Episode 39 : Kerja Jahat!

Family Completed 7596

Seperti pencuri menghendap, seorang pelajar perempuan berambut pendek jalan merentasi koridor dimana lokar pelajar berada. Terintai-intai tak mahu di tangkap, dia dekati lokar yang pintunya di tampal dengan pelekat berbunga warna merah jambu dan purple itu. Menggunakan passcode yang diperolehnya, dia tekan punat pada pad keselamatan lokar sebelum ia terbuka sesaat kemudian.

Tanpa berlengah, dia keluarkan telefon skrin sentuh mahalnya dari kot Bersama dompet lalu di letakkan dalam lokar tersebut. Bersama perasaan berdebar bagai mahu meletup jantungnya, dia tutup pintu lokar itu dengan perlahan-lahan.

Tertutup saja pintu lokar itu, dia pusingkan badannya untuk pergi dari situ. namun begitu, ketika dia berbuat begitu, seseorang sudahpun berdiri melangit di depannya lalu memagari tepi kanan dan kiri secara mengejut.

Bagai mahu luruh jantungnya dari tangkai, pelajar perempuan berambut pendek itu bersandar pada lokar tu dengan nafas tertahan.

"Senior!"gumamnya dengan mata terbutang luas.

"Hai cutie.."sengih Ken sewaktu tunduk mendekatkan mukanya dengan mengancam ke muka pelajar perempuan berambut bob cut depannya. "Buat apa?"

Mata pelajar perempuan tu terbutang kaku, dia pandang Ken sambil menggigit bawah bibir kerana takut. Perlahan-lahan mata dia mula kemerahan sebab nak menangis, Habis la dia. "Sa-saya tak buat apa-apa.."nafinya walaupun dia tahu tak ada guna!

Ken tersengih, mata dia lirik ke plak nombor pada lokar berbunga-bunga depannya. Ianya milik Aaliyah.

"Kau cuba sabotaj Aaliyah ke?"bisik Ken di depan muka tu.

Pelajar perempuan itu tunduk lalu menggeleng kepala tidak mahu mengaku. DIa tak berani nak mengaku sebab dia tahu dia sudah pun berada dalam kubur yang dia gali sebentar tadi. Patut la dia rasa tak sedap hati semasa mahu lakukan misinya ini. Rupa-rupanya ada yang sudah mengagak!

Dengan lemah lembut, Ken bersuara lagi. "Look at me now."minta dia.

Mahu tak mahu pelajar perempuan tu pun angkat kepalanya dan pandang ke Ken, kali ni air mata sudahpun mengalir turun dekat pipinya, Sungguh. Dia terdesak sangat. Kalau bukan disebabkan rating dia takkan lakukan semua ni. Dia cuma terdesak sangat nak naikkan ratingnya.

"Apa kau cuba rancangkan?"tanya Ken setelah itu. Tidak peduli akan air mata tu. Hati dia bukan jenis yang tersentuh atau makan dengan tanggis wanita.

Pelajar perempuan tu ketap bibir dia tidak mahu bercakap. Sebab kalau dia bercakap, dia hanya akan letakkan dirinya ke dalam situasi yang lebih serius!Dan nasibnya akan berakhir dengan ending yang tak baik!

BAM!

Tak pasal-pasal Ken tumbuk pintu lokar di tepi kepala pelajar perempuan tu dengan kuat.

"ArgH!"pelajar perempuan tu angkat tangan memegang kepala, reflex nak lindungi diri sendiri. Menggigil teruk badan tu di buatnya.

"Beritahu aku apa kau cuba rancangkan atau aku akan buat hidup kau susah sekarang ni jugak!"desis Ken dengan muka bengisnya. Tiada lagi nada lemah lembutnya.

Pelajar perempuan tu mula menangis dengan hysteria sekali tanpa suara. Dalam keadaan ketakutan itu, dia pandang ke Ken lalu berkata dalam keadaan tergagap-gagap. "Saya nak tuduh dia sebagai pencuri supaya..dengan alasan dia orang miskin tidak berduit yang perlukan barang mewah.senior!"terus melutut dia dekat situ memeluk kaki Ken. "Tolong lepaskan saya...jangan beritahu sesiapa mengenai hal ni...saya mohon!Saya hanya mahukan rating saja.."

Ken yang dengar hanya berdiri di situ sambil mengepal penumbuk menahan sabarnya. terdesak betul!Kalau nak berusaha la dengan cara yang betul!bUkan susahkan hidup orang macam ni! Bersama renungan dingin dia tundukkan matanya ke bawah, Memandang kepala pelajar perempuan berambut pendek di kakinya sebelum rentap kaki dia dari tangan tu.

Tolong la...kalau nak merayu dan menangis jangan pada dia. Semua ni bukan untuk dia.

"Kalau macam tu sedia-sediakan diri kau untuk turun ke rating yang lebih bawah dari ni"beritahu Ken dengan renungan dingin dia.

Pelajar perempuan itu dongak memandang terkejut ke Ken. Mulutnya ternganga kerana tergamam mendengar kata-kata Ken. "Senior...jangan-"

"Kau yang mintak..."beritahu Ken sebelum tekan butang passcode lokar Aaliyah lalu buka pintu itu dengan marah lalu capai dompet dan telefon yang ada di situ sebelum di campak semula ke pelajar perempuan tu. "Berhambus dari sini.Jangan kau muncul depan mata aku lagi."beritahunya setelah itu.

Pelajar perempuan pandang dompet dan telefonnya bersama air mata berlinangan di pipi lalu mengutipnya dengan tangan menggigil sejuk. Tanpa berlengah dia bangunkan dirinya dari situ dan bergerak pergi dari situ lemah longlai tiada tenaga.

Ken perhatikan pelajar perempuan tu beredar sebelum pandang ke lokar Aaliyah semula. Tak pasal-pasal betul la!

Ini unedited chapter ya. Tinta tak berapa sempat dua tiga hari ni sbb bnyk keja nak settle kan dkt skolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience