Completed
                        
68208
                    Irfan dan Nurul tiba di rumah Hajah Hamizah. Kelihatan Hajah Hamizah sedang meletakkan sesuatu ke dalam kereta. nurul memberi salam, “Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam.” Hajah Hamizah mengamati wajah Irfan. Dia menghampiri Nurul dan Irfan. “Ril? Kenapa muka kamu lebam ni?”
Dahi Nurul berkerut-kerut. Opah aku kenal Irfan? Tapi kenapa waktu aku bawa Irfan awal tahun tu, opah tak kenal?
Irfan berdesis tatkala Hajah Hamizah menyentuh pipinya yang lebam akibat ditumbuk Razif. Nasib baik Razif hanya melepaskan satu tumbukan padanya. Sekiranya tidak, pasti banyak kesan lebam. Tambahan pula lelaki itu handal berlawan.
“Tak ada opah. Sikit aje.”
Hajah Hamizah memandang wajah Nurul. Dia mengarah, “Nurul, pergi tuam sikit pipi Ril. Opah kena pergi rumah kawan opah. Dah lambat ni.”
Nurul membeliakkan matanya. “Ta... Tapi mana ada orang kat rumah.” Biar betul opah aku ni? Takkan aku nak berdua-duaan dengan Irfan kat dalam rumah kut? Berdosa weyh!
Hajah Hamizah menjegilkan matanya. “Ish, bukanlah opah suruh kamu buat kat dalam. Luar ni kan ada kerusi. Ish, budak inilah! Hah, Ril, kamu jangan buat apa-apa pulak kat Nurul, aku bagi silat gayung karang, faham!”
Irfan menyeringai. Dia mengangguk. Aisy, takkanlah aku nak apa-apakan Nurul selepas aku selamatkan Nurul dari diapa-apakan bekas kawan baik aku tu! Dan aku masih tahu hukum, okey?
Hajah Hamizah terus melangkah masuk ke dalam keretanya. Tak lama kemudian, keretanya meluncur laju keluar dari halaman rumah. Nurul mengarah sebelum berjalan masuk ke dalam rumah, “Awak duduk situ dulu.”
Irfan hanya menurut arahan Nurul tanpa sepatah kata. Tak sampai lima minit, Nurul datang dengan satu plastik yang dipenuhi ais. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Irfan.
Baru sahaja Nurul ingin menuam pipi Irfan, jejaka itu menghalang, “Ehh, tak perlulah! Biar saya buat sendiri.”
Nurul menggeleng. “Takde! Takde! Opah Mizah suruh saya buat, so saya kena buat.”
Irfan hanya diam membiarkan Nurul menuam ais di pipinya. Sesekali dia berdesis kerana terasa pedih.
Nurul merungut, “Ish, sikit je pun! Tahan lah... Itulah siapa suruh tak elak, kan dah kena!”
Irfan hanya tersenyum kecil mendengar rungutan Nurul.
“Macam mana Opah Mizah kenal awak?” soal Nurul ingin tahu.
Irfan menghela nafas. Dia bertanya, “Awak ingat tak budak perempuan yang saya jumpa dan tak panjang umur? Dia pergi empat tahun lalu.”
Nurul hanya mengangguk.
“Nama dia lebih kurang nama awak. Sharifah Nurul Andriana Antasya binti Syed Zaril Naufal. Dia selesa dipanggil Ana. Umur dia sama dengan awak.”
Nurul mengangkat kening. Nama ayahnya Syed Zaril Naufal tapi nama ayah aku Zaril sahaja.
Irfan menyambung lagi, “Dia... cucu Opah Mizah.”
Nurul membuntangkan matanya. Tangannya sudah pun berhenti menuam. “Dia cucu opah? It means she’s... my cousin?”
Irfan menjungkitkan bahu. Dia bertanya, “Awak ingat tak Kak Lia yang dekat Teratak Az-Zahra tu?”
Nurul mengangguk.
“Dia kakak Ana.”
Nurl sekali lagi membuntangkan mata. “Ohh, jadi adik dia tu... okey. I get it.”
Irfan mengukir senyuman pahit.
Nurul mengerutkan dahi. “Tapi, opah tak pernah cerita pasal Ana pun? Dan keluarganya tak pernah datang sini pun?” soalnya pelik.
Irfan menjungkitkan bahunya. “Saya tak tahu kenapa Opah Mizah tak pernah cerita pasal Ana. Tapi keluarga Ana tak pernah datang ke sini sebab Aunty Ila, mama Kak Lia sakit.”
Nurul mengangguk. Okey, ini pelik! Jadi Analah perempuan yang Irfan sebut dulu sewaktu Arshad dan kawan-kawanku mengusik dia pasal jam tangan? Tapi kenapa Opah Mizah tak pernah sebut pun pasal Ana? Adakah Kak Ain, Raff dan Azmi kenal Ana?
HAJAH Hamizah mencari-cari sesuatu. Nurul yang melihat berasa pelik. Apa yang wanita tua itu cari? “Opah cari apa?”
“Oh mak kau terjatuh dalam lombong!” Hajah Hamizah melatah panjang.
Nurul tergelak. Hajah Hamizah menampar bahu cucu perempuannya itu.
“Opah cari apa?” soal Nurul lagi.
Hajah Hamizah kelihatan sedikit resah. “Tak ada apa-apalah,” ujarnya sambil terus mencari sesuatu.
Ahsraff yang baru masuk ke rumah menyampuk, “Opah cari apa?”
Hajah Hamizah menarik Ashraff jauh sedikit dari Nurul. Ashraff yang pelik menyoal, “Kenapa opah tarik Raff ni?”
Hajah Hamizah berbisik, “Gitar Ana dulu hilang.”
Mata Ashraff terbeliak. “Hilang?!” soalnya dengan nada kuat.
Hajah Hamizah menjegilkan matanya. Dia menarik telinga Ashraff. “Janganlah cakap kuat sangat! Nurul boleh dengar. Dia tak sepatutnya tahu tentang ini.”
Ashraff mengaduh kesakitan. “Ouch, ouch sakit! Lepaslah! Sakit!”
Hajah Hamizah melepaskan telinga Ashraff. Ashraff menggosok telinganya yang merah. “Macam mana boleh hilang?” soalnya dengan nada bisik.
“Hari itu, opah bawak gitar tu keluar. Ingatkan naklah lap sikit habuk-habuk tu. Sekali tak ingat opah letak mana,” terang wanita tua itu. masih nada berbisik.
“Urmm, gitar?” satu suara menyampuk.
Hajah Hamizah dan Ashraff memandang pemilik suara yang menyampuk. Apa yang mengejutkan mereka adalah, pemilik suara itu adalah... Nurul!!
“Nurul dengar sikit perbualan opah dengan Raff. Tak sangka pulak opah cari gitar. Gitar tu ada dekat dalam bilik Nurul. Siapa punya gitar tu opah?” soal Nurul ingin tahu.
Hajah Hamizah dan Ashraff berpandangan. Habislah...!
“KAU buat apa dengan gitar tu?” soal jejaka di sebelah Nurul.
Nurul masih menunduk. Tak lama kemudian, dia duduk menegak. “Tadaa!” Marker pen kembali ditutup rapat.
Berkerut-kerut dahi lelaki itu menahan marah. Dia mengeluh kasar. “Apa ke benda yang kau tulis ni?!”
Nurul menjungkitkan kening sebelah. “Laaa... Tak reti baca ke? Saya ajarkan, eh? Ini huruf A short for Andriana or Ana . Sebelah ni simbol tambah. Lepas tu huruf S stands for Shazril. Yang ni pulak nombor 4 tapi sebutkan dalam Bahasa Inggeris. Ini pulak, e-v-e-r, ever. So, nak bacanya macam ni, A plus S forever. Faham?”
Shazril membuat muka kosongnya . Dia membebel perlahan, “Ish, minah ni! Karang aku tinggalkan kau sorang-sorang kat Jusco ni, apa pun tak dapat. Tapi yang dapatnya akulah! Kena bebel dengan Opah Mizah. Urgh!”
“Tak. Aku tak nak faham. Tapi aku nak kau faham apa kesalahan yang dah kau buat sekarang ni.”
“Hah? Kesalahan. Kesalahan apa pulak ni?”
Shazril merengus. “Ini gitar aku! Kau tak berhak conteng gitar aku!” marahnya. Dia terus mengambil gitarnya dari riba Nurul.
Nurul mencebik. “Eleh... Orang tulis sikit aje kut, itupun nak marah.”
Nurul terjaga dari mimpinya. Andriana? Kini, Andriana pula yang masuk dalam mimpi aku? Tapi... aku yang cakap. Adakah aku Andriana?
Nurul memandang gitar yang tersandar di almari. Hajah Hamizah masih belum ambil gitar itu. Adakah itu gitar yang sama dalam mimpi aku? Dan siapa pulak Shazril tu?
Share this novel