Bab 24

Romantic Comedy Completed 68208

“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya, Arshad Fadzil ingin mengumumkan berkenaan lawatan ke rumah anak-anak yatim yang dianjurkan oleh kelab bimbingan dan kaunseling. Tarikh lawatan tersebut adalah pada 12 Mac. Penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Bayarannya hanyalah RM20.”

Arshad mengambil nafas sebelum menyoal, “Semua dah dapat borang sumbangan ke?” dia mengangkat tinggi borang sumbangan itu.

“Kalau belum sila angkat tangan. PRS akan berikan pada awak semua. Dalam borang ni, tuliskan nama dan kelas awak di ruang yang disediakan. Duit yang awak nak sumbangkan tu stapler saja pada kertas ataupun klipkan pakai klip kertas. Nak hantar borang, pergi ke bilik kaunseling. Situ ada satu kotak macam tabung. Borang tu awak masukkan dalam lubang kotak tu. Ada soalan?”

Seorang pelajar tingkatan empat mengangkat tangan. Dia berdiri setelah mendapat keizinan. “Macam mana pulak nak sertai lawatan tu? Takde ke borangnya?”

“Soalan yang bagus. Terima kasih. Kepada sesiapa yang mahu sertai lawatan ni, boleh jumpa saya ataupun cikgu kaunseling. Pengumuman untuk peserta lawatan akan diberitahu di lain hari. Ada soalan lagi?” soal Arshad.

Tiada jawapan.

“Baiklah, saya serahkan semula pada guru bertugas.” Arshad menghulurkan mikrofon pada Cikgu Zalina, guru yang bertugas pada minggu itu. Kemudian dia berjalan menuruni pentas. Cikgu Zalina mengarahkan semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing.

Dalam perjalanan ke kelas, Nurul bertanya pada Aisyah, “Kau nak pergi tak Aisyah?”

Aisyah mengerutkan kening. “Pergi mana?”

Nurul menepuk dahinya perlahan. Alahai, blurlah pulak minah seorang ni! “Pergi terjun bangunan,” jawabnya sarkastik. “Pergi lawatan ke rumah anak-anak yatimlah. Pergi mana lagi?”

Aisyah memuncungkan mulutnya. “Alaaa... Janganlah marah. Ermm... macam best! 12 Mac tu hari Jumaat kan?”

Nurul mengangguk. “Hari last sebelum kita bercuti selama seminggu.”

“Kita ajak yang lain sekalilah. Takkan kita berdua je nak pergi, betul tak?”

Nurul mengangguk tanda bersetuju.

NURUL mengemaskan tudung bawal hitamnya. Sebentar lagi dia dan kawan-kawannya mesti bergerak ke dewan. Hari ini merupakan hari lawatan ke rumah anak-anak yatim diadakan.

Peserta lawatan itu dikehendaki memakai baju yang biasa mereka pakai ketika hendak balik lampung dan outing. Bagi perempuan pula, diarahkan memakai tudung hitam supaya senang guru pengiring dapat membezakan peserta lawatan dengan pelajar yang tidak menyertai lawatan itu.

“Kauorang, jomlah cepat!” ajak Fatin yang paling awal siap.

“Kejap! Kejap!”

Nurul mencapai beg sandangnya lalu berjalan keluar dari dorm. Dia mengambil kasut sekolah lalu membuntuti kawan-kawannya turun ke dewan. Setibanya di dewan, mereka beratur dalam keadaan senyap.

Cikgu Zulkifli bersuara setelah memastikan semua peserta berada di dalam dewan, “Baiklah, semua! Bas dah sampai. Kita hanya naik satu bas sahaja memandangkan peserta hanya ada 40 orang. Awak semua boleh bergerak naik bas sekarang.”

Semua peserta lawatan itu menurut arahan Cikgu Zulkifli. Nurul duduk bersebelahan dengan Amira. Syah dan Fatin duduk di kerusi sebaris dengan mereka manakala Aisyah dan Syam duduk di kerusi hadapan Syah dan Fatin.

Sepuluh minit kemudian, bas bergerak. Nurul dan Amira berbual kosong. Tak lama selepas itu, Amira tertidur kerana semalam dia tidak dapat tidur yang cukup. Nurul hanya membiarkan kawannya dibuai mimpi. Dia mengeluarkan earphonenya lalu disumbat ke telinga. Dia menyentuh skrin telefon pintarnya lalu memainkan lagu Two Is Better Than One bagi mengelakkan kebosanan.

Sejak tidurnya dibuai mimpi-mimpi pelik tentang lelaki misteri itu, dia asyik mendengar lagu itu. Lagu yang dinyanyikannya bersama lelaki misteri itu. Entah mengapa dia tidak merasa bosan mendengar lagu itu meskipun sudah banyak kali didengar. Mungkin dia sudah mula obses dengan lagu itu.

Sementara itu di kerusi berhampiran dengan kerusi Nurul, Irfan asyik melihat perlakuan Nurul. Dia sendiri buntu dengan dirinya. Apa ke hal aku ni, asyik nak tengok Nurul saja?!

Kemudian, Irfan menoleh memandang Irwan yang duduk sebaris dengannya. Dia memeluk tubuh. Matanya terpejam. Mungkin dia sedang tidur. Serta-merta Irfan teringatkan perbualan Irwan dan usikan Arshad tempoh hari.

IRWAN berjalan menghampiri Irfan dan Arshad yang sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. “Assalamualaikum.”

Irfan dan Arshad mendongak. “Waalaikumussalam,” jawab mereka serentak.

“Abang Irfan dan Abang Arshad pergi ke lawatan tu?” soal Irwan.

“Abang mestilah pergi. Lagipun memang abang ditugaskan sebagai ketua lawatan ni,” terang Arshad.

“Abang temankan Abang Arshad,” jawab Irfan pula.

Irwan mengangguk perlahan. “Jadi Abang Arshad tahulah siapa yang sertai lawatan tu.”

“Tahu,” jawab Arshad pendek.

Mata Irwan bersinar. Dia terus menyoal, “Ermm... Nurul pergi tak?”

Irfan mengerutkan keningnya. kenapa Irwan bertanya pasal Nurul? Nurul mana pulak ni? Adakah adik angkat aku ni maksudkan Nurul Andriana Antasya?

Arshad turut berasa pelik. “Nurul yang mana?”

Irwan menggosok belakang tengkuknya. “Alaa... Nurul yang classmate Irwan tu. Kelas 4 Akaun 1.”

Kening Irfan makin teruk berkerut. Kelas 4 Akaun 1? Haahlah... Aku lupa yang aku tak tahu Nurul kelas mana. Apa yang aku tahu dia kelas Akaun.

“Ohh... Nurul tu! Dia pergi. Kenapa tanya? Irwan suka dia eh?” soal Arshad dengan nada mengusik.

Wajah Irwan membahang. “Eh, takdelah bang! Saja tanya.”

Arshad tersenyum mengusik. “Ye ke, saja tanya? Kalau tak, takdenya kau blushing cam tu...”

Arshad menyiku Irfan yang masih blur. “Oit, Fan! Adik kau dah pandai suka someone dah... uyooo... tak sangka pulak Irwan suka kat Nurul.”

“Mana adalah abang ni!” nafi Irwan.

“Uishh... Tak nak mengaku lagi tu! Abang bagitahu dia nanti.”

Irwan membulatkan matanya. “Abang! Janganlah bagitahu dia...”

“Ha, kalau tak nak abang bagitahu, ngaku sekarang!” ugut Arshad.

Irwan memasamkan wajahnya. “Yelah... Yelah... Irwan memang sukakan dia. Puas hati?”

Arshad tertawa kecil. “Puas! Memang puas! Haisy, tak sangka kau suka kat dia.” Dia tergeleng kecil.

Irwan tertunduk malu. Irfan di sebelah Arshad hanya terdiam. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

“IRFAN”

Irfan tersentak dari lamunan. Dia menoleh.

Arshad yang duduk di sebelahnya bertanya, “Kau okey tak ni?”

Irfan menjawab, “Okey. Aku okey je. Kenapa?”

Arshad menjungkitkan kening sebelah. “Macam tak okey je. Siap tenung si Irwan tu macam nak terkam dia je...”

“Takdelah. Aku okey je,” ulang Irfan. Dia cuba meyakinkan Arshad. Arshad kembali memandang ke luar tingkap setelah yakin Irfan tidak apa-apa.“Chad, aku nak tanya sikit boleh?” tanya Irfan.

Arshad kembali memandang wajah Irfan. “You already did it.”

Irfan menunjukkan wajah bengang. “Siapa Nurul yang kau dan Irwan maksudkan tu?” soalnya dengan nada perlahan. Dia tidak mahu Irwan mendengar pertanyaannya.

Arshad mengerutkan dahi. Nurul? Aku dan Irwan maksudkan? Apa pulak yang mamat ni tanya? “Aku tak faham apa yang kau tanya.”

Irfan mengeluh perlahan. “Nurul yang Irwan suka tu.”

Arshad membentuk mulutnya bulat seperti huruf ‘O’. “Ohh... Nurul Andriana Antasya. Nurul yang aku siasat latar belakangnya tulah..”

Irfan terdiam.

“Kenapa kau tanya?” soal Arshad pelik.

Irfan tidak menjawab. Otaknya sedang mencerna apa yang dikatakan Arshad. Irwan sukakan Nurul? Nurul Andriana Antasya binti Zaril? Kenapa aku rasa terancam pulak ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience