Episode 30 : Hero!

Family Completed 7596

Pelekat terakhir di tampal pada hidung Aaliyah dengan berhati-hati. Sebaik saja selesai doktor bertugas tadi pun berdiri untuk memeriksa hasil rawatan pada hidung tu dengan senyuman nipis di bibir. "Mujur tiada yang patah. Dua atau tiga hari nanti surut la bengkak ni. Buat masa sekarang kamu hati-hati okay?"pesannya.

Aaliyah yang dengar sekadar mengangguk kepala.

"Saya akan berikan ubat tahan sakit untuk sementara waktu ni. Kalau sakit kamu melarat segera ke hospital."doktor itu tunduk menanggalkan sarung tangan getah dari lalu mengerling ke pelajar lelaki yang bersandar pandang dinding bilik rawatan dan tangan bersilang di dada sejak tadi. Dia beritahu hal yang sama. "Kawan kamu tak apa-apa. Hidungnya tak patah. Cuma pembuluh darahnya pecah sebab impak yang mengenai hidungnya saja."

Lucas pandang ke doktor itu lalu mengangguk kepala faham.

"Keluar nanti bila kamu dah sedia. Saya minta diri dulu."pamit doktor tersebut yang kemudiannya beredar pergi dari bilik tersebut meninggalkan mereka berdua.

Ugh!Aaliyah tunduk memicit kepalanya kerana rasa sakit yang berdenyut dekat sekitar hidung dan dahinya. Sengaja apa Aron baling bola dekat dia kuat-kuat tadi. Grr!Habis hodoh dia dibuat tampalan ni. Macam baru buat nosejob je rasanya. Setelah itu dia pun angkat kepalanya untuk pandang ke depan.

Mendongak saja Aaliyah ke depan, dia dikejutkan dengan kehadiran Lucas yang begitu hampir dengannya di hadapan katil rawatan itu. Untuk seketika Aaliyah terpaku.

Dah apahal?Pandang-pandang. Nak ketawakan dia la tu!

Aaliyah gerak hendak turun dari katil.

"Stop!"arah Lucas serta merta.

Terus berhenti Aaliyah. Dia kerutkan keningnya masa pandang Lucas. Nak apa lagi? Jangan nak cari gaduh eh! Dia tak ada tenaga untuk semua tu. "Ada apa?"tanya Aaliyah dengan nada tidak sukanya.

"Kita pergi hospital."ajak Lucas.

Aaliyah pandang terkejut. Keningnya terangkat tinggi. Mata dia naik turun menilik Lucas atas ke bawah kehairanan. Dah kenapa mamat ni? "Hah?Nak buat apa pergi hospital?"tanya dia yang cuba turun dari katil tu. Tapi Lucas malah menolak bahunya supaya duduk semula di situ. "Apa ni!"marahnya.

"Aku kata kita pergi ke hospital. Aku tak percayakan doktor tu."beritahu Lucas sambil keluarkan telefon dari poket seluar sukan warna biru gelapnya.

Eh-eh!Dah kenapa ni!Aaliyah cepat-cepat pegang lengan Lucas. Menghalang lelaki tu dari mendail apa saja pada skrin telefon tu. "Apa awak cuba buat ni?Kan doktor beritahu saya tak apa-apa. Jangan nak over sangat. Hidung saya tak patah atau apa."beritahu dia.

Lucas tundukkan kepala dia ke Aaliyah dengan mengejut.

Secara refleks Aaliyah cepat-cepat jarakkan kepalanya ke belakang. Mata dia bulat memandang mata Lucas. Dah kenapa ni!Arggh!

"Mana kau tahu hidung kau tak apa?Kau boleh nampak ke?"tanya Lucas di depan muka Aaliyah selepas tu.

Aaliyah telan air liur gemuruhnya. Kelu terus lidah dia dengan tindakan mengejut Lucas. Memangnya apa urusan lelaki ni untuk risaukan dia?

Tidak semena pintu bilik tu terbuka dengan kasar, lalu muncul Ian dengan pakaian latihan ragbi di badan menerpa ke arah katil tu sehingga buatkan Lucas tercampak ke tepi.

"Apa yang berlaku?Kenapa dengan kau?Apa yang patah?Kenapa boleh berlaku macam ni?Siapa buat kau?Dia orang buli kau?Mamat ni sakitkan kau?Mana yang sakit?Mana?"dengan kelam kabut Ian bertanya itu dan ini sambil memegang kedua-dua belah pipi Aaliyah.

Sementara Aaliyah pandang terkejut ke Lucas yang hampir hendak terjatuh tu dengan mata terbutang luas. What the heck?!

Sambil buat muka bengang, Lucas seimbangkan semula badannya lalu berdiri di situ memandang Ian dengan jengkel. Kenapa Ian boleh berada di sini!?

"Hei!Apa hal dengan kau ni hah!"tegur Lucas setelah itu. Jengkel betul la dia. Memangnya siapa lelaki ni dengan Aaliyah. Boyfriend Aaliyah ke?Asal over sangat!

Elok Ian risaukan Aaliyah di situ, terus bertukar jadi rasa terkejut. Ian tersentak lepas di tegur begitu. Dia berkerut kening setelah bertentang mata dengan Lucas. Mata dia naik turun meneliti anak dekan di depannya. "Patutnya aku tanya kau. Apa kau dah buat dekat Aaliyah hah?"dia jalan mendekati Lucas dengan postur penuh amaran.

Lucas yang sama-sama degil dan enggan mengalah itu apalagi, terus dia berdiri menghadap Ian dengan dada mendabik. Ingat dia nak tunduk ke?!

"Cakap tu biar baik sikit. Jangan suka hati nak menuduh!"

"Aku tak menuduh!Tak faham ke soalan dengan kenyataan?"

Aaliyah tercengang. Dia pandang Ian dan Lucas silih ganti. Dah kenapa dengan mereka ni! "Hey!Apahal kau orang ni!"beritahu dia.

Dengan serentak dua kepala tu berpaling memandang Aaliyah lalu berkata. "You shut up!"arah mereka berdua sebelum saling bertemu muka semula.

Apa?Aaliyah pandang akan mereka berdua dengan mulut ternganga tak percayanya. Dia orang cakap apa dengan dia?Wow!Bagus. Sangat bagus. "Sudah la tu. Ian. Aku tak apa-apa. Lucas. Please la! Dekan takkan suka kalau dia tahu tentang hal ni."beritahu Aaliyah semasa tunduk mengutip sweater Lucas yang kotor dengan kesan darahnya lalu turun dari katil tu dengan berhati-hati. Tak nak sakitkan lagi dirinya.

Ian yang nampak cepat-cepat dapatkan sepupunya dan bantu Aaliyah turun dari situ.

Lucas buat muka tak puas hati dia masa tengok tangan Ian pegang belakang pinggang Aaliyah."Siapa dia?"tunjuknya pada Ian.

"Kau tu siapa pulak? Sibuk pasal hal orang.."Ian pandang ke Lucas dengan muka tak suka dia.

"Kau cakap apa?"Lucas nak melawan, tapi Aaliyah pegang dada Ian lalu tolak sepupunya supaya berundur.

"Sudah la tu..kau ni. Pening la kepala aku. Bawak aku keluar dari sini."minta Aaliyah pada Ian setelah itu. Lalu dia pandang ke Lucas. "Sweater awak ni Lucas, saya akan cuci bersih dan pulangkan semula kepada awak nanti.."pandang dia ke Lucas sambil tunjuk sweater yang ada di tangannya itu.

Lucas tak cakap apa-apa. Dia hanya perhatikan belakang badan dua orang tu dengan kening berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience