Completed
                        
68208
                    Nurul leka menonton cerita CSI. Dia memang gemar menonton cerita sebegitu. Tiba-tiba Amir dan Aulia duduk di kiri dan kanannya. Nurul tidak mengendahkan kewujudan kakak dan abangnya.
Amir memeluk tubuh. “Macam mana ingatan adik boleh pulih secara tiba-tiba?” Soalnya pelik.
Aulia mengangguk. “Pelik lah adik ni! Bila masa pulak adik ingat segala-galanya?”
Nurul mengukir senyuman. “Nak tahu?”
Amir dan Aulia mengangguk.
“Betul?”
Sekali lagi mereka angguk.
“Tepuk tangan dulu.”
Mereka berdua menurut arahan Nurul tanpa berkata apa-apa.
Nurul melebarkan senyumannya. “Habis!”
Amir dan Aulia merenung tajam wajah adik bongsu mereka. “ADIKK!!!!”
Terus Nurul digeletek oleh mereka berdua. Nurul terkekek-kekek ketawa. “Sudahlah, abang! Kakak! Adik geli lah.. okey, adik tak main-main lagi.”
Mereka berhenti. “Cakap lah adik. Abang curious giler ni.”
“Akak pun”
“Okey.. okey.. adik cerita. Sebenarnya macam ni, waktu tu Irfan asyik tanya, dan abang terangkan panjang lebar. Adik diam sebab nak ingat balik mimpi-mimpi yang adik alami. Rupa-rupanya, lelaki yang selalu muncul dalam mimpi adik ialah Shazril atau Irfan,” terang Nurul.
Aulia bertanya, “Bila adik start mimpi?”
“Dalam koma.”
Amir pula bertanya, “Apa mimpinya?”
“Adik berada di satu tempat...”
~Flashback (mimpi Nurul dalam koma)~
Nurul
Aku tersedar. Di sekelilingku berwarna putih. Dahiku berkerut. Aku kat mana ni?
Aku berjalan tanpa hala tuju, mencari jalan keluar. Tiba-tiba aku terdengar suatu tangisan. Aku cuba mencari dari mana datangnya tangisan itu.
Semakin hampir dengan suara tangisan, aku terlihat seorang lelaki melutut. Dia menangis. Aku hanya memandang lelaki itu.
Lelaki itu berkata, “Ana, kenapa kau tnggalkan aku? Kau tahu tak aku sayangkan kau? Kau cinta pertama aku. Walaupun aku sendiri tak tahu erti sebenar cinta itu. Tapi aku yakin, aku mencintai kau sejak aku kenal kau. Aku tipu Opah Mizah pasal kau jatuh basikal tu, sebab aku tak sanggup tengok kau kena marah. Aku rela korbankan diri aku untuk kau.”
Tanpa aku sedari, air mataku jatuh membasahi pipi. Terasa sebak hatiku mendengar kata-katanya. Baru kutahu lelaki itu adalah teman rapatku, Shazril. Aku berkata, “Shazril, saya tak tinggalkan awak. Saya takkan pernah sesekali tinggalkan awak.”
Shazril terus-terusan menangis dan meraung. “Ana, jangan tinggalkan aku! Kenapa kau pergi bila aku mula sedar aku cintakan kau?”
Keningku berkerut. “Shazril, saya tak pergi mana-mana. Saya kat sini Shazril. Saya kat sini.” Aku melambai-lambaikan tanganku di hadapan wajahnya. Namun dia seakan tidak dapat melihat aku di hadapannya. Seolah-olah aku ini ghaib.
Tak lama selepas itu, Shazril menjadi bayangan dan akhirnya lesap dari pandanganku. Aku memanggil-manggil namanya. Namun tiada sahutan.
Tiba-tiba muncul seorang lagi lelaki berkaca mata. Dia nampak skema tapi smart. Dia memandang anak mataku. Pandangannya yang redup membuatkan jiwa aku bergetar. “Nurul, saya akan sentiasa menyayangi dan mencintai awak sampai ke hujung nyawa saya. Saya takkan sesekali menduakan awak mahupun tinggalkan awak.”
Aku terkedu. Sebelum sempat aku berkata-kata, aku tersedar dari lena yang panjang. Rupa-rupanya itu semua mimpi. Tapi, siapa nama aku? Nama aku Ana? Atau Nurul?
~End flashback~
“Bila adik dah form one, adik dah takde mimpi pasal tu. Tapi start adik form four, adik mimpi balik semua yang adik pernah mimpi waktu darjah enam dulu,” jelas Nurul.
“Adik pernah rasa macam pelik bila first time jumpa Irfan. Waktu itu, dia tak pakai spec. Adik rasa macam pernah nampak dia. Tapi tak pasti di mana. Sekarang baru adik tahu, Irfan adalah Shazril dan dia adalah orang yang sama muncul dalam setiap mimpi adik.”
Aulia dan Amir mengangguk faham.
“Tapi!” Nurul meninggikan sedikit suaranya. Kakak dan abangnya terkejut.
Nurul bangun dari sofa. “Adik tak maafkan abang dengan kakak sebab menghalang mama dari mencari adik.”
Amir dan Aulia berpandangan. "Alahai, adik. Abang bukan sengaja nak larang mama. Ada sebab abang dengan akak buat macam itu."
Sebelah tangan Nurul memeluk tubuh, sebelah lagi mengelus dagu. Keningnya berkerut seakan berfikir. “Adik boleh maafkan.”
Kakak dan abangnya menghela nafas lega.
“Tapi dengan dua syarat.” Kata-kata Nurul membuatkan nafas mereka bagaikan tersekat di kerongkong.
“Syarat pertama, adik nak abang... terjun bangunan.”
Mata Amir membulat. Belum sempat dia membantah, Nurul berkata lagi dengan mulutnya tersengih. “Gurau je. Adik tak sekejam tu. Adik nakk... kakak ipar!”
Amir menghela nafas lega. “Ingatkan apa tadi.”
Nurul tersengih lagi.
Aulia bertanya, “Syarat kedua?”
“Nurul nak ambil Ariana jadi adik angkat boleh?”
Aulia dan Amir berpandangan. “Boleh je! Tapi kena tanya mama dulu.”
Nurul bersorak gembira, “yes! Adik dah tanya mama, mama setuju. Itu yang adik nak tanya abang dengan kakak.”
Amir dan Aulia mengangguk. “Boleh, kitaorang okey je. Lagipun Ariana memang rapat dengan adik pun.”
Nurul tersenyum kegembiraan. Yeay, dapat adik baru!!
NURUL melangkah keluar dari rumahnya setelah menyalam tangan Puan Azila. Dia berjalan ke keretanya lalu membuka pintu. Dia memandu ke Ipoh Parade.
Setibanya dia di situ, dia masuk ke restoran Marrybrown. Dia mengambil tempat duduk buaian.Telefon pintarnya dibawa keluar. Dia menjenguk laman sosial Wechatnya.
Tak lama kemudian, seseorang menyapanya, “hai!”
Nurul mengangkat muka. Dia dapati Irfan duduk di kerusi buaian berhadapan dengannya. “Sorry lambat. Ermm... tak nak makan ke?”
Nurul sekadar menggeleng.
Irfan memandang sekeliling restoran. Otaknya merangka ayat.
Nurul bertanya tatkala Irfan lama berdiam diri, “Awak nak apa jumpa saya sebenarnya?”
Irfan mengetap bibir. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskan. “Nurul, sekarang awak tahu awak adalah Ana kan? Saya mintak maaf sebab saya lembap sangat nak sedar yang awak adalah Ana.” Dia memandang anak mata Nurul. “Saya cintakan awak, Nurul. Sejak kita berkawan pada usia kanak-kanak lagi. Saya sayangkan awak. Saya nak lamar awak jadi isteri saya?”
Nurul terkedu seketika. Dia tak sangka lelaki ini cuba melamarnya setelah di rejectnya suatu ketika dahulu. “Ermm... Saya... Saya...”
Nurul mengetap bibir. Irfan menanti dengan penuh sabar.
“Saya minta maaf. Saya tak bersedia lagi,” ujar Nurul. Dia terus mengambil beg tangannya dan keluar dari restoran itu.
Irfan terkebil-kebil. Aku kena reject, buat kali kedua.
Share this novel