Episode 15 : First Day Tutor

Family Completed 7596

Selepas kejadian ratingnya di naikkan, Aaliyah telah di pindahkan dorm yang lebih mahal kosnya untuk di bayar, malah lencana dia turut diganti kepada mahkota empat permata. Yang mana membuatkan nama Aaliyah tersenarai untuk dijadikan sebagai target bagi mendapatkan rating oleh pelajar rating bawah.

Dan sejak itu Aaliyah sering dikerumuni dengan pelajar-pelajar entah siapa-siapa yang mahukan perhatian dia. Mahu tak mahu Aaliyah terpaksa juga berikan mereka rating. Kalau dia enggan, Aaliyah bakal dibuli dan diganggu oleh mereka yang lain.

Tapi sayangnya, tidak kira berapa banyak telah dia berikan rating dia kepada orang, ratingnya tidak turun-turun. Dan ini akan menambahkan lagi tekanan pada Aaliyah untuk belajar dengan lebih lagi. Sebab pointer dia kena atas daripada 3. Kalau kurang dari tu, dia perlu bayar semua duit perbelanjaan sebagai pelajar rating 7! Yang mana lebih mahal.

Kerna itu Aaliyah bersungguh untuk kekal di rating terbawah sekali. Sebab perbelanjaan pelajar rating bawah lebih rendah dan murah.

Selain tu, rentetan dari kenaikkan raring Aaliyah, Farina adalah yang paling teruja sekali selepas dapat tahu Aaliyah kena pindah dorm. Pelbagai soalan dan pertanyaan di tanya Farina kepada Aaliyah.

Antaranya seperti 'apa yang berlaku'. 'kenapa pindah dorm'. 'naik rating lagi ke' dan banyak lagi. Sampai pening kepala Aaliyah hendak tanganinya. Sudahlah kawannya ini makcik mulut tempayan. Tak boleh nak tutup mulut. Jadi susah untuk Aaliyah menceritakan segalanya kepada Farina. Risau pulak sekiranya Farina cakap tentang hal yang tak patut.

Tak cukup dengan masalah barunya ini, Aaliyah turut terpaksa hadap tugasnya sebagai tutor. Ikutkan hati memang tak hingin dia lakukannya. Namun Aaliyah tiada pilihan lain. Nak tak nak kena jugak dia paksakan diri untuk bertemu dengan Lucas.

Jadi selepas habis waktu kelas, tak makan tak rehat Aaliyah terus hadirkan diri ke bilik umum dekan. Dimana tempat khas Aaliyah untuk mengajar anak dekannya itu. Tak sangka pulak, bila Aaliyah tiba ke situ, Lucas sudahpun berada di dalam bilik tersebut.

Aik!on time jugak budak ni? Aaliyah pandang judging akan Lucas sewaktu mendekat. Dan bila dia tiba di hadapan Lucas, Aaliyah bingung sendiri.

Dua pasang mata saling bertentang.

Seorang gerakkan mata naik turun ketika ambil tempat di kerusi bertentangan.

Seorang duduk diam tak bergerak ketika bersandar malas semasa mengunyah chewy gum.

Pop!

Belon yang dihasilkan dari gula-gula getah diletupkan oleh Lucas semasa meneliti Aaliyah dengan lama. "So...kita hanya akan saling merenung antara satu sama lain selama dua jam ni atau kau mula start mengajar?"tanya Lucas dengan muka samseng dan gaya berlagak anak orang kayanya.

Tsk!Muka dah okay dah...tapi bila mulut tu mula berbicara, berdesing geram dia rasakan. Aaliyah hanya diam tidak membalas. Dia nak membalas tapi mengingatkan lelaki berusia 18 tahun dihadapannya ini adalah anak emas dekan akademi dia, terpaksa dikuburkan saja niatnya.

Lucas merinding jengkel selepas beberapa ketika Aaliyah hanya sekadar mendiamkan diri dan memerhatikan dirinya seperti sebuah pameran galeri. Seperti dirinya di serang secara senyap. Berasa insecure kerana ditenung begitu, dia pukul permukaan meja tu dengan kuat.

BAM!

Aaliyah tidak berkedip, dia hanya pandang tangan Lucas yang memukul meja tu sebelum naik memandang muka handsome Lucas dengan muka tak ada perasaan dia.

"Kau dengar ke tak ni?Apahal pandang- pandang?Ada masalah cakap. Tak payah acah cool depan aku. Menyampah tau tak."soal Lucas dengan kening berkerut marah.

"Patutnya saya yang tanya soalan itu pada awak. Adakah awak ada masalah yang perlu saya tahu sebelum kita mulakan sesi tutor ni?"balas Aaliyah dengan nada mendatarnya.

Lucas buat muka tak faham.

"Saya taknak buang masa dengan awak tanpa tujuan. So cepat awak beritahu saya apa masalah awak, cepat urusan kita selesai."beritahu Aaliyah lagi.

"Bukan ke itu kerja kau?Untuk selesaikan masalah aku. Ayah aku arahkan kau jadi tutor aku. Kenapa kau tanya aku...kau patutnya cari masalah tu kemudian selesaikannya."

Aaliyah tersengih mengejek. dia topang bawah rahangnya dengan tangan yang disiku atas meja untuk tatap muka Lucas. Entah kenapa ya, dekat muka dan vibe yang diberikan Lucas sangat tidak asing buat dia. Perasaan ni seakan pernah dia rasa sewaktu dia dekati seseorang. Tapi siapa orang tu ya?

Semakin mencerlung kening Lucas dek tatapan Aaliyah. Dia menjadi gelabah sendiri bila bertentangan mata dengan Aaliyah. Dadanya sesak. "Tengok tu. Kau pandang aku macam tu lagi. Berhenti boleh tak?"

"Kenapa?Awak rasa tercabar kalau saya tenung awak lama-lama ke?"tanya Aaliyah sebelum tersengih. Nampak aje gaya tough tapi bila dipandang sikit dah gelabah. Apalah.

"Hei perempuan, jangan nak perasan sangat boleh tak. Siapa yang rasa tercabar?Aku sikitpun tak terasa la. Cuba kau beritahu aku, siapa aje yang selesa bila ditenung lama dengan seseorang?Orang gila pun tak suka tau tu?"

Tersengih Aaliyah kemudiannya setelah menyedari apa yang buatkan dia familiar bila bertentang mata dengan Lucas.

Yup!Perasaan sama yang dirasai ini sama seperti setiap kali dia berhadapan dengan Tristan. Ya. Pensyarah menyakitkan hati lagikan bussy body itu.

Serius beritahu Lucas dan Tristan mempunyai sepasang renungan mata yang sangat persis. Terutama sekali kening dan bulu mata itu.

"Ada mata pandang la...takkan la nak suruh mata ni bercakap pulakkan?"balas Aaliyah bersahaja.

Terus berubah air muka Lucas. Dia buat muka bengang lalu bergerak mahu menempik Aaliyah. Namun belum sempat dia hendak bersuara, Aaliyah terlebih dahulu berkata.

"Simpan sahaja baran awak tu dulu.. Kalau nak bertempik atau membentak kemudian."beritahu Aaliyah sewaktu membuku plannernya. " Sekarang sesi ice breaking sudah pun selesai. Masa untuk perkongsian jadual serta waktu tutor pulak okay, tuan muda?"selorohnya sambil angkat mata memandang ke depannya.

Lucas terpaku di situ sewaktu memandang Aaliyah. Jantungnya berdetak aneh serta merta.

Sementara Aaliyah dengan muka tenang bersahaja dia balas renungan tu sebelum tersengih. "Awak dengar tak apa yang saya katakan tadi?"soalnya sambil lentokkan sikit kepala. Hairan kerana Lucas terpaku memandang dia seperti baru melihat hantu.

Sedar dari terpananya, Lucas buat muka protesnya lalu sandarkan badan ke belakang lalu silangkan tangan ke dada. "Buat cepat sikit kalau macam tu. Aku nak keluar merokok." cemberutnya.

"Smoking is not good for health. And also...awak boleh kena penalti kalau merokok dalam kawasan akademi."

"Suka hati la. Akademi bapak aku suka aku la nak buat apa."

"Fine. Dengar baik-baik kalau begitu. Sebab saya takkan ulang dua kali."Aaliyah akur tanpa banyak komen. Dia pandang plannernya dan mula beritahu hari serta subjek apa yang dia akan tutor buat Lucas serta hari dimana dia takkan tutor sebelum diakhiri dengan makluman yang dia akan adakan test setiap kali kelas tutornya tamat pada hari tu.

Dan sepanjang masa Aaliyah bercakap, Lucas hanya diam dan memerhatikan setiap kali bibir Aaliyah bergerak dan gadis itu kejap-kejap selak anak rambut ke belakang telinga sewaktu tunduk membaca plannernya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience