PAP!
"Auw!"
"Kau dah hilang akal ke!"
"Apa ni pukul-pukul. Sakit la!"gerutu Ian sambil menggosok belakang badan yang menjadi tempat mendarat tamparan padu dan berbisa Aaliyah dengan kalut. Sepupunya ini harap saja cantik dan kecik. Kasar bukan main lagi. Dinosaur pun kalah.
"Habis kau tu hah!Suka hati aje nak tunjuk samseng dekat dalam tu dah kenapa. Nak berhenti sangat dari akademi ni ke!"desis Aaliyah dengan keras. Lalu dia memukul lagi lengan itu pula. Sabarnya menipis dek memikirkan akan tindakan Ian sebentar tadi. "Ugh!Menyusahkan!" kenapa setiap kali dia bertembung dengan Ian, pasti ada saja la masalahnya.
"Auw!Sakit la!Kenapa kau pukul aku? Patutnya kau pukul si mata empat dekat dalam tu tadi bukannya aku."rengek Ian yang berlari setempat menahan sakit dek pukulan Aaliyah. Bengang dia dibuatnya. "Aku buat apa yang aku patut buat sebagai ahli keluarga kau. Ada orang tindas kau dan sakiti kau takkan la aku nak biarkan aje."bidasnya dengan bersungguh.
Kening Aaliyah mencerun sewaktu pandang Ian dengan tangan mencekak ke pinggang. Bawah bibirnya di gigit geram. Memangla. Tapi tak bermakna Ian boleh buat sesuka hati tanpa mengambil kira kesan dan akibat tindakan sepupunya ini. "Aku tahu perasaan kau tu. Masalahnya bukan dengan cara tunjuk samseng dan belasah anak orang tanpa usul selidik macam tadi. Kau tahu kalau ayah kau tahu pasal hal ni, bukan kau aje yang dapat masalah, dengan aku dan kawan-kawan kau sekali ikut terpalit...kau nak ke hal tu berlaku!?"telinga Ian pulak yang di pulasnya kerana geram.
"Ahh!Sakit la!Aish*t betul la kau ni!"aduh Ian sambil pegang telinga yang di pulas itu.
"Sam tak bersalah dalam hal ni...salah aku okay!Jadi berhenti tunjuk samseng kau dekat sini macam tempat ni kau yang punya!"tegas Aaliyah sebelum melepaskan telinga tu dan sandarkan belakang badan dia ke dinding koridor dengan bengang. Tangannya di silangkan ke dada kerana kesal. Tsk!Tak guna betul. Kalau dia makin kerap dalam masalah, makin susah situasi dia di dalam akademi ni nanti.
Ian menggosok telinga yang sakit di piat tadi sambil bercemberut masam. Sambil itu mata dia kerling ke rakan-rakannya yang mengelilingi dirinya dan Aaliyah menjadi dinding supaya tidak menjadi perhatian pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ.
Setelah itu dia pandang ke Aaliyah semula. "Bukan salah Sam?Video dia tolak kau sampai kau jatuh teruk tu dah tersebar dekat seluruh akademi Aaliyah...itu kau kata bukan salah dia?"kata Ian dengan beria. Dia tal faham entah bagaimana Aaliyah masih kekal tenang begini selepas ditindas oleh orang lain.
Aaliyah mengerling ke muka Ian yang sedia serabut dan semakin serabut itu dengan kening berkerut. Sudahlah penampilan sepupunya tidak terurus, dengan melihat rupa itu juga makin tidak terurus Aaliyah rasakan. Sepupu dia ni tak reti apa nak potong rambut ke berpakaian kemas ke?Dia yang menengoknya pun semakin rimas.
"Ya...memang betul dia tolak aku, tapi punca kejadian tu bukan salah Sam. Jadi berhenti serang dia macam dia yang salah dalam hal ni..."keluhnya dengan mengalah. Dia tak tahu kenapa, tapi ada sesuatu dalam hati memberitahu yang semua ni seperti di rancang. Dan dia yakin bahawa ada orang yang cuba hendak susahkan dia. Namun begitu Aaliyah tidak pasti siapakah orang itu.
"Apa kau cakapkan ni?Dia tolak kau tapi bukan salah dia?Habis tu salah kau?Macam tu??"soal Ian dengan kening berkerut. "Wei...kau tahu kan. Aku tak boleh biarkan apa-apa menimpa diri kau. Apa aku nak jawab dekat mak dengan ayah kau nanti?Mahunya mama belasah aku sebab tak tengok-tengokkan kau..."luahnya dengan serius. Menyusahkan betul.
"Aku tak apa-apa la. Kau tu jangan la over sangat. Tahu la aku jaga diri aku. Sekalipun kalau ada apa-apa berlaku dekat aku, aku takkan biarkan kau kena marah dengan dia orang..."beritahu Aaliyah dengan letih. Susah betul la kalau ada orang macam Ian ni. Over reacts sangat.
Ian berdengus tak percaya. Dia pandang mengejek ke Aaliyah mendengar jawapan tu. "Kau?Kau jaga diri sendiri? Protect aku? Please la sis. Kalau cakap tu pandang-pandang sikit boleh tak?"
Mata Aaliyah naik turun menilik Ian. Dah apahal cakap macam tu?Memangnya dia salah cakap ke? "Apahal pulak?"
"Acah je kau nak protect aku..sedangkan diri sendiri pun kena di jaga dari atas sampai ke bawah. Kena marah sikit menikus, kena bentak sikit menangis, kena kasar sikit dah takut, itu belum lagi kalau sakit hati lontar tantrum macam anak gajah tak cukup perhatian... konon je la."cebik Ian dengan menyampah.
Mencerlung tajam kening dibuat kenyataan Ian itu. Memang mintak makan kasut betul la Ian ni!Aaliyah angkat tangan nak tampar lengan Ian.
"Kau ni memang-"sekali tu ada suara lain menegur tiba-tiba yang mana buatkan bulu roma Aaliyah terus meremang dan tegak berpaling ke punca suara tersebut.
"Apa yang tengah berlaku ni?Kenapa kamu semua berkumpul di koridor ramai-ramai macam ni?"
Seperti baru di tegur oleh komando, rakan-rakan Ian terus berundur dan berdiri dalam bentuk satu barisan dengan serentak hingga mendedahkan Aaliyah yang bersandar di dinding dan Ian yang berdiri rapat di depannya di situ.
Gulp!
Aaliyah menolak badan menjauh dari dinding selepas bertentangan mata dengan lelaki berkemeja biru gelap dan bertali leher dekat hadapannya itu. Takut dan kekok pada masa yang sama punya pasal, dia pun terus menyorokkan sedikit badannya di belakang Ian. Matanya tertunduk ke bawah.
"Selamat tengah hari sir Tristan."sapa Ian dengan bersahaja.
Mata Tristan gerak ke kawan-kawan Ian lalu ke Ian sebelum berhenti ke Aaliyah. Gadis itu seperti tahu-tahu aje dia sedang marah. Itu yang bersembuyi di belakang Ian. Tahu pulak diri tu dalam masalah bila dia berada di sini. "Bersurai. Sekarang waktu makan tengah hari. Kamu tahu bukan di larang berkumpul di koridor pada waktu begini."beritahunya.
"Baik!"sahut mereka dengan serentak. Tanpa berlengah mereka pun mula bergerak dengan serentak pergi dari situ. Aaliyah cepat-cepat mencubit kain kemeja Ian semasa jalan sama dengan lelaki tu. Sambil itu sempat lagi Aaliyah menleh ke belakang hendak pandang Tristan. Dia ingatkan lelaki tu tak pandang dia la kononnya, sekali lepas bila dia toleh aje ke balik bahu, Aaliyah terpandang Tristan yang ikut turut memandang dia di situ. Aaliyah apa lagi, cepat-cepat la dia palingkan muka semula ke depan dan berjalan laju dengan Ian di sebelah. Cuak punya pasal! Nasib baik la dia sempat halang Ian dari bergaduh dekat cafeteria tadi. Kalau tidak mahunya mereka tertangkap lagi!
Tiga chapter ni adalah yang unedited punya. Jadi akan ada banyak grammar error dan language tak best. Biasanya sebelum publish Tinta edit sikit2 biar jadi best sikit masa baca. Tapi disebabjan Tinta mengantuk sgt malam ni tk dpt tinta nak edit. Sorry ya. Enjoy you read.
Share this novel