Episode17 : Tiga Sekawan

Family Completed 7596

Tik!

Tik!

Tik!

Jarum berdetik-detik dalam jam dinding yang tergantung di atas dinding sebelah rak buku yang ada dalam ruangan tersebut.

Dan apabila jarum panjang dengan tepat berhenti di nombor 12, orang yang duduk dekat kerusi coklat dengan kaki tergantung pada arm rest serta berhayun bosan kerling ke arah pintu bilik.

9 malam.

Seperti yang dijanjikan, orang itu sepatutnya tiba di sini.

Dekat 10 saat, pintu itu tidak terbuka.

20 saat kemudian, masih lagi tidak bergerak.

Sehinggala 5 minit kemudian.

Orang yang dinantikan tidak juga kunjung tiba.

"Mana dia?"

"Maybe tengah makan lagi."

"Makan kepala kau!Sekarang dah habis waktu makan."

"Sabar je la,kejap lagi sampai la tu."

Terdapat tiga orang pelajar lelaki berada di dalam bilik pertemuan rahsia mereka. Seorang sedang berada di kerusi, seorang sedang berdiri memegang ipad di tangan, manakala seorang lagi sedang duduk di jendela memetik gitar atas riba.

"Ah!Aku tak sabar. Biar aku yang cari dia." ujar yang duduk atas kerusi coklat tadi. Dia baru sahaja bangun dari situ sewaktu pintu bilik dengan tiba-tiba terbuka ke dalam. Hal itu membuatkan mereka bertiga tersentak lalu memandang ke arah pintu tersebut.

Keempat-empat mereka terus bertentangan mata sebaik bertemu pandangan

Selepas menunggu lama, akhirnya muncul jugak orang ini!

Aaliyah berdiri dekat situ dengan riak kosong tidak beremosi mata sewaktu melihat tiga orang lelaki senior tahun akhir semester akhir di depannya ketika itu.

Trio yang dikenali sebagai pemegang rating tertinggi dalam akademi ini. Dan hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui akan hal ini. Termasuk Aaliyah Ingrid sendiri.

"Ada apa panggil aku ke sini?"soal Aaliyah sambil menutup pintu di belakangnya.

"Macam tu ke kau tegur senior kau?"tegur lelaki yang berdiri dari duduknya tadi. "No manner at all?"

Tersengih Aaliyah lepas dengar. Dia silangkan tangannya ke dada.

Well everyone perkenalkan, bekas kekasih selama setahun setengah dia, Isaac Norman. Best student akademi ni. Tahun akhir.

Macam mana dia boleh bercinta dengan lelaki ni?Hahhh...Semua ni bermula pada majlis prom pada musim bunga semester dua tahun satunya. Dari situ mereka berkenalan, kemudian bercinta sebelum putus
hanya disebabkan dia tak cukup bagus untuk jadi pasangan lelaki ni ,jadi hubungan mereka diputuskan. Macam tak guna saja alasannya kan? Semenjak itu jugalah lelaki so called ex boyfriend dia ni tidak berhenti dari memantau pergerakkan dia dalam akademi.

"Cakap je la apa kau nak."ujar Aaliyah dengan nada tak pedulinya.

Isaac jalan dekati Aaliyah sebelum berdiri melangit di depannya dengan tangan mencekak pinggang. "Beritahu aku...betul ke yang kau kena ajar anak dekan?"

Aaliyah buat muka tak faham sewaktu pandang Isaac. Keningnya mencerun hairan.

Apa isu semua orang dengan dia menjadi tutor kepada anak dekan ni? Kalau tak puas hati kenapa tak jumpa dekan sendiri! Kenapa perlu ganggu ketenteraman dia?

"Memangnya apa urusannya dengan kau?Aku ada ganggu kau ke?" soal Aaliyah dengan nada jengkel.

"Sebab itu ke rating kau naik?Dekan yang bagi favour pada kau?"tuduh Isaac lagi dengan muka tak puas hati. "Aku dapat tahu rating kau dari 6 pergi ke 8 dalam masa yang singkat lepas berita kau jadi tutor anak dekan. Terdesak sangat dah?"

Terangkat tinggi kening Aaliyah dibuat tuduhan itu.

What the hell!

Tak sayang mulut apa lelaki depannya ni. Suka hati je nak fitnah!

"Kau tu yang dah kenapa?Suka hati je nak menuduh. Yang kau pun satu...siapa suruh tengok rating orang lain tanpa kebenaran. Kau tahu semua tu salah kan!" marah dia pula sambil dongak membalas renungan mencabar Isaac. Ish!Sakit pulak hati dia tiba-tiba.

"Aku rating 10, aku dapat banyak benefit dari semua ni. Termasuk untuk tahu siapa punya rating paling tinggi dalam akademi ni termasuk kau punya. Sekarang beritahu aku , kau yang mintak sendiri jadi tutor ni atau kau di beri offer dari dekan?" Isaac dekatkan lagi dirinya ke Aaliyah. Sakit hati dia selepas dengar berita ni dari mulut pelajar lain yang bergosip mengenai anak dekan yang di katakan hot dan popular tu!

Rimas dengan jarak mereka berdua yang begitu rapat, Aaliyah undur ke belakang lalu berdengus tak suka sambil selak rambutnya ke belakang dengan kasar. Nafasnya naik turun nak naik angin dekat situ.

Bukan kewajipan dia untuk jelaskan segalanya kepada Isaac. Lagipun apapun yang dia lakukan dalam akademi ni urusan Isaac untuk masuk campur.

"Ha'ah memang! Aku yang mintak. Macam kau cakap tadi. Aku 'terdesak' sangat nak hidup senang dekat sini. Sebab itu aku mintak tolong dekan dengan jadikan sebab untuk dia naikkan rating aku! Puas hati sekarang?" lafaznya dengan berang. Apa gunanya kalau dia nafikan hal sebenar. Bukannya Isaac akan percaya kata dia.

"Kau-"Isaac gerak nak dapatkan Aaliyah sekali tu dia nampak mata Aaliyah kemerahan seperti mahu menangis, terus terbatal niatnya.

"Kan sebab itu kau putuskan aku!Sebab rating aku rendah dan rating kau tinggi??Sekarang bila rating aku naik baru kau nak menyinga?Kenapa? Rasa insecure ke sebab aku boleh take over kedudukan kau?" soal Aaliyah dengan air mata betakung di kelopaknya.

Dua orang rakan Isaac yang ada di situ perhatikan perbalahan dua orang tu tanpa berkata apa-apa. Mereka sudah terbiasa dengan pertengkaran Isaac bersama Aaliyah sejak dari awal perkenalan sehingga la dua orang ini berpisah.

Sementara Isaac yang dengar tak tahu nak balas apa. Dia hanya mengetap gigi erat-erat sewaktu tatap wajah kemerahan Aaliyah. Geram ada!Berang pun ada!Tapi bila nampak mata berkaca Aaliyah terus kelu lidah tak terkata.

Sambil buat muka kecewanya, Aaliyah kerling ke sekeliling ruangan tu sebelum pandang semula ke Isaac.

"Mulai hari ni jangan kau cuba-cuba cari aku apa lagi masuk campur urusan aku. Ingat sikit. Engkau yang putuskan relay kita. Jadi jangan lepaskan marah kau pada saya hanya kerana aku semakin bagus dari kau."tegas dia sebelum keluar dari bilik tu dengan hempasan pintu yang kuat.

Dua orang tadi kemudiannya jalan mendekati Isaac lalu berdiri di samping rakan mereka sambil pandang ke pintu.

"Agh~What a pain..."ngerang Isaac kejengkelan.

"Apa kita nak buat sekarang?"tanya Hector.

Isaac mengepal penumbuknya menahan sabar. rahangnya ikut berketik "Kita tengok keadaan dulu."gumamnya perlahan.

"Silap langkah, Aaliyah boleh menyusahkan kita nanti."ujar Ken pula.

"And why she agree to do that?Macam dah tak ada kerja lain selain jadi tutor untuk anak dekan tu?"rungut Hector.

Isaac pandang ke pintu bilik tu dengan renungan gelap penuh maksud tersirat. Kalau macam tu terpaksa la dia lakukan sesuatu mengenainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience