Episode 12 : Family Dinner

Family Completed 7596

Untuk pertama kalinya, akhirnya meja makan mereka penuh dengan seluruh isi keluarga dalam tempoh tiga tahun ni. Kebiasaannya meja makan mereka ini tidak pernah berhuni dengan lengkap. Makanan hangat pun jarang terhidang di meja. Inikan lagi berkumpul. 

Selepas adik lelaki dia balik ke sini, baru la keluarga dia mahu buat family dinner begini. Baru la dapat tengok makanan dihidang penuh atas meja makan. Ada la aura family dan sweet home tu sikit. Kalau tidak bayang orang dan makanan pun takkan ada. Nampak sangat la dekat sini siapa yang mereka lebihkan. Selama ini dia ada di sini, makan dengan ayahnya pun susah, apa lagi nak duduk semeja satu keluarga begini. 

Sejak makan tadi mereka semua sibuk berbual dengan adik lelakinya saja. Sementara dirinya diperlakukan seperti halimunan. Itulah...lumrah hidup sebagai anak lelaki sulung.

"Macam mana dengan hari kamu di akademi Lucas?Okay?"tanya ibu.

Lucas dekat meja tu terkuis-kuis makanan tidak berselera. "Macam tu la.."jawabnya acuh tak acuh.

"Ayah harap kamu tidak akan timbulkan masalah apalagi cuba untuk menukar akademi. Ayah beri kamu peluang kali ni saja. Sekiranya kamu gagalkannya jugak. Ayah akan hantar kamu ke sekolah tentera. Dan duduk la kamu di situ."pesan Dekan Knight.

Lucas angkat kepala. Dia pandang jengkel ke ayahnya. "Boleh tak ayah berhenti ugut Lucas dengan nama sekolah tentera tu. Kalau ayah nak sangat Lucas ke sana. Hantar saja la. Tak payah cakap banyak."bidasnya.

Dia yang dengar sendiri panas telinga. Kenapa la kurang ajar sangat adik dia ni. "Boleh tak bahasa tu jaga. Mereka tu ibu bapa kau, bukannya kawan bukannya lawan sampai kau nak cakap kurang ajar macam tu."tegur Tristan dengan nada tegasnya pada adik lelakinya yang di sebelah.

Kepala Lucas berpaling ke Tristan. Keningnya mencerlung kerana dibuat komen abang sulungnya itu. Rahang dia berketik kerana hilang sabar. "Kau kalau tak tahu apa-apa jangan sibuk nak menyampuk!"

"Lucas!"bentak Tristan dengan mata menjegil bulat. "Aku tahu kau bencikan keluarga ni, tapi tolong kawal sikit baran kau!Kau tahu sikap kau ni takkan bantu sesiapa termasuk diri kau tu!"bentak dia dengan lantang. Balik ke tak sama je!Buat sakit hati!Baik tak payah balik ke sini. Buat pening kepala je menghadap.

"Tristan. Cukup. Kenapa kamu marahkan adik kamu begitu!"marah ibunya pula.

Tristan pandang tak percaya ke ibunya lalu ke ayah dia. See...tak kira la salah apa yang adik dia buat, baliknya dia yang kena. Memang salah ke kalau dia tegur? "Ibu...dia kurang ajar tadi.."

"Bukan salah Lucas dia marah begini...salah ayah sebab tak jadi ayah yang baik. Kamu sebagai abang jangan la layan dia begitu."tegur ayahnya pula di kepala meja.

Lucas yang dengar bangun dari situ. Dia malas nak hadap keluarganya ini. Mereka semua ni tahunya nak control dia itu ini. Dia tahu la dia nak buat apa. Tak payah la mengarahkan dia. Ini tidak, semuanya nak jadi sempurna macam abang dia. Dia tak nak la!

"Kamu nak ke mana tu?Makan dahulu Lucas."panggil ibunya di meja makan sebaik saja sedar yang Lucas keluar dari ruang makan tu. Bersama riak kesalnya, pandangannya terarah pada Tristan semula."Lihat Tristan. Apa yang kamu telah buat. Kan merajuk dah adik kamu tu."marah ibunya sekali lagi.

Tristan pandang ke ibunya dengan muka kesal. "Ibu manjakan dia sangat. Sebab itu dia jadi seperti begitu."keluhnya.

Dekan Knight sekadar menggeleng kepala. Dia tidak kuasa hendak membebel apalagi merungut mengenai anak lelaki bongsunya yang satu itu. Padah dia juga kerana selalu menangkan Lucas dan lakukan apa saja yang dihendakkan Lucas itu, dan akibatnya Lucas jadi begitu. "Apa la ayah nak buat dengan adik kamu tu?Sampai bila dia nak tunjuk perangai memberontak dia?Tak boleh ke dia jadi seperti kamu?"soalnya pada Tristan.

Tristan pandang ke ayahnya dengan renungan letih. Itu yang salahnya. Disebabkan sikap parents mereka yang suka banding-bandingkan anak ni la menjadi punca kenapa Lucas tidak boleh bertolak ansur dengan mereka apalagi hormat.

Brit!

Brit!

Tiba-tiba telefon bimbitnya yang ada di tepi pinggan makan bergetar. Hal itu buatkan Tristan alihkan perhatian dari dekan ke skrin telefon. Ada panggilan masuk. Tanpa berlengah dia capai telefon tu lalu pandang ke ibu dan ayahnya.

"Sorry...ada panggilan."beritahu Tristan sambil bangun dari situ dan gerak ke penjuru ruang untuk dapatkan privasi. Setelah menjauh, dia slide skrin itu lalu tekap telefonnya ke telinga lantas berkata. "Hello?"

"Hai, saya dari Balai Polis Bandar Bridge Eastside. Di sini saya ingin maklumkan pelajar dari akademi anda telah ditahan."maklum suara dalam panggilan tu.

"Apa?"tanya Tristan dengan muka tercengang. Siapa pulak yang timbulkan masalah kali ni?

"Memandangkan mereka semua tidak mahu bercakap atau beritahu siapa penjaga dan orang yang boleh dihubungi, saya terpaksa hubungi pihak akademi mengenai hal ini."sambung pegawai polis itu lagi.

Tristan pejam mata dia sekejap lalu mengangguk kepala. "Ya sudah. Saya akan ke sana sekarang."katanya dengan nada mengalah. Tak pasal-pasal betul!Kalau dah tak mention nama ni, memang confirm la siapa yang dalam masalah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience