Episode 53 : Curang!

Family Completed 7596

Buku nota dan mini pc dikeluarkan dari lokar bersama sebelum dia tunduk menyimpannya di dalam beg sandang. Setelah itu Lucas mengeluarkan binder biru dari rak bawah. Ketika dia berbuat begitu, seseorang muncul dari sisi lokar lalu berdiri di situ tanpa berkata apa-apa. Sambil memasukkan barang dalam beg, masa itu la dia palingkan kepala dan pandang ke sisi setelah perasan mengenai kehadiran itu.

Seorang gadis berambut toncang dan berpendakap gigi tersengih kepadanya dengan muka bersemangat sebaik mereka bertemu mata.

"Hai Senior Lucas."

Hmm....

Dah apahal?Lucas tak balas sapaan itu. Dia hanya berkerut kening tak suka.

"Boleh saya cakap dengan senior sekejap?"

Lucas tutup pintu lokar sebelum hadapkan badannya ke pelajar perempuan tersebut. Dia tak berminat tapi terpaksa.

"3 minit."beritahu dia setelah itu.

"Saya bukan nak ganggu senior. Tapi selaku seorang junior yang ambil berat terhadap senior dia, saya terpaksa katakan hal ni terlebih dahulu."beritahu pelajar perempuan tersebut saat tunduk mengangkat telefon dekat depan muka. "Tadi masa saya berada di cafeteria, saya ternampak sesuatu yang tak sepatutnya di lakukan oleh mana-mana pasangan sekiranya sudah bercinta"jarinya scroll scroll telefon.

"Hah?"

"Tak ada la...saya bukan nak menyibuk ke nak jadi batu api dalam hubungan senior,tapi itu la. Saya tak sampai hati nak biarkan senior berterusan dalam keadaan tak bersalah tanpa mengetahui hal sebenar...."

Apa budak ni mengarutkan dari tadi ni?Kening Lucas semakin berlapis kerutannya. Dia sudah naik rimas mendengar kata-kata junior di depannya. "2 minit."sebutnya lagi. Buang masa betul!

"Eh...sekejap-sekejap."pelajar perempuan itu berhenti dari scroll skrin. "Ni...Cuba senior tengok ni. Ianya adalah gambar yang saya ambil dimana Senior Aaliyah berpelukkan dan bermesra bersama pelajar lelaki lain, sedangkan dia sedang bercinta dengan Senior Lucas. Patut ke tak patut tu..."skrin telefon tu di talakan depan muka Lucas.

Lucas pun pandang ke skrin telefon tu. Sekali tu dia nampak gambar dimana Aaliyah berdiri rapat depan Allan. Kedudukan mesra Aaliyah dan Allan itu hanya ditenung tidak berminat. So? Apa isunya sekarang?Dah dua orang tu adik beradik, nak dihairankan apa?

"1 minit."hitung Lucas dengan muka tak kebosanan.

Budak perempuan tu apalagi, lepas dia nampak reaksi tenang selamba Lucas, dia tercengang. Lucas sikit pun tak terkutik? Seriously!"Senior...senior nampak tak apa saya tunjukkan ni...bukan setakat itu saja. Senior Aaliyah turut bermesraan dengan student lelaki lain...lihat ni.."pelajar perempuan itu sekali lagi sentuh skrin dan slide ke tepi. Mendedahkan beberapa gambar yang lain.

Mahu tak mahu terpaksa la Lucas pandang jugak. Dan gambar itu hanya gambar Aaliyah bersama dengan Hector, Ken, Isaac dan Ian. Dia kenal mereka semua ni. Jadi apa masalahnya?

"Times up. KETepi."balas Lucas yang kemudian gerak hendak pergi dari situ. Dia dah lambat nak masuk kelas ni.

"Senior..."pelajar perempuan tu tak berputus asa. Dia malah lari untuk berada di sisi Lucas dan menyambung syarahannya. "Apa saya nak beritahu sekarang, Senior Aaliyah bukan gadis yang senior sangkakan baik dan polos. Dia adalah perempuan miskin yang gunakan pengaruh orang lain untuk naikan rating termasuk la senior sendiri. Jadi saya sarankan senior lakukan sesuatu mengenai hal ni sebelum dia lakukan hal yang lebih buruk dari kes curang ni!"bebel dia dengan bersungguh.

Lucas yang dengar buat muka tak pedulinya. Ikut kan hati mahu saja dia jerit depan muka budak sebelahnya ini dan beritahu bahawa Aaliyah tak curang kepada dia, dan Aaliyah sebenarnya anak orang kaya. Rating tu naik sebab Aaliyah sendiri yang naikkannya menggunakan usaha baik sendiri. Bukan gunakan orang lain macam orang lain lakukan pada Aaliyah.

"Se-"tak sempat pelajar perempuan tu nak bercakap lagi dengan laju Lucas berhenti dari berjalan dan menghadap dia.

"SHUT.THE.F**K.UP!"sebut Lucas setelah itu dengan satu persatu. "Kalau kau dah tak ada kerja lain selain nak sebarkan baik buruk orang lain, better kau usahakan diri kau untuk dapatkan rating yang lebih baik. Sibuk jaga tepi kain orang lain bukannya dapat apa-apa...diri sendiri pun tak terjaga , sibuk nak mengata."jelingnya semasa bergerak semula pergi dari situ.

Air muka pelajar perempuan tu terus berubah dari ceria kepada sedih. Bibirnya tercebik-cebik hendak menangis kerana terasa dengan kata-kata kasar Lucas sebentar tadi. Dia tak sangka pulak reaksi yang diterima akan begini. Memangnya tak cukup ke bukti yang dia tunjukkan?Sedih betul!

Setibanya Lucas di dalam kelas, dia ternampak Aaliyah sedang tekun menelaah. Terus dia tersenyum melihatnya. "Lama sampai?"tegur dia sewaktu mendekati meja mereka.

Aaliyah tersentak. Dia angkat kepalanya lalu memandang Lucas. "Boleh la...apa yang lama sangat?"tanya dia semasa perhatikan Lucas gerak ke belakang kerusi lalu duduk ke tempat bersebelahan dengan dia.

Lucas tersengih meleret sebaik mendengar soalan itu. Dia harap dia dapat beritahu kenapa dia lewat masuk kelas. Tapi biar kan aje la. Bukannya beri apa-apa faedah pun kalau Aaliyah tahu. "Aku ke tandas tadi."

Aaliyah mengangguk kepala faham sebelum kembali menyambung kerja yang dihentikan tadi.

"Buat kerja apa tu?"tanya Lucas lepas dia selesakan diri di tempat duduknya itu.

"Kimia. Saya kena siapkan tesis sebelum kelas nanti."jawab Aaliyah sambil menulis sesuatu di atas kerjas di atas mejanya itu.

"Good luck kalau macam tu."belakang badan Aaliyah di gosok Lucas untuk memberi semangat.

"Thank you.."sambut Aaliyah sambil menulis dengan laju akan isi eseinya di kertas itu.

Sementara itu,Lucas menatap tepi wajah Aaliyah dengan senyuman lebar. Tak mungkin la Aaliyah akan mencurangi hubungan mereka. Lagipun dalam akademi ada ke yang standing dengan level dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience