Episode 11 : Malam Perlawanan Akhir Ragbi The Golden Giant!

Family Completed 7596

"WOOOO!!!!!"

Dengan kuat suara sorakan dan pekikan para penyokong memenuhi ruang stadium ketika pemain pasukan ragbi nombor 38 berlari sambil membawa bola ke garisan rumah lawan. Bergegar kawasan bangku itu dengan penyokong bernyanyi dan memukul dram. Sedaya upaya mahu merancakkan lagi perlawanan dan memberi semangat pada pasukan kegemaran mereka.

Ramai-ramai orang di situ, kelihatan Aaliyah berkedip-kedip mata ketakutan dengan kebingitan yang berlaku di sekelilingnya waktu itu. Kanan kiri depan belakang dia di kelilingi dengan para lelaki yang buas memberi sorakkan. Ditambahkan lagi keadaan para penyokong yang tidak berbaju dan muka comot dengan calitan cat warna kelab pasukan ragbi.

Diapit dengan Ian dan rakan lelaki tu, Aaliyah hanya duduk di situ sambil angkat belon saiz roti john warna golden di tangan memberi semangat seperti penonton buat.Langsung tidak berminat apalagi memahami sukan lasak dihadapannya. Kalau bukan kerana Ian yang mengajak memang dia tidak akan berada di situ.

"Lari cepat sikit la!"

"Asal dia tak pass kawan dia dekat sebelah kanan tu!"

"Woi...pass la!!!"

Teriak Ian dan rakan lelaki tu dengan lantang pada pemain yang ada jauh dekat tengah stadium tu sampai timbul urat leher mereka. Beria menjerit seakan pemain-pemain atas padang itu boleh dengar apa yang mereka teriakan. 

Aaliyah yang dengar palingkan kepala, dia dongak memandang Ian dengan kening berkerut tak faham. Memangnya kalau dia orang jerit sampai nak terkeluar anak tekak, pemain dekat tengah padang tu nak dengar ke?

Haih!Aaliyah geleng kepala sewaktu hendak pandang ke depan semula. Pada masa itu la, sesuatu jatuh mengenai dia dari belakang lalu mendarat atas ribanya.

Bila Aaliyah tunduk memandang ke ribanya bertih jagung dan cawan kertas warna kuning tergeletak di situ. Dah...siapa pulak yang baling makanan dekat dia ni?Sambil berkerut kening, Aaliyah toleh ke belakang. Rupanya sekumpulan lelaki dewasa duduk di situ bersorak sambil memegang makanan dan minuman di tangan masing-masing.

Sepertinya mereka semua begitu seronok bersorak sampaikan sampah sendiri tertempias ke orang lain. Riak wajah Aaliyah terus menjadi keruh. Matanya mengecil memandang judging akan mereka di situ.

Dasar manusia tidak bertamadun!Tak nampak ke dekat sini ada penonton lain jugak!Kening Aaliyah mencerun bila perasan lelaki bertubuh besar di belakangnya dengan kuat menyorak lalu membaling cawan plastik warna merahnya ke depan lalu terkena belakang kepala rakan Ian yang duduk di sebelah Aaliyah.

Aaliyah yang menyaksikan kejadian itu langsung tidak sempat nak halang sehinggakan rakan Ian yang terkena balingan tadi berpaling. Sambil pegang belakang kepala, rakan Ian toleh. "Siapa pulak yang main baling-baling ni?" soalnya dengan muka jengkel.

Aaliyah dongak memandang ke Jayden,rakan Ian tadi dengan mata bulatnya. Dahh. Sudah.

Lelaki tadi yang bertanggungjawab membaling cawan tersebut terpandang Jayden. Dia buat muka samsengnya lalu tersengih. "Aku yang baling. Kau ada masalah ke?"tanya dia.

Hal tersebut menarik perhatian Ian dan rakan Ian yang lain tidak lama selepas itu. Elok mereka tersenyum menyaksikan perlawanan, senyuman mereka jatuh lepas perasan Jayden marahkan seseorang.

"Asal ni?"tanya Ian pada Jayden.

Aaliyah masih duduk di situ. Dia tak tahu nak buat apa, sebab dia seorang perempuan yang tak berdaya. Sementara sekelilingnya dipenuhi dengan lelaki-lelaki bertubuh buffy yang menakutkan! Kenapa la dia setuju untuk ikut Ian ke sini!Kalau dia tahu hal seperti ini akan terjadi tak adanya dia nak ikut.

Macam mana ni?

"Kalau ya pun tak payah la baling-baling!"marah Jayden sambil tunding jari tak puas hati.

"Hei!Kau ingat kau seorang je ke yang bayar!"marah lelaki tu.

"Hoi!Kalau dah salah tu mintak maaf la!Yang nak naik angin apahal?"marah Ian pula.

"Kau apahal!Nak cari pasal jugak!"

Mereka mula bertekak di situ.

Aaliyah yang takut sekiranya mereka timbulkan masalah dan nama akademi naik terus bangun dari situ. Dia pegang lengan Jayden dan Ian dengan serentak. Mahu halang dari hal yang lebih serius terjadi. "Sudah la tu. Benda kecik aje pun. Duduk la.Orang lain tengok tu.."pujuknya setelah itu.

Lelaki berlagak samseng tu terdengar. Dia pandang Aaliyah dengan sengih pervertnya. "Hah...dengar kata chika kau orang ni...benda kecik. Kan sayang?"

Aaliyah yang dengar pandang lelaki itu dengan muka jijiknya. Apa chika?Ingat dia ni anjing chihuahua ke nak panggil macam tu.

"Siapa yang kau panggil sayang ha!Mata tu jaga sikit!"marah Ian yang sudah bergerak hendak menerkam lelaki tu.

"Asal nak marah?Salah ke aku puji?Takkan itupun salah?Memangnya dia girlfriend kau?Hah spair part kau?"kata lelaki tu lagi yang buatkan rakan-rakan Ian ikut menyirap!

Habis terhambur segala bahasa carut mereka ke lelaki tu bertubi-tubi. Tindakan itu telah menyebabkan lelaki tu mula menyerang Ian dan menumbuk muka lelaki tu. Lalu Ian jatuh menghempap penonton berdekatan. Hal itu buatkan Jayden dan yang lain turun menyerang lelaki itu. Maka terjadi la pergaduhan besar di situ bila keadaan jadi serabut setelah penonton yang ikut masuk campur sebab mereka sekali terkena.

Aaliyah dekat situ sedaya upaya nak tarik mereka jauh dari situ. Namun dia ikut di tolak sampai terjatuh dekat situ dan terkena tumbukan tangan entah siapa-siapa dekat situ.

"Aaliyah!"panggil Ian begitu terperanjat dengan situasi tersebut. Matanya terbutang luas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience