Beberapa hari kemudian, di dewan sebuah hotel mewah ayah Hector, berlangsungnya parti ulang tahun kelahiran pada malam harinya. Seperti parti tipikal anak orang kaya yang biasa di lihat. Begitu la keadaan di parti Hector dan Ken ketika ini.
Kebanyakan tetamu yang hadir ialah rakan satu akademi dan rakan-rakan kenalan yang duduk berhampiran di situ. Kalau ahli keluarga pun hanya ibu bapa Hector dan jiran tetangga sahaja. Tiada saudara mara lain disebabkan ramainya duduk jauh dari situ.
Dua meja buffet disusun melintang di tengah-tengah dewan. Booth minuman di sebelah kiri dewan. Kek bertingkat di tempatkan sebelah kanan booth Dj.
Manakalq Hector, Ken, Isaac dan Farina berada di tengah-tengah podium agar tetamu yang ada di situ mudah untuk mereka temui.
Di atas pentas pula terdapatnya sebuah skrin putih yang digunakan untuk memaparkan video lama dan gambar sewaktu Hector dan Ken kecil. Sedang gambar dan video itu di mainkan, pada masa itulah kelibat satu pasangan muncul dari celah para tetamu di situ.
Dua-dua mengenakan pakaian yang sama-sama sedondon warnanya. Hal itu buatkan mereka yang berdekatan tertarik untuk palingkan kepala ke arah dua orang itu.
Pasangan duo itu kelihatan sepadan bersama, jadi suka atau tidak mereka yang ada di situ akan tertarik hendak memandang. Lucas segak mengenakan kemeja warna hitam tidak tuck in dan jean hitam. Rambut hitam berkilat miliknya disisir menampakkan lagi penampilan ringkas Lucas kelihatan kemas bila mata memandang. Dan disampingnya, Aaliyah sekadar ringkas mengenakan crop top dan skinny jean hitam.
Dan kedua-dua itu jalan mendekati tempat dimana Hector berada dengan langkah yakin mereka.
Farina yang berdiri di sebelah Ken terpandang Aaliyah terlebih dahulu terus palingkan kepala ke arah lain sambil meneguk sedikit minumannya. Dia tak nak pandang Aaliyah. Sebab malu dan tak suka pada masa yang sama.
"Happy birthday."ucap Lucas seusai berdiri di depan mereka.
"Thanks."balas Hector sambil kerling ke Aaliyah di sebelah Lucas dengan renungan serba salah. Dia mintak maaf pada Aaliyah untuk apa yang bakal berlangsung sekejap lagi.
Aaliyah pula sama seperti Farina. Dia palingkan muka ke arah lain enggan memandang Farina. Sambil tu dia erat memeluk lengan Lucas. Dia menyampah dengan Farina.
"Dah lama mula ke partinya?"tanya Lucas lagi cuba hendak berbasa basi.
Ken yang perasan akan perubahan angin di situ bila Aaliyah ada, tersengih mengejek. "Tak adalah. baru je. Layan la diri sebab parti sebenar akan mula sekejap lagi."
Isaac seluk tangan kanan ke dalam poket seluarnya setelah itu. "Nak tengok something yang menarik?"tanya dia sewaktu pegang remote control slide di poketnya itu.
Aaliyah yang dah tahu apa yang akan berlaku buat muka tiada mood. Sumpah dia tak suka lakukan hal ni. Tapi terpaksa punya pasal, mahu tak mahu dia kena hadapkan jugak. "Apa dia?"tanya dia setelah itu.
"You'll see..."senyum Isaac sebelum palingkan badan menghadap skrin putih yang ada di depan pentas di dewan itu. Remote control yang ada di dalam poketnya kemudian di tekan.
Selang beberapa saat kemudian, skrin putih itu bertukar slide lalu muncul satu video dimana muka Farina berada. Gadis itu sedang duduk bersilang kaki di sebuah kerusi dengan kedudukan kamera yang merakam pula betul-betul tunjuk dia seorang saja di dalam ruangan itu.
Lalu kedengaran la suara Farina bercakap dalam video tersebut.
"Saya berkawan dengan Aaliyah bukan sebab suka pada dia jadi kawan saya. Dari awal perkenalan lagi masa sekolah menengah rendah saya dapat tahu dia seorang pelajar yang bijak. Memandangkan saya perlukan seseorang yang boleh naikkan markah saya dan jadi toyol pada peperiksaan saya. Sebab itu la.."
Suara menahan nafas terkejut jelas kedengaran dalam dewan tu bila tetamu yang lain menontonnya. Ada jugak yang berbisik halus menggumam akan sesuatu.
Aaliyah yang dengar pula pandang terkejut ke skrin putih di depannya.What the hell! Bukan ini rancangan asal dia!?Apa yang sedang berlaku ni?Dia pegang lengan Isaac yang berdiri dekat dengannya.
Isaac pun palingkan kepala dia ke Aaliyah sebelum Tarik senyuman sinis jahat dia. "Sorry princess. Semua ni idea Hector."beritahu dia sebelum pandang ke depan semula.
Perlahan-lahan tangan Aaliyah terjatuh ke sisi setelah mendengar apa yang selanjutnya keluar dari mulut Farina itu. Dia terkesima dengan pengakuan ni!
"Saya gunakan Aaliyah untuk naikkan markah bukan saja bantu saya dapat masuk ke akademi ini tapi malah naikkan popularity saya. You know...dia tu macam lucky charm saya. Tapi setiap benda kalau dah lama dan lapuk, kita rasa tak mahukannya lagi bukan...sebab itu saya lakukan hal ni pada dia. Sebarkan semua cerita buruk mengenai dia supaya rating dia jatuh sementara saya naik..."
Bagai mahu menjerit di situ supaya hentikan apa saja rancangan mereka, Aaliyah pandang ke Farina dengan mata kemerahan dan dalam keadana tercengang. Rancangan dia hanya la ingin paparkan gambar memalukan yang Farina miliki. Itu saja. Bukan begini!
Farina yang saksikan video itu pandang terkejut ke Ken dan Hector di sebelahnya. Ini adalah perbualan mereka sewaktu dia di bilik belajar mereka. Mereka tanya dia soalan mengenai Aaliyah dan persahabatan mereka. Mereka cakap mereka bencikan Aaliyah. Sebab itu dia beritahu semua ni!Tapi kenapa ianya dirakam?
Budak-Budak akademi yang ada di dalam dewan itu saksikan video tersebut dengan muka terkejut mereka. Malah ada yang rakam akan tayangan video pada masa yang sama.
"Farina!"panggil Aaliyah yang berang sebaik mendengar pengakuan tu. Kening dia mencerlung tajam hendak menangis. Dasar perempuan tak guna!Dia tak tahu pulak rupanya macam ni perangai sebenar Farina!
Tersentak Farina selepas itu. Dia hadapkan badannya ke Aaliyah dengan mata terbutang luas. Oh sh*t!
"Kau!"Aaliyah kepal penumbuk dia erat-erat menahan sabar. Jadi selama ni...Farina cuma pura-pura kawan dengan dia?Dia hargai Farina bagai nak rak!Kawan dia hanya anggap dia sebagai objek?Terus jatuh air mata tu ke pipi Aaliyah. "Sampai hati kau..."
Lucas pandang ke Aaliyah lalu ke Hector dan Ken dengan bingung. Apa yang berlaku?Kenapa lain dari rancangan yang Aaliyah beritahu dia? "Ken...Hector apa semua ni?"tanya dia sambil tunjuk ke skrin.
Ken dengan sengih jahat dia dekati Farina lalu rangkul bahu tu sebelum hadapkan Farina depan semua tetamu di situ. Farina nak Malukan Aaliyah sangat bukan?Sekarang rasakan apa maksud dipermalukan yang sebenar-benarnya. "Pandang la mereka. Tunjuk muka kau yang cantik ni pada mereka yang bantu kau dapat rating ni Farina...beritahu dia orang apa kau buat demi naikkan rating dan popularity kau selama ni.."
Seperti ketam kukus baru di bawa keluar dari pengukus, Farina pandang Ken dengan muka blushing sebab malu dan marahnya. "Awak rancang semua ni?"soal dia.
"Kau rasa kenapa kita orang dekati kau?"soal Hector pula semasa berdiri dengan tangan bersilang di dada.
"Tapi kenapa?Awak semua kata awak semua bencikan Aaliyah?Kenapa awak semua buat macam ni pada saya!"bentak Farina dengan penuh hysteria.
Aaliyah yang terkejut dan kecewa yang amat sangat dekat situ tak dapat nak tunggu lama. Dia terus pergi dari situ. Tak nak Nampak macam dia orang bodoh dekat situ sebab dah percayakan Farina dan jadi kawan gadis tu selama ni!
Lucas apa lagi, dia cepat-cepat lari dapatkan Aaliyah yang sedang menangis itu berlari keluar dari dewan tu.
Isaac jalan dekati Farina lalu berdiri melangit di depan gadis itu. "Kenapa kau tanya?"soal dia pula.
Farina pandang ke Isaac dengan air mata mula berkumpul di kelopak matanya. Malunya dia!Pada masa yang sama dia marah yang amat sangat sebab telah tertipu dengan mereka bertiga.
Ken kemudiannya tundukkan kepala dia sambil pandang tepi muka Farina. "Sebab kita orang adalah kawan Aaliyah. Orang yang bertanggungjawab hapuskan semua scheme kau untuk susahkan hidup Aaliyah selama ni. Sekarang...kau rasakan balik..apa yang kau dah buat dekat dia.."bisiknya.
Menggigil bibir Farina masa dia pandang mereka bertiga di situ sebelum air mata jatuh ke pipi! Tak mungkin!Macam mana semua ni boleh terjadi!
"Kawan Aaliyah?sejak bila awak berkawan dengan Aaliyah?"Farina begitu tertampar.
Hector ketawa besar. "For your surprise...sejak Aaliyah dalam kandungan ibu kami berdua..."
Semakin terbeliak mata Farina. Dia begitu terkejut hingga tidak sedar dirinya menahan nafas. "Apa dia?"
Isaac menarik sengih meleret bangga. "Lepas ni...kau fikir-fikirkan balik sebelum nak mengganggu Aaliyah. "
Share this novel