Beberapa bulan kemudian...
Disebabkan pelan Hector dan Ken yang menjadi, isu serta rumor telah tersebar ke seluruh akademi. Para pelajar termasuk la pensyarah sendiri terkejut mendengar akan berita itu. Mereka semua salahkan Farina sebab pergunakan Aaliyah. Ramai yang beri komen dan kecam tindakan Farina yang menjadikan Aaliyah sebagai batu loncatan untuk berjaya. Disebabkan hal itu, ramai yang tidak menyukai Farina lagi.
Scandal ini telah menyebabkan kehidupan Farina di akademi Galatic Vista tungang langang. Farina kini turun dari rating 7 kepada rating 4 dalam masa yang singkat dalam sekelip mata begitu saja. Bukan setakat itu je, kedudukan sebagai ketua cheerleader turut di lucutkan dari dia. Farina yang biasanya di kelilingi dengan rakan-rakan dan pelajar popular lain, kini duduk bersendirian di cafeteria rating bawah. Pelajar rating bawah sendiri jugak enggan berkawan dengan dia.
Bahkan Ian sendiri enggan dekati Farina selepas terkesan dengan kata-kata Farina tempoh hari terhadapnya. Ian jalani harinya seperti biasa tanpa melakukan apa-apa kecuali sibuk dengan latihan ragbi dan kelasnya. Dia jugak jarakkan dirinya dari Aaliyah kerana kenyataan yang dia memang tak pernah sukakan sepupunya itu dari awal.
Aaliyah dengan Lucas seperti biasa. Mereka sibukkan diri dengan pembelajaran mereka. Hubungan mereka berkembang dengan baik tanpa masalah kerana banyaknya Lucas yang mengalah dalam apa-apa hal sekiranya ada isu timbul di antara mereka berdua.
Kembar dan Isaac pula sibuk dengan persediaan mereka untuk peperiksaan bulanan sebelum peperiksaan semester terakhir diadakan beberapa bulan dari sekarang. Termasuk la persediaan mereka untuk masuk ke univerisiti.
Sementara Tristan sibuk dengan kerjanya sebagai pensyarah di akademi. Lagi-lagi dengan peperiksaan yang semakin hampir. Dia terpaksa menyediakan kertas peperiksaan pada masa yang sama menyemak semua tugasan para pelajarnya. Dan termasuk la pengurusan pelajar sebagai ketua kaunselor pelajar di situ, lagi-lagi untuk pelajar tahun akhir yang perlukan surat rekomendasi buat melanjutkan pelajaran ke univerisiti.
Suara jurulatih terpekik terlolong memberi arahan kedengaran dari jauh sewaktu dia memarahi pemain ragbi yang berada di atas padang itu.
"Gerak cepat sikit Ian!Apa masalah kamu tu!"
Pada masa namanya di sebut, ketika itu la rakan kumpulan Ian yang patut di elak oleh Ian merempuh badannya lalu Ian pun tercampak ke tepi sebelum terbaring atas rumput itu dalam keadaan terbatuk-batuk.
Tumbang saja Ian di situ, dia terbaring tidak bergerak dekat situ memandang langit di atasnya. Tak sakit mana, cuma dia rasa badan dia tak semangat macam dulu. Otak dia tak jelas macam biasa. Sejak kes Farina dan Aaliyah, dia dapat rasakan hidup dia tidak lagi menarik. Semuanya dia rasa kosong dan tak bermakna!
"Kau okay?"
"Sorry...aku ingat kau nak elak..."ucap Jayden di atas semasa tunduk membongkok memandang Ian.
Mata Ian berkedip beberapa kali sebelum dia gerak untuk tanggalkan helmet dari kepalanya lalu bangunkan dirinya dari situ. Kepalanya tertunduk ke bawah tiada semangat.
"Kamu tak apa-apa Ian?"tanya jurulatih pula sebaik dia tiba di kerumunan pelajar di situ.
Tak dia tak okay. Semuanya rasa tak okay!"Saya okay."angguk Ian semasa bersuara.
"Ya sudah. Kalau begitu kamu boleh berehat. Lagipun beberapa hari ni kamu dah berlatih banyak. Balik la ke dorm kamu sana."arah jurulatih setelah melihat wajah tiada mood Ian.
Tanpa berkata apa-apa. Ian beri tunduk patuh lalu bergerak keluar dari kerumunan rakan-rakan sekumpulannya di situ dengan langkah yang berat.
Leon, Jayden, Kai dan geng Ian yang lain pandang prihatin akan rakan baik mereka itu. Mereka tak tahu apa yang berlaku. Apa mereka tahu, ian begitu sejak Aaliyah dan Farina tak lagi bergaul dengan Ian. Sejak itu Ian tak macam Ian yang mereka kenal.
Sesampai saja Ian di bangku tempat letak barang, dia dengan malas capai beg dufflenya lalu berjalan meninggalkan kawasan padang. Dia berjalan dan berjalan tanpa memandang dimana dia lalu kerana termenung memandang ke depan seperti zombie baru bangun dari tidur.
Mengalamun punya pasal, Ian tak nampak anak tangga yang dia lalui di situ hingga buatkan kaki dia salah pijak lantas Ian jatuh berguling ditimpa anak tangga tersebut.
Mendarat saja dia di atas lantai pavement itu, Ian hanya terbaring di situ tidak bergerak sehingga la ada seseorang berdiri ditepinya lalu memayung kepala dia dari silau matahari.
"Dah tak ada tempat lain lagi dah nak terbaring?"tanya suara lembut tu dari atas.
Kening Ian berkerut semasa dia pandang ke atas dimana seorang pelajar perempuan berdiri tunduk memandangnya.
"Apa kau buat lagi tu...bangun la.." pada masa itu la wajah itu jelas di mata Ian lepas dia bercakung di sebelah lalu hulur tangan untuk pimpin Ian bangun dari situ. "Sakit dekat mana-mana tak?"
"Aaliyah.."panggil Ian dengan muka tak percaya sewaktu bangunkan dirinya dari situ.
"Kenapa?"sambut Aaliyah sambil memandang wajah devastated Ian yang tak ada rupa. Semakin hodoh dan selekeh dari biasa.
Ian pandang ke Aaliyah seperti mahu menangis sebelum tunduk memandang ke bawah kerana malu. "Maafkan aku...Aku menyesal buat kau sakit dan susah."ucap dia akhirnya selepas disimpan selama beberapa bulan ni. Sumpah dia menyesal. Dia bencikan Aaliyah, tapi rasa benci dia memakan dirinya sendiri. Dia dah hidup dan membesar sama-sama dengan Aaliyah. Sejak kecil hingga la sekarang...dia terlalu bonding dengan Aaliyah. Jadi dia tak tahu semua tindakan dia ini telah menyebabkan diri dia sendiri yang terseksa.
Tersenyum Aaliyah mendengar ucapan itu dari Ian. "Tak apa...semua orang buat salah dan silap mereka. Sama la dengan aku sendiri."bahu Ian di pegang olehnya memberi semangat. "Aku dah lama maafkan kau...aku faham kenapa kau marahkan aku...dan aku tak salahkan kau..."pujuknya.
Sambil menangis sedih, Ian angkat kepala dia lalu pandang Aaliyah Bersama air mata bergenangan di kelopak mata. "Aku janji aku takkan buat kau lagi...jadi berkawan la dengan aku semula. "cebiknya dengan sedih.
Aaliyah ketawa kecil melihat wajah buruk Ian yang makin buruk di buat cebikan sedih itu. Dia pukul perlahan lengan Ian sambil tu. "Jangan menangis la. Makin hodoh muka tu..."
"Beritahu la aku..."rengek Ian lagi.
Aaliyah pun mengangguk kepala sambil tersenyum mahu ketawa melihat keadaan Ian. "Fine. Aku akan beritahu kau. Tapi sebelum tu aku nak kau pilih dulu."
Ian mengesat air mata dari pipi lalu pandang Aaliyah dengan kening berkerut tak faham. "Pilih apa?"
"So...pilih mana satu. Aku...atau rating?"aju Aaliyah sambil lentokkan kepala sikit semasa bercakung di situ memandang Ian.
"Kau..."sebut Ian serta merta.
Sambil tersenyum senang, Aaliyah hulur tapak tangan dia ke Ian. "Fine..kita kawan balik."beritahunya setelah itu.
Ian pun capai tangan Aaliyah dengan senyuman lebar di bibir. "Terima kasih."ucapnya sewaktu mengengam erat tangan kecil sepupunya.
"Kita kan family. Buat apa nak gaduh-gaduh. Kau susah aku tolong. Aku susah kau tolong."balas Aaliyah sewaktu bangun dari situ dan menarik Ian bangun bersama dengannya dari situ.
"Tapi macam mana dengan Farina?Kau akan get back semula dengan dia ke?"tanya Ian selepas berdiri dari situ.
"Itu la kau...sibuk dengan masalah kau. Pasal aku dengan Farina pun tak ambik tahu."Aaliyah tepuk dada Ian dengan lembut sebelum merangkul lengan tu. "Kita orang dah berbaik semula sejak minggu lepas. Farina dah mintak maaf pada aku. Dan aku pun dah beritahu dia siapa sebenarnya aku dari awal hingga akhir."cerita dia semasa mereka berdua jalan saling berdampingan menyusuri laluan pejalan kaki untuk ke bangunan Utama.
"Kau dah berbaik dengan dia?So dia tahu la kau anak director akademi ni, sementara Kembar dan Allan adalah adik beradik kau?"tanya Ian dengan terkejut.
"Yup. Dia faham dan dia janji dengan aku dia akan belajar betul-betul dan usaha sendiri lepas ni."beritahu Aaliyah tanpa memandang ke Ian.
"Kau tak bencikan kita orang ke? Lepas apa yang kita orang buat dekat kau selama ni?"soal Ian lagi.
Kali ini baru la Aaliyah pandang ke Ian lalu tersenyum manis. "Buat apa aku nak bencikan kau orang. Biar aku beritahu kau eh...rating sebenarnya tak penting. Apa yang akademi nak ajar kau orang dekat sini adalah macam mana kau orang improve diri kau orang jadi yang lebih baik. Rating ni hanyalah hadiah dan ganjaran untuk usaha kau orang. Jadi berhenti la rasa iri hati dengan aku, sebabnya kalau aku senang, kau orang pun aku akan tolong senangkan jugak. Aku harap lepas ni kau takkan bencikan aku lagi hanya kerana kau cemburu dengan aku. Kalau rasa ada yang kurang kau mintak la. Kalau aku mampu akan aku tunaikan." beritahu dia dengan ikhlas.
Ian yang dengar tersentuh. Dia pun ikut tersenyum sebelum mengangguk faham. "Untung Lucas sebab dapat jadikan kau sebagai teman wanita dia.." ujarnya setelah itu.
"Kau pun patut untung sebab dapat sepupu yang cantik lagikan baik macam aku ni.."seloroh Aaliyah sebelum kembali memandang ke depan.
Ian ketawa kemudiannya. Ya, dia patut sedar selama ni, Rating bukan segalanya. Dan sekarang dia akan luangkan masa yang ada di akademi ini dengan sebaik-baiknya. Bersama Aaliyah. Dan dia janji tak kira apa sekalipun hasutan orang pada dia takkan Dia berpaling tadah dari keluarga sendiri.
~TAMAT~
Terima kasih sebab sudi baca karya amateur dari TintaHitamTanpaArah
Share this novel
ending y perfect .... best2 .. nty buat lg ye .. cy suka bc ..
Thanks author cerita yg bagus dan menarik tauladan dan pengajaran yg patut dicontohi bagi semua teruskan berkarya author tahniah...