Episode 38 : Tukar tempat duduk!

Family Completed 7596

Masuk saja Aaliyah ke dalam kelasnya, dia terus gerak ke meja di mana ketua kelas duduk. Lalu meja itu diketuknya.

"Kaider."panggil Aaliyah pada lelaki yang sedang tunduk menaip sesuatu di skrin ipad.

"Ya saya?"sambut Kaider tanpa memandang Aaliyah.

"Saya nak tukar tempat duduk."aju Aaliyah sambil silangkan tangan ke dada. Dia tak mahu duduk bersebelahan dengan penipu.

Kaider tersentak. Dia angkat kepalanya lalu dongak memandang Aaliyah dengan kening berkerut. "Kenapa?"

Lucas dekat tempat duduknya pandang ke Aaliyah sebaik saja mendengar permintaan tu.

"Saja. Nak pindah. Boleh tak?"

Kaider palingkan kepala ke Lucas pula. Dia tak tahu samaada Lucas benarkannya atau tidak.

Lucas pandang Kaider dengan renungan penuh maksudnya. Tak perlu nak cakap banyak, faham-faham sendiri la.

Aaliyah perasan akan pertukaran tatapan antara dua orang tersebut, dia apa lagi, terus berdiri menghadang pandangan Kaider.

"Ah!Jangan pandang dia...pandang saya. Pedulikan dia. Kalau dia cuba apa-apakan awak...saya akan uruskannya. Jadi awak pindah duduk sebelah Lucas, saya duduk dekat tempat awak."cadangnya serta merta.

"Boleh saya tahu apa alasannya??"Kaider berkerut kening semasa dongak memandang Aaliyah. Kenapa pulak kawannya yang seorang ni. Selama ni okay je duduk dekat situ bersama Lucas. Dah kenapa nak pindah tiba-tiba?

Aaliyah palingkan kepala Lucas lalu kecilkan mata tidak suka padanya. "Siapa nak duduk dengan orang yang suka menipu dan perdayakan orang lain dengan mengatakan diri tu tak pandai sedangkan fakta sebenar dia adalah seorang pelajar bijak dari sekolah berprestij."perli dia ketika itu.

Lucas buat muka tak faham lepas mendengar kenyataan Aaliyah itu. Apahal pulak ni? Dia berkerut kening ketika menatap wajah judging Aaliyah kepadanya.

"Kenapa salah ke apa saya cakap tadi?"tanya Aaliyah sambil mencekak pinggang tak puas hati pada Lucas. Geram betul la dia!Sudah la prank dia tak menjadi. Kena hadap lagi muka menyampah Lucas!Bertambah bengang dia dibuatnya!

Dengan kasar, Lucas bangun dari situ lalu dekati Aaliyah dengan muka tegangnya. Lengan Aaliyah di cengkam dengan erat kemudiannya. "Ikut aku sekarang."arahnya.

Aaliyah turutkan tanpa protes. Yalah, dia sendiri nak tahu apa alasannya Lucas tipu dan gunakan alasan tu semata nak jadikan dia sebagai tutor. Lagi satu...memangnya dua beradik ni hidup hanya untuk menyusahkan hidup dia je atau apa sebenarnya ni?Tak Tristan!Tak Lucas!Dua kali lima sama!

Keluar saja dari kelas itu, Lucas gerakkan Aaliyah ke dinding dan buatkan gadis itu bersandar dengan paksa di situ.

"Hei!"marah Aaliyah kerana terkejut. Dia gerak nak jauhkan diri dari dinding tu tapi bahunya di tolak dengan Lucas supaya bersandar semula ke dinding tu.

"Apa kau cakapkan tadi dekat dalam kelas?"tanya Lucas dengan kening mencerun.

Mata Aaliyah naik turun menilik Lucas kegeraman. "Tuli sangat dah ke?Awak dengar apa saya cakapkan tadi kan?" marah dia.

"Siapa beritahu kau?"tanya Lucas sambil dekatkan jaraknya pada Aaliyah.

Berasa jengkel dan benganga, Aaliyah tolak dada tu pulak. Buatkan Lucas undur ke belakang dua langkah!Bukan nak nafikanalah yerus tanya siapa beritahu. Nampak sangat la Lucas ni penipu dari awal lagi.

"Siapa beritahu saya bukan itu isunya sekarang. Isunya sekarang awak tipu saya. Perdayakan saya dan buat saya macam orang bodoh dengan mengajar Budak pandai macam awak ni. Seronok eh perbodohkan orang lain macam awak buat pada saya selama ni?"

Lucas terkedu tak tahu nak cakap apa. Tal guna betul! Siapa la yang 'pandai' sangat beritahu hal sebenar pada Aaliyah ni! "Dengar...aku ada alasan aku sendiri untuk buat hal tu. Apa yang pasti, aku tak cuba perbodohkan kau."

Wahhhh!Daebak!Boleh ya bagi alasan bagai."Apa awak cakap?"dengus Aaliyah dengan tak percaya, dia tunding jari ke dada Lucas kuat-kuat. "I don't care about your reason. What I know we're done. Okay. No tutor for you. No me for you. Get it?" beritahu dia dengan renungan bencinya. Sakit kepala dia sebab darahnya pam terlalu laju ke otaknya gara-gara perasaan sakit hati yang berombak dalam dada.

Lucas menelan air liur terkedunya lepas mendengarnya. Dia angkat tangan hendak pegang pergelangan tangan Aaliyah dan membuka mulut hendak berkata.

"Aaliyah Ingrid."tidak semena suara tu muncul dari sebelah kiri koridor terlebih dahulu.

Dengan serentak Aaliyah dan Lucas palingkan kepala ke kiri mereka dan terpandang lelaki berkemeja biru gelap di situ.

Shoot!

Terbutang luas mata Aaliyah sejurus itu. Sir Tristan!Ini mesti lelaki ni nak marah dia sebab kes pejabatnya itu.

Lucas pandang tak suka ke Tristan lalu berdiri tegak dengan tangan dalam poket seluarnya. Apa abang dia buat dekat sini?

"Ikut saya sekarang."arah Tristan dengan renungan mencerun seakan tak puas hati kepada Aaliyah.

Memang tak dia nak ikut!Ahah!Padan muka situ!"Saya ada kelas sekejap lagi sir. Mungkin kemudian."tolak Aaliyah yang pusingkan badan dia untuk ke pintu masuk kelasnya.

"Masuk saja ke kelas tu, surat amaran tiba di rumah kamu hari ni jugak."ugut Tristan dengan nada tenang mendatar.

Lucas pandang ke Tristan lalu ke Aaliyah. Ada apa urusannya mereka berdua ni?Surat amaran?

Aaliyah yang dengar buat muka lalu gigit bawah bibirnya sambil berkerut kening bengang. Tak guna!Memang itu saja la modal Tristan nak mengenakan dia.

Melihatkan Aaliyah berdiri di situ, Tristan pun gerak mendekati Aaliyah dan capai lengan tu untuk di bawa bersamanya ke pejabat dia. Dia nak Budak ni kemas semua sepah dalam pejabatnya sekarang jugak!

"Oh gosh!"lafaz Aaliyah dengan terkejut semasa tubuhnya berpusing secara mengejut dan lengannya di tarik oleh Tristan dengan kuat.

Lucas yang lihat tidak membiarkan hal itu begitu saja. dia capai lengan Aaliyah yang satu lagi dan halang gadis itu pergi ke mana-mana. terutama sekali dari mengikut Tristan.

Tarikan itu buatkan langkah Aaliyah dan Tristan berhenti serta merta. Mereka berdua dengan serentak paling ke belakang sebelum terpandang Lucas berdiri di situ dengan sebelah tangan poket seluar, sebelah lagi memegang pergelangan tangan Aaliyah dengan erat.

Mata Aaliyah terbutang luas sewaktu pandang muka serius Lucas. Apahal ni?

"Lepas kan dia Lucas."tegas Tristan.

"Lepas kan dia jugak kalau macam tu."balas Lucas membalas renungan mencabar Tristan.

Dua orang itu saling membalas renungan tajam ke antara satu sama lain. Kalau ada petir lama dah petir keluar dari dua pasang mata tu dan saling bertembung.

Aaliyah pandang dua muka tu silih ganti kebingungan. Dua orang ni tak mesra antara satu sama lain? Kenapa la dia boleh berkaitan dengan dua orang nI! Tak cukup malang lagi nasib dia ni!Haih!Sesiapa tolong la selamatkan dia sekarang!

"Woah...drama apa ni, nak join sekali boleh??"tegur satu lagi suara yang sangat la tidak asing di dengar.

Aaliyah tersentak, dia jengahkan kepalanya dari balik badan Lucas untuk pandang ke kanan koridor lepas dengar suara itu. Panjang betul umur, macam tahu-tahu je dia perlukan penyelamat sekarang!

Kerutan Tristan hilang lepas dia nampak orang yang berdiri di belakang Lucas. Sementara Lucas dengan muka tak sukanya ikut berpaling sebelum ternampak manusia yang paling dia tak suka!

Isaac tersengih meleret masa lirik akan dua beradik di depannya lalu ke Aaliyah yang berada di tengah-tengah dua orang tu. "Kelas dah nak mula ni. Sir tak ada kelas ke?"tanya dia sambil jalan mendekati mereka. Sikit pun tak tunjuk rasa terganggu atau gentar pada dua orang itu.

Mulut Aaliyah ternganga sedikit sewaktu lirik langkah Isaac yang kelihatan yakin dan dominan. Lelaki ini kelihatan lebih superior dari Lucas dan Tristan kalau di perhatikan.

Tristan pandang anak kepada seorang dari director akademi ini dengan renungan tak suka. Datang dah pengacau yang seorang ni. Tak putus asa lagi ke? "Kamu tiada kelas hendak di hadiri ke?"balasnya.

Isaac tersengih. "Ada...tapi macam mana ya?Pensyarahnya tiada di dalam kelas kerana sibuk berebutkan pelajarnya di koridor ni?"selorohnya selepas berdiri di depan Aaliyah.

Lucas mengetap gigi hingga urat rahangnya timbul di lehernya. Keningnya mencerun tak suka.

Aaliyah pandang tak berkedip ke Isaac setelah itu. Woah!Apa yang tengah berlaku ni?Adakah dia tersekat antara tiga orang lelaki ni?Tapi kenapa?Kenapa dia?

Tristan pandang Isaac.

Isaac pandang Aaliyah.

Aaliyah pandang Isaac.

Lucas pandang Isaac.

Suasana tegang menghuni koridor yang lengang itu kerana aura yang ditunjukkan oleh mereka di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience