Episode 7 : Dekan Nak Jumpa!

Family Completed 7596

Knock!

Knock!

Satu tangan mengetuk permukaan mejanya sewaktu dia sedang tunduk tekun menelaah.

Dengan kening berkerut, Aaliyah pun angkat kepalanya dari tunduk lalu dongak memandang ke depannya. Seorang pengawas perempuan berwajah grumpy sedang berdiri di situ. 

"Ya saya."sambut dia.

"Sir Knight panggil."beritahu pengawas itu dengan nada tak ikhlas. Riak wajahnya jelas menjerit beritahu 'aku tak peduli' semasa menghadap Aaliyah.

Kening Aaliyah terjungkit sebelah kiri. Dia pandang hairan. "Sorry?Siapa nak jumpa?"

"Sir Knight nak jumpa awak,Aaliyah dekat pejabat dia.." ulang pengawas perempuan tu bernada jengkel.

"Kenapa?"tanya Aaliyah dengan muka tak fahamnya. Tak pernah-pernah dekan nak jumpa dia tiba-tiba saja cari dia dah kenapa?

"Saya tak tahu. Saya cuma di arahkan untuk sampaikan pesanan ini kepada awak."

Aaliyah pandang pengawas tu dengan muka tak suka dia lalu mengangguk kepala. "Yalah-yalah. Terima kasih beritahu."dia lambai tangan halau pengawas tu lalu kembali tunduk memandang buku.

Pengawas tu pandang Aaliyah. Menunggu Aaliyah bangun. Namun Aaliyah masih duduk di situ.

Perasan dirinya dipandang Aaliyah angkat kepala dia semula dan pandang pengawas di depannya dengan kening berkerut."Ada apa lagi?"tanya dia.

Pengawas tu menjuling mata kejengkelannya.Malas betul dia la!Kalau bukan kerana dia akan di beri rating sekiranya buat hal ni, tak adanya dia buang masa dalam kelas dua ni."Ikut la saya. Dekan kata dia nak awak sendiri datang bersama dengan saya bukan sendirian." keluh pengawas tu dengan panjang.

Aaliyah buat muka terkejut dia. Aik..siap diiring bagai. Ada apa sebenarnya ni? Haish!Sambil menutup bukunya Aaliyah bangun dari situ lalu tolak kerusinya ke bawah meja. Ada-ada je la! Setelah itu dia ikut belakang pengawas tu keluar dari kelas lalu berjalan buat lima minit untuk tiba di sayap kanan akademi dan berdiri di depan sebuah pejabat berpintu kayu dua daun.

Ketukan diberikan pada permukaan pintu dengan pengawas tu sebelum dia buka pintu. "Masuk."pengawas tu tu pandang Aaliyah.

Aaliyah berdiri dekat situ dengan muka tak pasti. Kenapa ya dekan nak jumpa dia?Takkan la Tristan betul-betul laporkan kes meniru dalam exam tu pada dekan?

"Tunggu apa lagi. Masuk la.."renggus pengawas perempuan depan Aaliyah dengan jengkel menengokkan muka blank Aaliyah memandangnya begitu.

Dengan langkah terpaksanya Aaliyah berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Masuk saja dia ke dalam pintu di belakangnya tertutup dengan sendiri. Buatkan dia melompat sedikit sebab tersentak. Sekali bila kepalanya berpaling ke depan. Serta merta mata bulatnya kemudian pandang ke arah meja besar yang ada di hujung bilik. 

Apa la yang dekan hendakkan dari dia ni?

Seorang lelaki berambut hitam dan bercermin mata duduk di belakang meja tu. Sedang tunduk melihat sesuatu di dalam fail buat seketika sebelum angkat kepala untuk memandangnya.

"Kamu dah sampai.."senyum dekan pada Aaliyah.

Perkenalkan, Knight Dominick, dekan Utama fakulti Galatic Vista. Orang kuat akademi ini. Lelaki yang dikatakan mempunyai kuasa tanpa had. Nampak gentle dari luar, diam-diam siapa tahu apa yang ada dalam kepala lelaki ni.

"Selamat siang tuan."sapa Aaliyah dengan tertib.

"Silakan duduk Aaliyah."aju dekan pada Aaliyah ke kerusi di depan mejanya.

Tanpa berkata apa-apa Aaliyah jalan dekati dua kerusi panjang warna coklat jenis kulit yang besar di situ. Niat dia nak duduk di kerusi sebelah kanan depannya, namun baru sahaja dia hendak duduk, ada orang lain yang terlebih dahulu duduk di situ. Dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah Lucas Hudson sendiri.

Pada masa itu Lucas dongak memandang Aaliyah sekejap sebelum pandang ke depan dengan kening mencerlung seakan tidak puas hati.

Dah kenapa pulak mamat sengal ni ada sekali dekat sini?Aaliyah buat muka tak faham dia lalu duduk di kerusi bersebelahan dengan Lucas. Seusai dia duduk. Dekan terus berkata.

"Maaf kerana menganggu masa kamu belajar. Tapi jangan risau. Ianya tidak lama. Boleh bukan?"tanya dekan dengan mesra pada Aaliyah.Senyuman seorang bapa terukir di bibir tuanya.

Aaliyah jadi skeptikal. Entah kenapa dia berasa curiga yang semacam. Well...siapa aje yang takkan curiga bila ada orang tetiba aje bermesra dan berkata ramah dengan kita sambil tersenyum. Tak ke itu ada udang di sebalik batunya?

"Tak apa. Saya bukannya sibuk mana."ujar Aaliyah acuh tak acuh.

Dekan kemudiannya pandang serius kepada Aaliyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience