Tangan berjari runcing milik pelajar lelaki dari tahun 1 kelas 4 sibuk menulis jalan kira-kira atas buku latihan sewaktu bayang muncul memayunginya dari tepi.
"Mmm...Allan boleh tak ajarkan saya macam mana nak buat jalan kira-kira untuk soalan ni?"tanya seorang pelajar perempuan membongkok sambil sua buku ke depan pelajar lelaki bercermin mata dihadapannya.
Allan angkat kepala lalu pandang pelajar perempuan di depannya sebelum tunduk memandang buku. "Yang mana?"tanya dia mahu lihat soalan tersebut.
Pelajar perempuan itupun tersenyum sampai ke telinga selepas tawarannya itu tidak di tolak. Dia gerak hendak duduk di samping Allan di meja makan tu. Namun baru sahaja dia hendak henyak punggung di situ, tidak semena satu tangan muncul dari belakang lalu memegang bahu menghalang dirinya dari duduk.
"Sorry...dia busy, Boleh belajar sendiri tak?"tegur suara perempuan pula dengan tiba-tiba.
Sedar siapa punya suara, Allan pantas menoleh ke belakang sebelum dongak memandang pelajar perempuan yang berdiri melangit di situ. Terukir sengih meleret dibibir Allan.
"Eh...senior Aaliyah."sengih pelajar perempuan tu serba tak kena sewaktu lirik ke Allan selepas itu. Dah kenapa pulak senior dia datang ke meja pelajar junior ni?
Aaliyah mengangguk kecil tanda menyambut sapaan itu sebelum memegang lengan Allan. "Sini...ikut aku sekejap."minta dia.
"Huh?Kenapa?"Allan tanya sambil melirik pelajar perempuan di tepinya lalu ke kakaknya silih gant8.
Aaliyah memberi mata 'kau ikut aku atau aku heret kau' pada Allan lepas adik dia tak mahu bangun dari situ. Dia tak boleh cakap dalam cafeteria ni. Ramai orang boleh dengar!Nanti rosak la rancangan dia.
Faham akan maksud renungan itu, Allan lepaskan keluhan panjangnya lalu keluarkan kaki dari balik bawah meja dan berdiri. Hal itu buatkan Aaliyah yang ketinggiannya setakat paras dada Allan kelihatan pendek dihadapan adik lelakinya ketika itu.
"Fine..apa yang kau nak?"
"Sini aje la..."Aaliyah pegang lengan Allan lalu bergerak ke arah balkoni yang ada di tepi cafeteria dan keluar ke situ.Berdiri saja dia di situ, Aaliyah kerling ke sekeliling untuk pastikan tak ada sesiapa yang berdekatan dengan mereka dari memasang telinga.
Allan bersandar pada bingkai jendela tu lalu menghadap Aaliyah. "Ada apa?Beritahu la cepat."
"Hish!Nak beritahu la ni. tak menyabar betul..."jeling Aaliyah dengan jengkel. "Ni...aku nak tanya. Kau ada baca pasal satu post ni mengenai aku?"tanya dia sambil silangkan tangan ke dada tak puas hati. Kening mencerlung tajam.
"Hm...Asal dengan post tu?"jeda Allan sambil mengangguk kepala.
"Siapa yang post?"
Allan tunduk memandang Aaliyah lalu buat muka kesalnya. "Ni aku nak tanya kau dulu. Dengan siapa kau cari pasal sebenarnya?Aku ingat kau dah ubah perangai kau dari timbulkan masalah?Kenapa kes macam ni boleh timbul?Kau tahu kalau ibu tahu pasal ni habis kau tau tak??"
Berasa rimas dengan bebelan tu, Aaliyah menggaru leher yang gatal dengan jengkel.
"Jawab aku dulu boleh tak?"
Ugh!Allan mengetap gigi dek hendak menahan sabar dari membebel pada kakak perempuandia yang satu ini. "Kenapa aku kena jawab kalau kau taknak?Ever you heard give and take?"
Aaliyah terus buat muka....eh..budak kecik ni kan,kecik besar aje dia perhatikan. "Beritahu aku je la siapa yang post? Jangan nak membebel dekat aku..cukup dia orang. Jangan kau."bisiknya dengan keras.
"Aku tak tahu."jawab Allan serta merta sambil kerling ke sekeliling cafeteria rating atas di depannya. Melihat pelajar-pelajar yang sibuk makan tengah hari di situ. "Maybe orang paling dekat dengan kau atau seseorang yang tahu pergerakan kau..."duga dia sambil tu.
Aaliyah berkerut kening, dia pandang muka Allan yang sedang termenung memandang ke depan. "Kau tahu pasal Ian?"tanya dia lagi lepas tu.
"Mamat tu?Kenapa dengan dia?"Allan buat muka tak suka lepas dengan nama sepupunya di ungkit. Kenapa dia tak suka?First lelaki tu sangat mencurigakan. Second keluarga Ian harapkan belas kasihan dari keluarga dia untuk senang. Third, Ian dah rampas Aaliyah dari dia sampaikan dia sendiri tak boleh nak rapat dengan kakaknya ini gara-gara Ian asyik berkepit dengan Aaliyah. Masa mereka kecil, Aaliyah la geng sepermainan dia kalau abang-abang dia sibuk. Dan sejak Aaliyah bersama Ian , mereka tidak lagi rapat.
"Janji dengan aku yang kau takkan beritahu ibu."
"Berithu aje la."
Disebabkan Allan terlalu tinggi untuk dia, Aaliyah terpaksa jengket kaki dan bawa tangannya ke telinga tepi telinga untuk berbisik."Aku dengar Ian rancang something tak baik pasal aku, termasuk dengan si Farina..."
Mata Allan terbuka luas sebaik mendengar. Kalau Ian tu dia tak la terkejut sangat. Tapi Farina?Kawan baik Aaliyah sendiri?
"Serius la?Diaorang plan apa?Plan nak jatuhkan kau?"soal Ian lagi.
"Iya la...sebab itu aku datang cari kau...sebab nak mintak tolong kau. Kau pandai pasal hacking semua ni kan?"Aaliyah pukul perlahan lengan tu.
Berasa curiga dengan apa yang Aaliyah hendak cuba sampaikan kepadanya, Allan jauhkan sikit kepalanya ke belakang untuk pandang muka tu. "Apa lagi yang kau cuba lakukan hah?Jangan libatkan aku. Nanti dengan aku sekali kena hukum dengan ibu. Kau takper la. Buat alah ke apa ibu denga ayah takkan marahkan kau."
"Haish...tak apa. Kau dalam masalah aku tolong cover untuk kau. Apa yang aku nak kau buat sekarang simple je. Tak susah pun."senyum Aaliyah selepas itu.
"Memangnya apa dia?"kening Allan berkerut.
Sambil menjungkit-jungkit kening bermain-main, Aaliyah tarik sengih jahatnya. "Heheheo...aku nak kau godam phone atau laptop yang dimiliki oleh Farina dan Ian. Kemudian cari apa saja yang boleh di jadikan sebagai modal untuk aku kenakan dia orang balik. Macam mana?Boleh buat?"
Allan buat muka berfikir sambil gosok bawah dagunya. "Apa aku dapat kalau aku tolong kau?"
"Aku bagi kau kad kredit aku...uh?Deal."terus lengan Allan di pegang Aaliyah lalu di tarik tolak dengan manja. "Please..."
Untuk seketika Allan hanya diam memandang Aaliyah. Berkira-kira patut atau tak dia tolong kakaknya ini. Tapi memandangkan dia dapat kad kredit platinum Aaliyah takkan la dia nak tolak. "Okay. Deal. Bila kau nak?"
"Serius kau nak buat?"soal Aaliyah dengan girang.
"Ya..."renggus Allan dengan muka mahu tak mahunya.
"Ahah...thank you."terus Aaliyah peluk kejap badan Allan sebelum jauhkan diri. "Kalau macam tu berikan aku secepat mungkin yang kau boleh. "
"Kad kreditnya dulu kalau macam tu."Allan hulur tapak tangannya ke Aaliyah setelah itu.
SLAP!
Aaliyah berikan highfive ke atas tapak tangan tu. "Settlekan urusan dulu baru dapat okay my little bear.."beritahu dia sebelum mencubit pipi Allan dan berpaling dari situ.
Allan angkat kepalan penumbuk dia kerana geram ke arah Aaliyah sewaktu kakaknya pergi dari situ. Bertuah betul!Kakak siapa la ni ya!
Phone Tinta baru je mati. takleh nak on takleh nak guna langsung. tinta baru dpt email dgn password terus on dkt laptop tp tklrh edit...cari tablet baru boleh lps dua chapters ni
Share this novel