bukannya ada niat jahat. She just want to be your friend. Cara Ril cakap pada dia. Seakan meletakkan maruahnya di bawah tapak kaki Ril. Dia ada maruah, Ril. Kalau Ril nak tahu, sebelum dia kenal Ril. Dia bukan seorang yang macam mengejar seseorang itu. Dia seorang yang pemalu. Jalan depan lelaki pun menunduk.
Tapi bila dia jumpa Ril. Dia sendiri tak faham dengan dirinya sendiri. Dengan Ril, dia jadi orang yang lain. Betul-betul luar biasa! Dia selesa kawan dengan Ril. Dan dia sendiri tak faham kenapa dia seakan cuba menarik perhatian Ril.” Arlyssa berhenti bersuara. Dia memandang Shazril yang menunduk. Dia mengeluh perlahan. Dia yakin, Shazril takkan mungkin mendengar kata-katanya.
Akhirnya, Arlyssa mengambil keputusan untuk pulang, “Dahlah, Ril. Saya pulang dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” jawab Shazril perlahan. Dia menghela nafas panjang. Tangannya meraup wajah. Masuk ni, dah dua orang tegur aku pasal Ana. Hari yang sama pulak tu! Agak-agaknya siapa pulak lepas ni?
Share this novel