"Ahahah!!Hahahah!"ketawa besar Farina dekat depan Aaliyah sambil pegang perut lepas dengar cerita yang dia sampaikan tadi. Entah bahagian mana yang kelakar pun dia tak tahu. Annoying lagi ada la. "Serius la kau cakap macam dekat dia?"soal Farina lagi dengan mata terbutang luas.
Aaliyah pandang muka seronok Farina. Suka agaknya kawannya ini lihat dia menderita. Tahu tak apa yang Farina dah letakkan diri dia dalam?Gara-gara nak selamatkan nama baik Farina dia kena libatkan diri dengan Tristan. "Dia yang mintak. Aku dah cakap elok-elok dengan dia. Still dia paksa aku."jawabnya.
"Aaliyah...Aaliyah...aku pelik tahu tak dengan kau. Pelajar perempuan lain bukan main lagi berebut nak dapatkan sisi baik Sir Tristan. Sementara kau...cuba nak buatkan dia bencikan kau. Tak faham aku."geleng Farina sewaktu silangkan tangannya ke dada.
Dia?Cari perhatian dari Tristan?Please la!Dia sanggup jadi tukang cleaner dari libatkan diri dengan orang tu menyakitkan hati tu. "Aku?Kau ingat aku ni apa?Hadap sangat dengan lelaki menyakitkan hati macam dia tu?"
Tersengih Farina. Dia terus rangkul bahu Aaliyah dengan sengih nakalnya. "Kau tahu...bila di tengokkan balik la kan...sejak tahun pertama sampai la tahun terakhir kita dekat sini, kau tak rasa ke Sir Tristan tu perhatian dekat kau...yalah. Semua tahu perangai ais batu Sir Tristan yang jenisnya jarang bercakap dan tak mudah bergaul dengan mana-mana orang dalam akademi ni. Tapi bila dengan kau je dia macam peduli?"
Dengan ngeri, Aaliyah tolak tangan Farina jatuh dari bahu dia lalu buat muka tak suka. "Apa kau ni!Cakap tu jangan yang bukan-bukan boleh tak. Tak adanya dia nak kisah pasal aku. Pelajar paling bermasalah dia ni!"protes dia dengan bersungguh. Buang tebiat apa!Farina ni kan...entah apa-apa je la!
"Mana la tahu kan.."sengih Farina dengan renungan penuh maksudnya.
Baru saja Aaliyah hendak kerlingkan kepalanya ke sisi kanan, tidak semena, seseorang datang dari tepi lalu merempuh tubuh dia. Dan dalam sekelip mata dia sudah tergantung dekat atas bahu orang tu dalam keadaan terbalik.
What the-
"Argh!"teriak Aaliyah sambil memeluk takut sekeliling belakang badan tu. Siapa ni!
Farina ikut tersentak dengan situasi tersebut, niat dia hendak selamatkan Aaliyah, sekali tu dia Nampak Ian rupa-rupanya. "Apa kena dengan kau ni!"lengan tu dipukulnya sejurus itu."Boleh tak berhenti buat macam ni!"
"Ahahah...aku culik Aaliyah sekejap."beritahu Ian semasa hadapkan badannya ke Farina sementara tangan dia memeluk kaki Aaliyah yang tergantung di bahu dia.
"Turunkan aku la!Apa masalah kau ni!"marah Aaliyah sambil memukul belakang badan sepupunya itu.
"Kau nak bawak ke mana Aaliyah tu?"tanya Farina sambil mencekak pinggang sebelah kanan dan pandang Ian dengan kening terangkat.
Ian tersengih. "Nak mintak tolong Aaliyah untuk game kita orang nanti."beritahu dia. "Kau dah berlatih untuk game nanti?"
Farina tersengih. "Memangnya kalau aku berlatih atau tidak apa urusannya dengan kau?"
"Well...kumpulan cheerleading kau adalah pasukan yang akan sorak pasukan ragbi kita orang, so ada kaitannya."Ian kenyit mata ke Farina.
Berdengus tak percaya Farina mendengarnya. "Masalahnya aku bukan sorak untuk kau. So jangan perasan sangat eh."cebik dia.
Aaliyah yang tergantung itu pandang tergamam ke tepi. Sempat lagi dua orang ni mengurat antara satu sama lain. Tahu tak dia tergantung macam ni bagai nak pecah otak di buatnya. "Woi!Kalau kau nak flirting ke apa ke!Turunkan la aku dulu ya pun!"marahnya.
Ian tersentak. Dia tersengih meleret menampakkan barisan giginya. "Oosp...sorry cousin. Okay time to go. Bye Farina.."pamit dia sebelum kenyit mata sekali lagi ke Farina.
Dengan menyampah, Farina menjuling mata lalu palingkan kepala ke arah lain.
"Mana kau nak bawak aku ni?"soal Aaliyah sewaktu Ian mula jalan merentasi koridor tu.Kepala dia mula berdenyut sebu dek terbalik sejak tadi. Darah berderau ke otak hingga panas muka dibuatnya.
"Apa lagi!Hari ni kan hari Jumaat. Kau lupa ke pelan kita?"kata Ian dengan langkah bersemangat dia. Sikit pun tak terjejas dengan berat badan Aaliyah yang berada di bahunya.
Kepala Aaliyah tersentak ke atas. Dia pandang terkejut. "Pelan apa?"soalnya yang memang tak ingat ada apa dengan hari Jumaat.
"Don't worry. Kau akan tahu nanti!"sengih Ian dengan renungan jahatnya.
"Turunkan aku sekarang!Aku ada kaki!"
"Kalau kau turun aku confirm kau akan larikan diri."
"Memangnya ke mana kau nak bawak aku ni Ian!"
Dari jauh hal itu dilihat oleh seseorang yang kebetulan berada di situ.Sepasang memerhati dengan curiga lagat Ian membawa Aaliyah di atas bahu.
Entah macam.mana boleh pulak ada kdrama hierachy sama macam tajuk novel ni. But to be truth, Tinta tak copy paste drama korea tu tau. Novel ni memang dah lama ada dalam simpanan sejak 4 tahun lepas.
Share this novel