Selepas menghadiri sesi orientasi. Pelajar tahun terakhir seperti Aaliyah dan Farina mula beransur ke kelas masing-masing untuk meneruskan sesi kuliah mereka.
Disebabkan rating Aaliyah berbeza dari Farina maka kelas mereka berdua turut berasingan. Hanya selang dua kelas. Kerana perbezaan rating itu juga terpaksa la rakan satu sekolah rendah itu berpisah untuk beberapa jam di kelas yang berlainan pada sepanjang semester mereka.
Ya, kelas para pelajar turut ditentukan melalui rating mereka. Makin tinggi rating yang dimiliki pelajar tu, makin mewah la kemudahan kelas tersebut. Seperti meja yang besar, lokar persendirian, setiap meja ada komputer,disediakan ipad persendirian dari akademi, alat penghawa dingin untuk musim panas, alat pemanas untuk musim sejuk. Bias?Nah!Dekat sini tiada istilah tu. Yang ada hanya la kalau nak rasa senang berusaha dan berikan effort. Itu je!
No pain...no gain!
"Hai Aaliyah, cantik seperti biasa ya. Saya rate awak ya!"tegur Cindy sambil tunjuk telefonnya kepada Aaliyah sewaktu melewati Aaliyah sebaik bertembung.
Tips kedua macam mana nak naik rating, puji dan beri! Kalau orang tu puji, kita beri rating dekat orang tu. Like, what you give you get back!
Give and take. You give more you get more.
Macam ni la aturan dalam akademi mereka.
Siapa nak dapat rate mudah aje. Sama ada pandai ambil hati dan mengampu atau memang sedia popular. Petik aje jari terus dapat rating.
"Terima kasih Cindy. Saya rate awak jugak nanti."beritahu Aaliyah semasa gerak ke mejanya.
"Yes! Terima kasih!"ucap Cindy sebelum tunduk menyentuh skrin dan buka applikasi rasmi akademi dan mula memberi rate kepada Aaliyah.
Sementara Aaliyah setelah duduk, dia keluarkan ipad dari lacinya dan buka aplikasi rasmi akademi juga. Dia tekan aplikasi tu dan sentuh nama Cindy dalam senarai ahli kelasnya. Dia berikan ratingnya kepada Cindy.
Dan melihat jumlah rating dia bukannya turun tapi sebaliknya naik, kening Aaliyah ikut mencerun.
Kenapa?
Well,maybe semua orang dalam akademi ni berebut nak naikkan rating masing-masing. Tapi tidak Aaliyah. Kalau boleh Aaliyah nak turunkan rating dia ke bawah dan ke bawah dan kebawah sehingga jatuh ke 0.
Alasan?Sebab dia nak sangat keluar dari akademi ni dan jalani hidup dengan selesa tanpa rasa terkekang dengan peraturan dungu yang dicipta akademi ni la!
Siapa yang sukakan idea tak masuk akal ni aje yang beria cari rating. Sementara Aaliyah dari awal lagi enggan berada di akademi ni.
Kalau bukan disebabkan permintaan ibu bapanya yang mahukan dia supaya belajar disini, mungkin dia sudah mendapat kerja sambilan dekat luar sana! Tapi itu la....
Disebabkan rasa sayang punya pasal dekat parents, Aaliyah terpaksa akur dengan permintaan orang tuanya. Ala maklum la, hidup sebagai anak seorang petani ini bukan suatu yang mudah dan menyeronokkan. Mereka nak dia bawa nama baik buat keluarga mereka dengan masuk ke akademi berprestij ni.
Isu sekarang adalah, dia rimas la nak berlakon baik macam ni!Fed up sebab terpaksa menjadi hipokrit semata hendak mendapatkan rating semata.
"Okay class...please take your seat and calm down..."seorang pensyarah berjalan masuk ke dalam kelas dengan langkah lekasnya. Seorang wanita bercermin mata bulat bertubuh lampai dan kurus kering seperti watak ikan sardine dalam kartun spongebob squarepant!
19 orang pelajar dalam kelas itu mula ambil tempat masing-masing dan duduk tegak menghadap ke depan memberi perhatian. Termasuk Aaliyah sendiri. Aaliyah beri muka bosannya. Nampak sangat yang dia tidak mahu berada dalam kelas itu!
"Terima kasih."ucap Puan Kiara. 45 tahun ibu kepada 3 orang anak, seorang daripadanya adalah pelajar akademi ini. Janda. Seorang wanita yang sangat peramah dan juga penuh kasih sayang. Sangat menghormati para pelajarnya. Seorang dari pada pensyarah kegemaran Aaliyah. "Hari ni kamu semua akan menerima rakan baru."maklumnya sambil selak fail yang diletakkan atas podium kecil di depan papan hitam di situ. "Kenalkan. Lucas Oliver."dia alukan tangan ke arah pintu kelas.
Semua di situ jengah kepala masing-masing dengan serentak ke arah pintu lepas dengar nama itu di sebut. Tertanya-tanya kenapa pelajar baru boleh masuk kelas rating 6 ini dari awal?Ini tak lain tak bukan mesti lalu pintu belakang.
"Dia merupakan anak kepada dekan kita yang baru sahaja dipindahkan ke sini dua minggu lepas kerana faktor keselamatan."beritahu Puan Kiara dengan senyuman lebar.
Aaliyah turunkan tangan dari dagu dia. Anak dekan?Memangnya dekan ada anak ke?Keningnya terangkat bingung.
Dengan langkah yakin, lelaki berambut hitam berkilat menutupi kening itu berjalan masuk sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Headfon merah tergantung di sekeliling leher tu. Ada vibe anak bandar pada lelaki tu.
"Kenalkan diri kamu Lucas pada rakan-rakan sekelas yang lain."aju Puan Kiara dengan mesra.
Sambil buat muka berlagak tak sukanya, Lucas pun berkata saat melirik setiap wajah di situ. "Puan dah beritahu nama saya tadi kan...buat apa saya ulang semula."
Woah!Hold up you youngman! Aaliyah berkerut kening tak suka selepas mendengar kata-kata itu. Cantik betul punya perangai.
Air muka Puan Kiara jatuh selepas itu. Dia berusaha tarik senyuman terpaksanya. "Yalah..lupa pula. Kalau begitu, kamu ambil la tempat duduk yang kamu hendakkan setelah itu saya akan mulakan kelas."
Tanpa berkata apa-apa lagi, Lucas mula gerak masuk ke tengah kelas. Sambil dia berjalan, sambil tu dia scan meja di situ. Ingin mencari tempat duduk yang diinginkan.
Semua di situ sedaya upaya tidak mahu bertentang mata dengan Lucas, malah ada yang berusaha buatkan tempat mereka penuh dan tidak mahu di duduki oleh Lucas.
Namun tidak Aaliyah. Dia dengan berani sekali lirik ke Lucas sehingga la lelaki tu berhenti dekat tepi meja dia. Lalu lelaki tu pandang dia dengan renungan dingin samsengnya. Buat sesaat mereka berdua saling membalas renungan. Kalau ada laser lama dah keluar dari mata mereka berdua tu.
"Well?"Lucas jungkit kening pada Aaliyah.
Aaliyah ikut jungkit kening dia. Apa well...well...dah tak reti ke nak cakap elok-elok kalau nak duduk. Tendang kang nanti!Sia-sia jadi handsome!
"Pardon?"balasnya saja buat-buat tak tahu.
"Move.."arah Lucas yang menggunakan mata dia sebagai isyarat supaya Aaliyah berikan ruang untuk dia. Hanya meja disebelah Aaliyah saja yang available ketika itu.
"Maaf...saya tak faham bahasa isyarat. Boleh awak cakap lebih jelas apa yang awak mahukan wahai sahabat baru?"tanya Aaliyah dengan nada baik yang sengaja dibuat-buat. Kalau lelaki ni boleh buat perangai tak guna. Apatah lagi dia.
Rakan-rakan Aaliyah yang tahu macam mana Aaliyah yang sebenarnya sudah pandang minat akan scene yang berlangsung di depan mereka ini. Agak-agaknya siapa yang menang ya?Miss Singa mereka ini atau Anak kepada Dekan ni?
Mata Lucas mengerenyet bila ditegur begitu. Memangnya perempuan ni cuba cabar dia ke?
"Aaliyah sayang...please. Jangan mulakan. Tolong."tegur Puan Kiara yang sedang menulis sesuatu di papan hitam. Dia tidak perlu toleh untuk tahu apa yang berlaku sebab dia sendiri sudah maklum akan semua anak muridnya. Terutama sekali Aaliyah.
Bersama keluhan jengkelnya Aaliyah undur sedikit lalu beri laluan untuk Lucas duduk di meja sebelahnya. Banyak-banyak tempat, sebelahnya jugak!Dasar si mangkuk ayun betul!
Share this novel