Completed
                        
68208
                    Nurul berjalan menghampiri Aulia yang leka melihat anak-anak yatim itu bermain dengan riang di taman permainan. “Kak...” panggilnya.
Aulia tersentak. Dia menoleh memandang Nurul. Keningnya terangkat sedikit tanda bertanya, ‘kenapa?’
“Ermm... akak kata bilangan penghuni Teratak Az-Zahra kira-kira 40-50 orang tapi saya lihat mereka takdelah seramai itu. Ohh, lupa! Saya Nurul Andriana Antasya. Panggil je Nurul.”
Aulia tersenyum. “40-50 itu jumlah pengiraan dari bulan Januari. Sekarang mungkin dalam 20-30. Sebab ramai budak sini keluar atas faktor pengambilan anak angkat dan umur sudah mencecah 18 tahun ke atas. Selain itu, budak-budak yang berumur 13 hingga 16 tahun menyertai perkhemahan selama tiga hari dua malam,” terangnya panjang lebar.
Nurul mengerutkan kening. “Teratak Az-Zahra memang tak jaga budak lepasan SPM ke?”
Aulia menggelengkan kepala. “Taklah. Mereka yang mahu hidup sendiri.”
Nurul mengangguk faham.
SEMUA anak-anak yatim duduk bersila di atas karpet seperti yang diarahkan Aulia. Peserta lawatan pula dikehendaki duduk di atas kerusi yang tersusun di kiri dan kanan tempat anak-anak yatim itu duduk.
Syam berbisik pada Nurul, “Wei, agak-agaknya kenapa kita disuruh duduk di sini?”
Nurul menjungkitkan kedua-dua belah bahunya sebagai jawapan ‘entah’.
Aulia berdiri di hadapan. “Adik-adik nak tengok tak persembahan abang-abang dan kakak-kakak?”
“Nakk!!” teriak anak-anak yatim itu dengan penuh gembira.
“Kalau nak, letak jari telunjuk di mulut. Dan jangan bercakap walaupun sepatah perkataan, faham?”
“Faham!!” Mereka semua menurut arahan Aulia.
Aulia berjalan ke kerusi lalu duduk di sebelah Umi Zahra.
Nurul mengerutkan dahi. Persembahan???
Arshad dan dua orang lelaki berjalan ke hadapan mengambil posisi mereka. Arshad mengambil tempat sebagai pemain dram manakala dua orang lagi bermain gitar.
Gitar dipetik. Irfan dan Irwan mengambil mikrofon. Irfan mula menyanyi.
Oh, her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shinin'
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her everyday
Yeah
Irwan pula menunjukkan bakatnya.
I know, I know
When I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so
Sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me, "Do I look okay?"
I say,
When I see your face (face, face...)
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing (amazing)
Just the way you are (are)
And when you smile (smile, smile...)
The whole world stops and stares for a while
'Cause, girl, you're amazing (amazing)
Just the way you are (are)
Yeah
Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think it's so sexy
She's so beautiful
And I tell her everyday,
Oh you know, you know, you know
I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for
Then just stay the same
So don't even bother asking if you look okay
You know I'll say,
When I see your face (face, face...)
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing (amazing)
Just the way you are (are)
And when you smile (smile, smile...)
The whole world stops and stares for a while
'Cause, girl, you're amazing (amazing)
Just the way you are (are)
Nurul membuat muka tak berperasaan mendengar suara Irfan. Baruku tahu mamat skema ni boleh nyanyi.. Tapi...
Nurul mengerutkan dahi. Kenapa aku macam pernah dengar suara dia?
Tiba-tiba Nurul dicuit seseorang. Dia menoleh ingin tahu siapa yang mencuitnya. Arlyssa duduk di sebelahnya. Ke mana pergi kawan-kawannya dia sendiri tidak tahu. Dia mengerutkan keningnya.
“Nurul pergilah menyanyi. Spontan je...”
Nurul menggeleng kecil. “Tak naklah, kak,” tolaknya secara baik.
“Alaa... bolehlah Nurul. Demi akak. Please...” Arlyssa mengerdipkan matanya berkali-kali.
Nurul menjulingkan matanya ke atas. Pikir comel?! “Fine...” dia bangun lalu bergerak ke hadapan setelah Irfan dan Irwan selesai membuat persembahan mereka. Dia menyanyikan lagu Misteri.
Kau misteri dari ufuk jantung ini
Tunjuk aku apa yang engkau cari
Mereka pun pura pura mengerti
Apa yang ku cuba tuk katakan ini
Hilang..dari pandangan mata hati
jauh...berkelip pun tak kelihatan lagi
Irfan terpaku mendengar suara Nurul. Suaranya kedengaran seakan suara gadis yang sering dirinduinya.
Share this novel