Completed
                        
68208
                    Nek Maznah berada di dapur. Dia ingin memasak untuk makan tengah hari. Dia memeluk tubuh sambil berfikir, hmm... Nak masak apa? Kari daging, sup sayur. Urmm.. Tu jelah kut. Bukannya ramai sangat pun orang kat rumah ni. Setakat aku dengan Ril, cukuplah lauk itu aje..
Nek Maznah membelek-belek bahan-bahan masakan yang ada. Aduh, garam dengan serbuk kari dah nak habis. Macam mana aku nak masak kalau macam ni? Kepalanya digaru.
Tiba-tiba...
“Wuargh!”
“Opocot serbuk kari tertumpah!” Nek Maznah melatah. Dia memandang seseorang yang mengejutkannya itu. Siapa lagi kalau bukan cucunya, Shazril. Tangannya mengurut dada perlahan.
Shazril tersengih. “Sampai tertumpah serbuk kari ye, nek?”
Nek Maznah menjeling Shazril sekilas. “Ril ni, buat terkejut nenek je! Buatnya nenek terus ‘pergi’ baru kamu tahu. Tinggallah kamu dengan mama kamu. Ada mama sendiri tapi buat tak reti nak balik,” bebelnya.
Sengihan Shazril terus mati. Tak pasti kerana ‘pergi’ ataupun pasal mamanya. “Nenek ni cakap macam dah tak nak jaga Ril je.. Merajuklah cam ni.” Shazril memeluk tubuh lalu memusingkan badannya membelakangi nenek kesayangannya.
Ril... Ril... Dah tua bangka pun nak merajuk lagi ke? Ish, tua bangka kau kata? I'm twelve okay?!
“Laaa... nak merajuk pula? Tu ingat sikit! Si Ana tu pun kau tak pujuk lagi, ada hati nak merajuk dengan orang lain. Dah, dah! Pergi tolong nenek belikan serbuk kari daging dengan garam. Tak de masa aku nak pujuk!”
Shazril memuncung sedepa. Namun dia menurut jua suruhan neneknya. Walaupun dalam hati asyik merungut, Ish, tak sporting lah nenek ni! Orang tengah merajuk, boleh pulak dia mengarah? Haii, naseb badanlah dapat nenek macam ni!
SHAZRIL pergi ke kedai runcit menggunakan basikalnya. Sebaik sahaja tiba di kedai runcit, dia membeli apa yang neneknya pesan. Dia turut membeli air hundred plus untuk dirinya sendiri. Usai membayar, dia kembali ke basikalnya. Namun, Malang tidak berbau. Dia dilanggar seseorang. Barang-barang mereka terjatuh. “Oi! Mata tengok ke mana? Jalan tengok depan! Ish, menyusahkan orang betul!” herdik Shazril.
“Ma...Ma... Maaf. Sa... Sa...Ya.. Tak.. Seng.. ngaja..”
Argh gagap pulak perempuan ni! marah Shazril dalam hati. Dia menggaru kepala. Dia rasa seperti dia mengenali siapa pemilik suara itu. Dia memandang perempuan itu atas bawah. Perempuan itu masih tidak berganjak. Dia menunduk.
Perempuan itu tidak bertudung. Rambutnya ditocang dua. Dia memakai T-shirt berkolar bulat lengan pendek. Dia hanya memakai seluar trek dan selipar jenama Fipper yang berwarna merah jambu.
“Kau pandang muka aku! Kalau nak mintak maaf kenalah pandang muka orang tu. Takkan itupun aku kena ajar?!”
Perlahan-lahan perempuan itu mengangkat wajahnya.
Shazril terkesima. Ana?!
Andriana pantas mencapai beg plastik yang terjatuh tadi lalu berjalan laju meninggalkan Shazril. Shazril yang tersedar, segera memanggil nama Andriana, “Ana! Ana! Tunggu!”
Shazril cuba mengejar Andriana namun, dia tidak sempat. Andriana telah pun jauh dari pandangnya. Ana, aku minta maaf! Ingin sahaja dia mengucapkan kata-kata itu. Namun dia hanya mampu mengucapkannya di dalam hati.
ANDRIANA melangkah dengan kelajuan maksima. Wajahnya telah pun dibasahi peluh. Sekejap-sekejap dia pandang ke belakang. Bimbang Shazril mengekorinya. Ya Allah, mengapa kau temukan aku dengan dia? Aku tak mahu perkara ini terjadi. Huh, kan senang kalau aku minta kakak yang tolong? Tak adalah aku bertembung dengan dia!
Astaghfirullah al azim.. Ana! Tak baik kau menyalahkan Allah! Astaghfirullah.. Andriana tidak henti-henti beristighfar dalam hati.
Tapi, salah aku juga! Kalau bukan kerana tergesa-gesa sebab takut dia nampak aku, aku tak akan terlanggar dia tadi. Huh, alangkah indahnya kalau dia tidak bersikap ego. Alangkah indahnya jikalau Shazril suka berkawan dengan aku.
Share this novel