Episode 2 : Rating 9.0

Family Completed 7596

Penuh dewan itu dengan para pelajar. Sama ada pelajar baru masuk mahupun pelajar lama.

Uniform warna biru gelap, merah meruh, hijau lumut, kuning labu dan ungu blueberry dapat dilihat dalam barisan pelajar-pelajar yang duduk dalam empat barisan yang ada di situ. Membezakan mereka mengikut tahun dan semester.

Para pensyarah dan counselor berada di barisan paling hadapan sekali. Pengerusi majlis berdiri di atas pentas belakang podium kecil yang di letakkan penjuru pentas. dua orang pengawas bertugas turut berdiri di belakang.

Skrin besar tergantung betul-betul di atas dinding Utama dewan perhimpunan menayangkan nama akademi dan kata-kata aluan 'selamat kembali dan selamat datang' untuk setiap pelajar di situ.

Seusai pengerusi majlis memberi ucapan, dekan Utama di pelawa naik untuk menyampaikan ucapan pula. Dekat 10 minit lelaki bernama Aaron Isaac itu memberi ucapan. Mikrofon diserahkan semula kepada pengerusi majlis. Lalu tiba la ketua counselor pula untuk beri ucapan.

Ketika itu, para pelajar yang ada tekun memberi perhatian mereka ke depan pentas. Masing-masing pandang ke arah ketua kaunselor itu. Terutama sekali pelajar perempuan kerana ketua kaunselor itu merupakan seorang lelaki 30-an yang sangat kacak dan bergaya. Suara yang di lontarkan pulak sangat mudah memikat mana-mana hati yang mendengar.

Namun bukan semua.

Siapa yang tahu je tahu.

"Handsome kan dia?"bisik Farina di sebelah.

Aaliyah yang dengar tersengih sendiri. Memang tak boleh di nafikan, bahawa ketua kaunselor akasemi ini seorang lelaki yang kacak. But little did everyone know. Lelaki ni nampak je angelic dari luaran. Padahal lelaki ini adalah manusia menjengkelkan yang paling menyakitkan hati yang pernah wujud dekat muka bumi ni!

Kenapa?

Aaliyah ada sejarah dengan ketua kaunselornya ini. Semuanya bermula semasa dia pertama kali masuk ke akademi ini. Pada masa itu dia tersesat dan sangat la sudah terlewat untuk masuk ke kelas pertamanya.

Nah..pada masa tu la dia bertemu dengan lelaki tak guna ni!Yang pada masa tu adalah pensyarah lagi. Belum menjadi kaunselor lagi. Disebabkan Aaliyah tidak mengenali siapakah lelaki tersebut pada masa tu. Dengan tak tahu malunya dia pun mintak la tolong pada lelaki itu untuk tunjukkan arah. Sekali tu tahu apa jawapan yang lelaki ni berikan?

'Ada mata ada kaki ada mulut, cari sendiri'

Kepala otak dia!Marah tu jangan tanya la. Memang segala jenis bahasa carutan dah berlagu dalam kepala! Disebabkan lelaki ni la Aaliyah menerima penalti pertama dia kerana lewat masuk kelas. Tak cukup dengan itu, setiap kali dia bertembung dengan lelaki ni, harinya pasti malang!Ada saja masalah yang dia hadapi. Ibarat nasib malang buat Aaliyah sekiranya ketua kaunselor ini muncul di hari-harinya.

Dan sejak tu la Aaliyah anggap lelaki pujaan hati ramai gadis di akademi ini adalah musuh abadinya! Konon ketua kaunselor... attitude out!Kalau dia boleh bagi rating pada lelaki ini, satu bintang pun dia tak hingin kongsi.

"Hei.."tidak semena Farina menyiku lengan dia. Buatkan Aaliyah yang sedang termenung memandang belakang kepala pelajar lelaki yang duduk di depannya tersentak.

"Kenapa?"tanya Aaliyah setelah berpaling ke sebelah.

"Dia pandang sini la.."bisik Farina tanpa alihkan mata dari depan.

Aaliyah berkerut kening tak faham. Siapa pandang sini?"Siapa?"tanya dia.

"Itu...tengok la depan.."juih Farina dengan tidak sabar.

Aaliyah pun palingkan kepalanya ke depan lantas terpandang lelaki yang sedang beri ucapan di belakang podium tu. Setelah dia pandang, baru la suara pelajar-pelajar perempuan mengumam perlahan mula kedengaran di sekitarnya. Mengatakan hal yang sama seperti yang Farina beritahu tadi.

"Dia pandang sini la."

"Kau rasa dia pandang siapa?"

"Oh my god!Aku rasa nak pitam!"

"Dia pandang aku ke?"

Aaliyah yang dengar hanya buat muka blank tiada reaksi sewaktu pandang. Hek-eleh! Lelaki tu pandang pun jadi hal ke?

Tristan Oliver. 29 tahun. Seorang lelaki segak yang menyisir rambut ke tepi mendedahkan dahi, sweater turle neck warna hitam, kot hitam, beranak mata coklat hazelnut terang, hidung mancung dan mempunyai bentuk wajah yang tajam serta bibir yang boleh dikatakan kissable! Kalau diberi rating, lelaki ini adalah rating 9.0. Yalah kalau tidak mana mungkin lelaki ini akan di pilih sebagai ketua kaunselor pada usia muda begini!

"Jerk."sebut Aaliyah dengan perlahan sambil pandang muka tu.

"Apa kau cakap?"tegur pelajar lelaki yang duduk betul-betul di depan Aaliyah dengan tiba-tiba,

Aaliyah tersentak, Dia pandang dengan mata terkedip bingung.Kuat sangat ke dia sebut tadi? "Sorry. Bukan awak. Orang lain." katanya sebelum tersenyum paksa!Hampir aje!

Berasa curiga, pelajar lelaki tu jeling ke Aaliyah sebelum pandang ke depan semula.

See!Belum apa-apa lagi hari dia jadi bermasalah. Dan semua ni gara-gara counselor di depannya ini!

"Aal...kenapa aku rasa dia macam tengok kau je?"bisik Farina dekat sebelah.

Heh!

Terus Aaliyah tersengih sinis. Mana taknya dipandang, semalam dia sempat bagi 'hadiah' buat lelaki tu sempena meraikan hari ketibaannya di sini. Nak tahu apa dia?

Well tak serius mana pun. Hanya tampal not pad warna pink penuh menutupi setiap inci badan kereta lelaki ni je. Alasan?Sebab lelaki ni telah gagalkan dia untuk subjek yang diajar oleh lelaki ni. Dan sekarang dia kena repeat subjek yang sama dan hadiri kelas yang sama dengan lelaki ni! "Iya ke...aku rasa dia pandang kau kut."nafi Aaliyah sewaktu sengih menyakat. "Ayook!Dia syiok dekat kau...."agahnya.

"Ish...kau ni...ke situ pulak."Farina blushing sendiri.

Hujung bibir Aaliyah terjungkit

Memang semua orang fikir dia adalah budak alim dan pandai dekat akademi ni. Tapi ingat pepatah ni, jangan disangka air yang tenang tiada buayanya. Jangan disangka orang yang diam tiada bahayanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience