Dalam akademi ni ada khabar angin tau...
Khabar angin yang mengatakan bahawa ada terdapatnya pelajar rating 10. Rating tertinggi yang pernah dimiliki oleh pelajar.
Tapi tiada seorang pun yang tahu siapakah orang-orang bertuah itu.
Memang la semua orang boleh beri rate kepada sesiapa saja yang mereka kehendaki. Tapi itu tak bermakna mereka semua boleh lihat rating orang lain kecuali pemilik rating tu sendiri dan pihak akademi.
So...macam mana nak tahu rating seorang pelajar tu kalau tak dinyatakan dalam sistem?
Simple, setiap pelajar ada ID pelajar. Dan setiap ID tu akan guna barcode yang telah ditetapkan khas untuk mereka. Kalau nak guna atau masuk apa saja ruang khas rating 5 ke atas, barcode itu adalah pass untuk mereka.
Namun barcode itu tidak tunjuk berada rating mereka. Jadi siapa yang beritahu rating mereka berapa saja yang tahu mereka itu rating berapa. Kalau yang tak beritahu tak ada siapa tahu.
Ada yang khabarkan rating 10 adalah pelajar dari kelas satu dan pelajar popular dalam akademi ni. Ada jugak yang rumor kan bahawa pelajar rating 10 adalah geng bermasalah, dan ada jugak yang bincangkan pelajar rating 10 tu sebenarnya hanya la satu rumor dan tak pernah wujud pun.
Kenapa mereka rahsiakan rating mereka?
Hal ini kerana rating mereka boleh dirampas oleh pelajar yang lain. Dengan menggunakan system singkiran. Iaitu sekiranya mereka tahu orang ini mempunyai rating 10, mereka akan gunakan nama orang itu dan sebarkan fitnah dan timbulkan masalah dengan nama orang itu. Paling tak pun mereka akan ramai-ramai bersubahat untuk berikan rating rendah pada orang rating 10 tersebut.
Konklusinga, dapat rating tinggi ni bukan suatu kelebihan atau perkara yang patut disenangi. Sebaliknya ianya hanya akan mengundang insecurity pada ramai orang termasuk la pada pemilik rating tu sendiri.
Macam mana mereka boleh dapat rating 10?
Well biasanya mereka yang dapat rating tinggi ni kerana pensyarah atau orang atasan yang berkenan sangat pada mereka. Atau mereka beli rating tu sendiri untuk dapatkan kemudahan di dalam akademi. Or known as rich kid privilege. Sebab itu la mereka boleh dapat rating tinggi.
Kenapa rating ni penting?
Macam di beritahu awal tadi.
Siapa dapat rating tinggi dan dapat kekalkannya. Mereka tidak perlu bayar sebarang apa-apa kos sepanjang pembelajaran di akademi. Tak perlu tanggung apa-apa bayaran. Apa yang perlu buat adalah belajar pandai-pandai dan naikkan nama baik akademi. Itu saja. Sekiranya mereka yang gagal naikkan rating atau jatuh dari rating asal, maka terpaksa la mereka bayar kos yang sangat mahal dan mencekik darah.
Hebat tak cara akademi ini cari duit?
Nak buat macam mana, dah itu cara nak survive dalam dunia capitalism ni!
Selesai makan tengah hari, pelajar biasanya ada waktu senggang atau rehat antara kelas untuk beriadah selama setengah jam setiap hari. Jadi selepas sesi makan tengah hari, kebanyakannya pelajar suka luangkan masa mereka di laman berumput untuk ambil angin, atau bermain bola keranjang di gelangang, atau futsal di dalam gim, atau duduk berborak santai di kolam air pancur, paling tidak pun duduk di dalam perpustakaan untuk menelaah.
"Bye...jumpa nanti."lambai Ian kepada Aaliyah di depan perpustakaan itu.
Aaliyah angkat tangan melambai kecil ke Ian yang sering berpakaian selekeh dan tak tahu nak jadi smart itu dengan senyuman nipis di bibir. Setelah kelibat sepupunya itu menghilang, dia berjalan masuk ke dalam perpustakaan kemudiannya.
Masuk saja dia ke dalam, mesin pembaca barcode yang berada di tepi pintu masuk itu keluarkan bunyi 'bip' selepas scan barcode dia yang ada di lencana yang dipakainya.
"Hai Aaliyah...awal hari ni?Bukan ke awak akan bertugas esok? Kenapa masuk library hari ni?"tanya petugas yang berada di belakang kaunter.
"Hai...ramai ke hari ni?"bisik Aaliyah semasa berdiri di depan kaunter tu.
"Biasa la hari pertama sekolah. Memang busy la jawabnya. Especially pelajar tahun akhir...memang berlambak mereka bertapak di sini."
Aaliyah mengangguk kepala. "Kalau macam tu selamat bertugas. Saya nak duduk baca buku dulu."
"Selamat membaca."
Setelah itu Aaliyah mula bergerak ke tempat biasa dia duduk lepak kalau nak baca buku. Sama ada pada hari dia bertugas atau masa lapangnya. Iaitu di lorong belakang sekali, rak ke lima sebelah kanan berdekatan dengan jendela. Hampir dengan deretan rak dimana ensiklopedia ditempatkan.
Namun sesampai saja Aaliyah di situ, dia ternampak tembok jendela itu sudahpun di duduki oleh seseorang.
Dan orang itu lain tak bukan, Tristan sendiri!
Ugh!
Kenapa orang tua ni menyemak masa ni jugak?
Share this novel