Episode 14 : Rating 7

Family Completed 7596

Dua buah kereta berhenti dekat depan pintu masuk utama laman akademi.

Lalu setiap penumpang kedua-dua buah kereta pun mula keluar. Keluar saja mereka dari kereta, mereka terus berdiri dalam satu barisan lurus. dengan tangan dekat belakang badan. Kepala tertunduk ke bawah.

Ian dan Aaliyah naik kereta pertama iaitu yang dipandu sendiri oleh Tristan. Manakala yang lain naik kereta yang dipandu oleh pemandu khas akademi.

Tristan lantas mendekati mereka di situ dengan tangan dalam poket kot labuhnya. Riak wajahnya dingin seperti biasa. Ada pelbagai perkara yang hendak dileteri kepada setiap mereka di situ. Tapi Tristan ambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu tersebut. Biar saja badan disiplin saja yang menguruskan masalah ini secara tertutup.

Lagipun enam orang pelajar lelaki depannya ini adalah ahli pasukan ragbi akademi. Pasukan yang paling dihormati dalam akademi ni. Kalau ada yang tahu tentang insiden ini tak ke hal akan jadi lebih kecoh.

Hari pun dah lewat, nak ditahan lama-lama mereka ini esok ada kelas yang perlu dihadiri. Maka itu Tristan tidak mahu bercakap banyak

"Kamu semua boleh balik ke bilik masing-masing."arah Tristan pada mereka berenam di situ. "Jangan berjaga lewat sangat."

"Baik sir."sambut mereka berenam dengan serentak.

Aaliyah yang dengar terus ikut hendak gerak sama pergi dari situ lepas dengar arahan Tristan. Sekali tu, satu rentapan terasa dari belakang kolar hoodie yang dipakainya. Hal itu buatkan dia terundur ke belakang sedikit sebelum menoleh ke balik bahu.

"Bukan kamu Aaliyah."beritahu Tristan mendatar.

Ian pun toleh memandang Aaliyah, Dia nak buka mulut mahu dapatkan Aaliyah semula, sekali tu Tristan jeling tajam ke Ian sebelum cakap. "Kamu pulang ke bilik atau nama kamu akan diturunkan dari senarai pemain akhir ragbi nanti?" memang terbatal terus niat Ian kemudiannya. Dia pandang 'minta maaf' pada Aaliyah lalu bergerak masuk ke lorong yang membawa ke bangunan asrama lelaki.

What!Serius la. Tinggalkan dia macam tu aje?Aaliyah perhatikan langkah Ian pergi dari situ dengan riak tak percaya. "Apa ni?"gelut Aaliyah mahu lepaskan diri. Hish!Sepupu tak guna. Semua ni idea siapa!

"Kamu ikut saya."arah Tristan.

Kenapa!Apahal pulak!?"Saya tak salah okay!"

Tristan tidak menghiraukan Aaliyah. Dia malah mengheret Aaliyah sambil pegang kolar hoodie Aaliyah. "Kalau kamu tak salah, kamu takkan berada di balai polis dan muka tu takkan berlebam."

"Bukan saya yang bertumbuk, mereka yang bertumbuk...saya hanya mangsa keadaan dekat situ!"jelas Aaliyah sambil jalan tersangkut-sangkut nak saing langkah Tristan. Apahal dengan pensyarahnya ni! Tak nampak ke apa siapa mangsa keadaan sekarang ni ?Kenapa mereka yang lain lepas tapi bila giliran dia, dia pulak yang kena heret?

Mana adil macam ni!

Setiba di dalam bangunan Utama, Tristan bawa Aaliyah ke bilik rawatan akademi. Jam selewat 10 malam begini, sudah sah-sah la tiada sesiapa yang berkeliaran di situ. Maka tinggal mereka berdua sajala di situ.

"Apa nak jadi dengan kamu ni?"tanya Tristan semasa tolak Aaliyah masuk ke dalam bilik rawatan tu.

Berasa bengang dengan tindakan Tristan Aaliyah hadapkan badannya ke lelaki tu nak naik angin. Sekali tu, belum sempat dia nak bercakap, kelibat lelaki tu tak kelihatan di situ.

What the heck?Aaliyah menjegil mata bulat kehairanan sewaktu lihat sekelilingnya. Mana pulak pergi orang tua tu?Tadi ada je...dia jengah kepalanya nak cari Tristan, tak semena satu rentapan terasa sekali lagi dekat hood hoodienya dan buatkan dia tersentak.

What the-

Perlu ke rentap-rentap?

Aaliyah terkedu tidak terkata dengan situasi itu. Dia nak cakap apa-apa pun tak sempat sebab semuanya berlaku dalam sekelip mata aje.

"Duduk!"Tristan kini berdiri dekat belakang Aaliyah pula.

Seperti baru tengok hantu, Aaliyah pandang silih ganti ke Tristan dan tempat lelaki tu sepatutnya berada tadi. What the heck!

Bila masanya pulak lelaki ni lesap dan muncul kembali tiba-tiba?Ajaib betul! "Apa yang sir cuba bu-"baru dia nak bercakap, satu tekapan sesuatu yang sangat sejuk hinggap dekat tepi tulang pipinya. Terkejut punya pasal sampai terdiam dia dibuatnya.

Satu pek ais berada dalam tangan Tristan semasa dia berdiri di situ memandang Aaliyah dengan renungan mencerunnya. "Memangnya kamu ni suka berada dalam masalah ya?"tanya dia.

Aaliyah pandang tak berkedip ke Tristan. Apa yang tengah berlaku ni?Adakah Tristan risaukan dia?Tapi tak mungkin la. Lelaki ni kalau boleh nak tengok dia dalam masalah. "Saya dah cakap tadi kan!"dia tolak dirinya jauh dari Tristan. Lelaki ni kan!Nak tolong ke nak sakitkan hati dia. Ihh..menjengkelkan betul.

Tristan genggam coolpack yang ada di tangannya dengan erat sewaktu pandang Aaliyah.

"Mujur saya telah bekerjasama dengan balai polis dimana kamu semua ditahan tadi. Kalau tidak mana nak letak muka nanti kalau orang tahu yang kamu semua di tahan kerana buat kekecohan."

"Saya dah cakap bukan salah saya kan. "balas Aaliyah dengan lantang. Orang tua ni kan. Nak marah dia kenapa? "Saya cuba halang mereka sir tahu...dan tengok apa saya dapat?Lebam!Kemudian di tuduh!Kemudian kena marah tanpa sebab!Yang sir nak marahkan saya seorang kenapa?"lawan Aaliyah sambil gerakkan mata naik turun meneliti Tristan.

"Kalau dah tahu siapa yang salah, jauhkan diri dari masalah. Senang cerita. Jauhkan diri dari mereka yang boleh bawa kamu dari masalah."tegas Tristan sambil dekati Aaliyah."Apa guna ada otak geliga tapi tak dipakai?"

Mata Aaliyah lirik akan kaki Tristan semasa lelaki tu cuba dekati dia dengan gerak geri mencurigakan. Dah kenapa nak warning dia bagai?"Masalah saya cuma satu. Dan orang yang selalu libatkan saya dalam masalah pun cuma satu. Iaitu sir, tahu tu."

Berketik rahang Tristan. Elok dia nak tinggikan suara, cepat-cepat dia tenangkan dirinya lalu beri muka kayu tak ada perasaannya pada Aaliyah.

"Saya?"

"Ya. Sir selalu letakkan saya dalam situasi yang bermasalah. Macam sekarang ni!"

"I'm doing it for your own good Aaliyah. Why you can't see it!?"

"Iya-iya la tu!"

"Fine. Kalau begini la sikap kamu. Saya tak ada pilihan lain lagi. Kamu akan diberikan rating 7 mulai esok. Kelas kamu akan di ubah. Dan kamu akan dipindahkan sepenuhnya ke bangunan sayap selatan. Muktamad."Tristan capai tangan Aaliyah lalu meletakkan coolpack tadi ke dalam tangan Aaliyah sebelum keluar dari bilik rawatan itu.

"A-apa dia!?Sir!What? Rating 7?Kenapa makin naik pulak!?"

Dumbfounded dengan kata-kata itu Aaliyah pandang ke belakang badan Tristan yang berjalan keluar dari situ dengan mulut ternganga luas.

APA!

Rating 7?

Sengaja nak susahkan hidup dia ke apa ni!!!? Dah la dia bersungguh nak duduk dekat rating 5 bolehnya lelaki menjengkelkan tu naikkan rating dia!?

Ugh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience