Walaupun kejadian yang menimpa Aaliyah tersebar dalam akademi, kebanyakan pelajar dan semua penghuninya menjalani hari mereka seperti biasa. Berkelakuan seakan tiada apa-apa telah terjadi. Terutama sekali geng Ian dan Farina. Mereka adalah orang yang paling seronok selepas seminggu tidak menemui Aaliyah di akademi ini.
Mana la mereka tidak gembira, rating mereka turut telah naik dengan mendadak hasil kerjasama mereka bersama pelajar-pelajar yang berkomplot dengan mereka.
Menggunakan pengaruh Tristan, Isaac dan kembar telah merancang sendiri untuk menaikkan rating Ian dan Farina dalam seminggu itu jugak.
Oleh kerana di butai dengan rasa populariti dan kesenangan yang dimiliki, Ian dan Farina sama sekali tidak berasa curiga mahupun tertanya-tanya mengenai keadaan Aaliyah. Mana kawan mereka ini telah pergi? Apa yang telah berlaku pada Aaliyah?Dah sembuh atau belum? Bila keluar hospital? Mereka sama sekali tak ambil peduli.
Sehingga la selang dua minggu kemudian....
Meja dalam kafeteria dimana Farina berada, duduknya Isaac, Hector dan Ken di situ. Sedang bergelak ketawa berborak akan sesuatu bersama mereka. Seronok punya seronok bercerita, telefon bimbit Ken tiba-tiba berdering. Buatkan fokus lelaki tu tersentak lalu beralih pada telefonnya yang berada di sebelah pinggan makan. Dia pun capai telefon tu dan lihat ke skrin. Melihat pesanan yang di hantar oleh Tristan kepadanya.
Ketika Isaac ketawa bersama Farina, Hector di samping Ken ikut perasan. Sia curi-curi mengerling ke skrin telefon Ken sewaktu minum.
Pesanan itu memberitahu, Aaliyah sudahpun kembali ke akademi selepas dua minggu, Aaliyah telah dihantar pulang ke rumah untuk sesi pemulihan. Di situ, bersama ayah dan ibu mereka, Aaliyah di rawat sehingga sembuh sepenuhnya selama di situ. Dan baru la hari ini dikhabarkan bahawa Aaliyah akan masuk ke akademi semula.Dan orang dalam akademi tak tahu. Yang tahu hanya keluarga Aaliyah dan jugak...teman lelakinya, Lucas.
Ya!Lucas. Lelaki itu telah datang kepada Ken dan Hector dua hari lepas. Memberitahu mereka yang Lucas dan Aaliyah sudahpun official bersama. Yang mana buatkan Isaac akan terkesan sedikit. Memandangkan Isaac pernah bercinta dengan Aaliyah tanpa sengaja. Tristan tak cakap apa lah. Sir mereka itu hanya biarkan saja sebab tahu perangai Lucas macam mana. Jenis pantang kalua dicabar. Malas nak bergaduh, Sir Tristan diamkan saja soal ini.
"Ada apa?"tegur Farina lepas perasan Ken pandang skrin telefon.
Isaac dan Hector ikut palingkan kepala memandang Ken setelah itu.
"Tak ada apa-apa. Rumah."beritahu Ken yang mengerling ke Hector dan sekadar memberitahu melalui riak wajah dan renungan matanya saja.
Serta merta Hector tersengih faham. Dia silangkan kakinya ke atas lutut kiri sebelum palingkan kepala ke arah pintu masuk cafeteria. "Well...nampaknya hari ni akan jadi hari yang full of surprise."selorohnya sebelum memandang ke Isaac yang duduk di sebelah Farina.
Farina ketawa kecil. "Apa yang awak katakan ni Hector? Surprise apa?"soal dia dengan senyuman lebar di bibir.
Hector tersenyum sambil kerutkan hidung dia. "Hahaha....you will know. Soon."ujar dia.
Pada masa itu suasana ruang cafeteria itu tiba-tiba menjadi senyap yang mengheningkan sekali. Entah kenapa tiada satu suara pun yang menggumam.
Situasi itu memuatkan Farina yang sedang tersenyum senang itu turut memalingkan kepala untuk lihat sekeliling sebelum terhenti di depan pintu masuk cafeteria Rating Atas tersebut.
Sekali tu, matanya terbutang kaku setelah melihat apa yang berjalan masuk ke situ, mata dan mulutnya jatuh ke bawah.
What on earth!?
"Aaliyah ke tu?"
"Huh?Dia ke?"
"Apa yang berlaku?"
Suara para pelajar berbisik mula kedengaran sewaktu mereka nampak gadis berambut perang belang hitam dan merah berjalan masuk dengan pakaian yang tidak sepatutnya pelajar akademi pakai. Ianya melanggar kod etika pemakaian di situ. Dengan celak hitam di mata dan gaya samseng yang di tunjukkan oleh gadis itu sangat bertentangan dengan sikap yang biasa yang di tunjukkan.
Oen, Hector dan Isaac sekadar pandang sekilas bersama sengih meleret penuh muslihat mereka. Langsung tidak terkejut sebab dah memang itu penampilan asli Aaliyah selama ini.
Aaliyah jalan masuk ke situ dengan langkah yakin dia sewaktu dia mengunyah gula-gula getah dalam mulut dan membuat belon menggunakannya. Setibanya dia di meja dimana Farina berada, dia terus tarik sengih gembira yang di buat-buat. "Hai..."sapa dia semasa lingkarkan tangan ke sekeliling bahu Ken lalu tunduk membongkok sedikit ke meja tu. "Miss me?"pandang dia ke Farina.
Cepat-cepat Farina tutup mulutnya lalu tarik senyum lebar terpaksa dia dalam diam sedang ketakutan."Aaliyah!Oh my god!Kau dah datang. Mana kau menghilang hah?"dia bangun hendak dapatkan Aaliyah, namun Aaliyah ajukan tangan suruh dia duduk semula.
"Aku tak apa-apa. Kau duduk la. Tak payah berdiri. Aku okay."balas Aaliyah setelah itu.
Tak pernah dibuat orang, penampilan luar kebiasaan Aaliyah benar-benar buatkan Farina tercengang.
"Apa yang berlaku?Kenapa kau tiba-tiba ubah penampilan macam ni?"soal Farina yang mematai Aaliyah dari atas ke bawah. Sudah lagi tiada imej pelajar baik pada Aaaliyah. Skirt pendek atas lutut, baju tidak dibutang kemas, tali leher longgar kebawah, blazer terikat disekeliling pinggang, stoking pendek. Bersolek,dan rambut diwarnakan. Tiada lagi cermin mata atau bersanggul malas lagi.
Aaliyah berdiri tegak, dia pegang badannya untuk lihat apa yang tak kena dengan dirinya. "Kenapa dengan aku?Inilah cara aku berpakaian?"beritahu dia sebelum pandang ke Hector yang buat muka menyampah kepada dia. "Macam mana?Comel tak?"agahnya sambil pegang pipi tunjuk perangai mengada.
Ken mencemik menyampah sebelum menikmati makannya semula. Sementara Isaac menjuling mata enggan memberi sebarang komen.
"Ahaha...kau macam mana pun still nampak comel.."ketawa Farina yang sebenarnya sudah panas punggung. Dia terkejut sebab Aaliyah tiba-tiba munculkan diri dengan perubahan baru begini. Siap tunjuk perangai lama gadis ni lagi tu. Kalau Aaliyah dah macam ni, maknanya, bala je la yang menanti dia nanti.
Aaliyah ketawa bila dengar jawapan tu. Ikut kan hati lama dah dia terkam Farina dan cakar muka perempuan ni. Tapi tak apa. Dia sabarkan saja. Baru saja dia hendak buka mulutnya, tidak semena satu sentuhan hinggap dari belakang pinggang dia lantas kucupan hinggap dari tepi ke pipi dengan tiba-tiba.
"Hai...."sapa suara lembut di tepinya ketika itu.
Dengan terkejut Aaliyah palingkan kepala ke sisi lalu bertemu hidung dengan Lucas. Terkejut dia!Ingatkan pervert mana tadi!"Bila sampai?"tanya dia.
"Baru aje "senyum Lucas sebelum pandang ke depannya dimana Farina..eh bukan...tapi semua orang yang ada dekat dengan meja tu pandang ke arah dia macam dia baru sembelih leher orang dekat situ. "Hai..ganggu kau orang makan ke?"tanya dia sambil rehatkan tangan dia atas bahu Aaliyah dengan bangga.
Mata Farina pandang tak berkedip ke Lucas. Apa yang dia baru nampak tadi?Dia Nampak Lucas kiss Aaliyah tadi?Apa yang dah berlaku selama dua minggu ni?
Takkan la dua orang ni dah-
Ken silangkan tangan ke dada dengan menyampah. Hector hanya buat muka tak peduli. Isaac pula pandang tak puas hati.
"Oh...lupa nak beritahu."Aaliyah cakap dengan nada yang sengaja di kuatkan. "Lucas dan aku sekarang dah official.."beritahu dia semasa pandang ke Farina. Buat muka innocent tapi senyum penuh makna. Hah...ambik ni!Nak kejar rating kan. So marilah. Dia sedia. Siapa yang akan dapat vote dari pelajar dari akademi ni nanti! "Support kami berdua ya."
Bagai mahu hendak tertanggal rahang dia dari mulutnya, Farina hanya termangu di situ. Kenapa boleh jadi macam ni!Dia baru nak enjoy sekejap rasa senang dia tanpa popularity Aaliyah dekat akademi ni. Dan sekarang...dia kena hadap yang lagi teruk dari ni?
"Ahh?Iya ke... taniah. Sumpah aku terkejut sangat."
"Mana tak terkejut. Aku dekat hospital pun kau tak jenguk.."Aaliyah tarik senyum senang dia masa pandang Farina.
Share this novel