Berlari seperti tidak cukup tanah, Aaliyah kini bergegas ke kelas seterusnya kerana lewat gara-gara kejadian di kelas seninya tadi.
Gara-gara perkara yang dia tidak lakukan, Aaliyah dipaksa agar hadir ke bilik disiplin pelajar untuk di berikan penalti dan hukuman menulis surat permohonan maaf sebanyak 20 muka surat. Selesai saja menghabiskan hukumannya, dia terus bergegas untuk ke kelas seterusnya.
Yang mana kelas yang hanya akan menambahkan lagi masalah dia pada hari ini!
Kelas Sir Tristan.
Ya!
Kelas menyusahkan lagi membebankan.
Dalam keadaan kelam kabutnya, Aaliyah tiba di depan kelas pelajar tahun kedua tidak lama kemudian.
Dia lewat 20 minit.
Tidak sempat hendak ketuk pintu, dia terus buka pintu itu dan melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut dengan nafas tercungap-cungap. Bangunan ni terlalu besar dan luas, nak hadirkan ke kelas ni kalau boleh kena gerak lima minit awal supaya tidak lewat.
Masalahnya pejabat disiplin dengan bangunan kuliah tahun kedua ini perlukan masa 10 minit untuk sampai. Memang lambat la jawabnya.
Taktala pintu kelas itu terbuka, semua yang ada dalam kelas terus palingkan kepala ke situ. Termasuk la pensyarah yang sedang sibuk beri penerangan di depan kelas ketika pintu terbuka.
"Ma-maafkan saya sebab lewat."ucap Aaliyah dari balik nafasnya semasa termengah-mengah.
Tangan Tristan yang sedang pegang buku itu jatuh ke sisi selepas pandang Aaliyah berdiri di situ dengan muka gelabah dan serabut. Ni lagi sorang!Tak habis-habis tunjuk muka bermasalah tu.
"Keluar."arah dia sebelum pandang ke papan hitam semula hendak kembali menyambung syarahannya. "Kehadiran kamu sudahpun saya letakkan kosong padanya. Jadi tak perlu susahkan diri kamu untuk masuk ke kelas ni."beritahu dia sambil tu.
Aaliyah pandang ke Tristan dengan perasaan terkilannya sebelum kerling ke sekeliling kelas barunya yang mana terdiri daripada pelajar junior.
Bibir digigit geram.
Hanya dia seorang saja pelajar senior di sini. Jadi perhatian semua kepada Aaliyah taktala Tristan memberi kenyataan itu. Hal ini buatkan dia kelihatan seperti si dungu yang baru keluar dari sekolah retard.
"Kalau macam tu kenapa tak drop saja saya dari akademi ni?Kan senang cerita."tanya Aaliyah setelah ambil masa untuk kekalkan dirinya dari mengamuk di situ.
Tangan Tristan yang mahu menulis itu sekali lagi berhenti. Dia memalingkan kepalanya ke Aaliyah dengan kening sebelah terjungkit. Memandang judging akan pelajarnya itu.
Pelajar dalam kelas tu ikut turut memandang pensyarah mereka dan senior mereka itu silih ganti. Menanti apa yang bakal berlaku sebentar lagi.
"Kenapa?Salah apa saya cakap?"sambung Aaliyah lepas Tristan pandang dia macam lelaki tu nak mencarut dekat situ. "Drop saja la saya...sir kan kaunselor akademi ni. Ada hak dan kuasa untuk lakukan hal tu. Kalau begini la layanan sir pada pelajar sir, better takpayah mengajar. Jadi aje kaunselor akademi ni."
Buat seketika Tristan hanya diam memandang Aaliyah. Dah kenapa pulak Aaliyah hari ni?Hah?Budak ni timbulkan masalah lagi la ni?Tiba-tiba nak tantrum dekat dalam kelas dia. Selalunya diam dan balas hanya sepatah dua. Ni..kalau ada something wrong mesti pelajarnya ini akan bercakap tanpa henti sebab nak lepaskan marah.
"Saya suruh kamu keluar saja kan?Yang kamu nak naik angin dekat sini kenapa?"tanya Tristan dengan muka tak percaya dia.
Aaliyah dah mencebik bibir hendak marah bila pandang muka Tristan. Dia tak tahu kenapa dia nak marah dan nangis bila pandang muka Tristan ni. Mungkin sebab lelaki ni pandang dia macam dia ni budak kecik mintak di pujuk dan di marah pada masa yang sama agaknya!
Perasan akan perubahan air muka Aaliyah, Tristan yang lihat melepaskan hela nafas pendek dari bibirnya lalu meletakkan buku ke atas mejanya. Dia seluk tangannya ke dalam poket setelah itu. "Keluar Aaliyah. Kalau kamu tak mahu belajar, jangan ganggu konsentrasi orang lain."beritahu dia.
Tak guna betul!Satu hari ni tak boleh ke kalau tak ada masalah yang menyakitkan hati dia?!Tanpa berkata apa-apa lagi Aaliyah berpaling dari situ dan buka pintu dengan tangan kanannya memandangkan tangan kirinya sedang sakit dan keluar dari situ dengan langkah marah. Kenapa la hari ni semua orang nak marahkan dia! Benci betul!
Sampai saja di luar, Aaliyah dekati tembok balkoni koridor lalu letakkan tangan di atasnya sebelum jatuhkan kepala pada tangan tu. Berdiri la dia di situ menghadap pemandangan padang bersama perasaan menggerutu jengkel dan marahnya.
Dekat beberapa minit berlalu, satu bayang muncul dari belakang Aaliyah dan menyelubungi dirinya sebelum sebuah buku dipukul dengan perlahan pada belakang kepala tu.
BUK!
Terkejut dengan hal itu, Aaliyah angkat kepalanya lalu cepat-cepat palingkan kepala untuk lihat siapa pulak yang cari masalah dengan dia ni! Tak nampak ke dia tengah frust sekarang ni?!
"Si-"baru dia nak bertanya, tapi tak jadi lepas tengok siapa orang yang berdiri di depannya. Ugh!Nak apa lagi?Tak puas hati lagi ke? "Just go away!"rajuknya meletakkan kepala ke lengan semula.
"Kamu kenapa sebenarnya ni?"
Aaliyah mendiam.
"You 18, not 8 Aaliyah. Stop acting like this."
Barulah Aaliyah angkat kepala dari tunduknya. "Nak apa lagi ni?"
Tristan pandang muka yang sudah kemerahan dan basah dengan air mata tu sebelum serahkan buku pada Aaliyah. Buku nota dan latihan untuk kelasnya pada hari ini. "Ambik ni."arahnya.
Mata Aaliyah gerak memandang buku tu lalu ke muka Tristan dengan kening berkerut tak faham. "Apa ni?"tanya dia.
"Nota dan latihan untuk kelas hari ni." beritahu Tristan.
Aaliyah perlahan-lahan angkat tangan kanannya sebelum pegang buku tu. "Kenapa?"tanya dia sambil tu. Tadi menghalau lepas tu mencari. Entah apa-apa la Tristan ni.
"Saya dengar apa yang berlaku selepas kamu ke kelas saya tadi. Pergi la rawat tangan kamu tu dulu. Tak perlu masuk ke kelas saya hari ni?"jelas Tristan sewaktu lirik ke tangan kiri Aaliyah.
Kepala Aaliyah tersentak dongak memandang Tristan. Tristan tahu?Tapi macam mana? Matanya dikedip beberapa kali tak percaya.
Tristan pandang Aaliyah buat seketika sebelum berpaling dari situ untuk masuk ke kelas semula.
"Macam mana sir tahu?"tanya Aaliyah sambil pandang ke tempat Tristan berdiri tadi dengan muka termenungnya. Rasanya kes dalam kelas seni tadi tak tersebar lagi sebab baru aje berlaku beberapa minit yang lepas. Takkan la secepat ni ianya ketahuan?
Memangnya semua orang tahu pasal dia ke dan dia aje yang tak tahu apa-apa?Kenapa semua orang boleh tahu?Memangnya dia ada stalker apa yang intip setiap pergerakan dan aktiviti dia di sini?Aaliyah kemudiannya palingkan kepala memandang belakang badan tu.
"Pergi ke bilik rawatan secepat mungkin. Check kecederaan kamu tu."
"Sir tak jawab saya!"
Kaki Tristan berhenti sekejap dari berjalan, dia pandang ke bahunya buat seketika sebelum kembali menyambung langkahnya dan masuk ke dalam kelas tanpa berpaling memandang Aaliyah. Meninggalkan Aaliyah kebingungan di situ.
Share this novel