Bab 20

Romantic Comedy Completed 68208

Sudah hampir dua bulan Nurul bersekolah di SBP Taiping. Dan sudah hampir dua bulan juga dia tidak berjumpa mahupun bercakap dengan Irfan. Sejak dari hari kenduri kesyukuran yang tidak dihadiri Irfan mereka tidak bercakap. Entah mengapa terkadang itu Nurul ingin juga berbual dan bergurau seperti hari pertama mereka bertemu.

Minggu ini merupakan minggu balik kampung. Nurul mengangkut beg sandangnya yang dipenuhi barang penting yang perlu dibawa pulang. “Kauorang, aku balik dulu!” jeritnya.

Nurul berjalan keluar dari pagar asrama. Dia berjalan kaki pulang ke rumah. Dia sendiri bingung. Mengapa dia beria mahu pulang berjalan kaki? Mengapa tidak suruh sesiapa menjemputnya pulang ke rumah? Argh... soalan itu amat sukar untuk Nurul jawab. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

IRFAN segera memakai cap di kepalanya. Dia menyarung sweater dan menarik hoodie menutupi kepala yang telah pun ditutup dengan cap. Dia pantas melangkah keluar dari asrama putera.

Irfan sedar dia dan Nurul tidak lagi berbual sejak dari hari kenduri kesyukuran itu diadakan. Dia sendiri tidak pasti. Adakah dia yang bersalah kerana tidak hadir ke kenduri itu. Sebenarnya, memang Irfan datang ke kenduri itu tapi Nurul yang tak dapat mengecamnya.

Irfan berjalan keluar dari pagar sekolah. Dia berjalan kaki pulang ke rumah.

NURUL terus melangkah tanpa mempedulikan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dia menyanyi kecil.

I can be tough
I can be strong
But with you
It's not like that at all
There's a girl
That gives a shit
Behind this wall
You just walked through it

And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

Nurul mengeluh perlahan. “Why did I wish you were here? Tak payahlah fikir pasal head boy, tu wahai Nurul! Dia bukan suka kawan dengan kau pun... Entah-entah dia tak suka pun aku. Aku je yang nak sangat kawan dengan dia. Yelah, siapalah aku ni kalau nak dibandingkan dengan dia. Dia tu dahlah baik, pandai, bertanggungjawab, smart even nampak skema with his spectacles.” Dia mula bercakap seorang diri.

“Tak cukup dengan tu, suara dia pun sedap didengar. Mesti dia pandai nyanyi. Ramai peminat, suka bergurau, tak tinggal solat, selalu baca al-Quran... Argh... Dia memang cukup pakej untuk jadi lelaki idaman semua gadis! Pandai hormat orang tua pulak tu!” pujian demi pujian yang diterima Irfan dari Nurul.

Kalau dia dengar, kembang tak hidung dia?

Nurul merengus. “Dahlah, Nurul! Tak de kerja apa kau ni, pergi puji mamat skema tu? Lebih baik aku menyanyi je dari serabutkan otak dengan mamat skema tu.” Dia menyambung nyanyiannya yang terhenti tadi.

Tanpa Nurul sedari, ada seseorang yang mendengar setiap tutur katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience