Episode 35 : Prank Time!

Family Completed 7596

Menggunakan pengaruhnya terhadap enam orang ahli pasukan Ian, Aaliyah memulakan operasinya pada malam itu jugak. Dia tak boleh nak tangguh lama-lama. Kalau dia tangguh makin sakit jiwa dia dibuatnya.

Sebelum tu, pada waktu makan malam tadi, Aaliyah keluar bersama Ian dan kawan lelaki tu untuk berbincang akan pelan yang dia akan langsungkan pada tengah malam kemudian. Iaitu, dia akan meletakkan serbuk glitter di dalam kereta Tristan. Kemudian pancitkan keempat-empat tayar kereta lelaki tu. Setelah itu pecah masuk asrama lelaki untuk kerjakan si Lucas pula.

Namun pelannya terpaksa di ubah sedikit apabila kedua-dua orang target itu tiada di dalam kawasan laman akademi sebaliknya di kediaman keluarga dua orang tu. Untuk itu Aaliyah dan gengnya terpaksa ubah pelan mereka untuk lakukan sesuatu di pejabat Tristan dan bilik tidur Lucas di akademi!

HAH!

Rasakan!

Tepat jam 2 pagi, kelibat tujuh kepala muncul dekat dalam gelap tu. Enam darinya tinggi melampai. Yang satu lagi rendah paras dada mereka. Menyusup masuk dalam kegelapan bangunan akademi di situ. Dari semak ke batang pokok sehingga la tiba di tepi dinding bangunan.

"Kau panjat dulu Aaliyah.."bisik Ian setelah berjaya buka tingkap di situ.

Oleh kerana tingkap itu tingginya mula dari paras bawah dagu Aaliyah, dia alami sedikit kesukaran untuk memanjatnya dengan sendiri melainkan ada bangku dekat bawah kaki. "Tak sampai la..."bisik dia sewaktu cuba tolak dirinya naik.

"Angkat dia cepat..."gesa Ian yang waktu itu sedang pandang kanan dan kiri untuk pastikan tiada pengawal keselamatan lalu lalang.

Mereka yang dengar pun apa lagi, cepat-cepat la bertindak. Seorang dari mereka merangkak dekat atas rumput untuk dijadikan sebagai bangku. Seorang lagi pegang tangan Aaliyah untuk elakkan gadis tu terjatuh, seorang lagi pegang pinggang tu.

Setelah itu baru la Aaliyah dapat masuk melalui tingkap tu. Lompat saja dia ke dalam tingkap, mereka semua di situ seorang demi seorang ikut melompat masuk ke dalam dengan mudah.

"Okay!Kita berpecah. Separuh pergi ke pejabat separuh lagi pergi ke lokar...siapa nak?"tanya Jayden.

"Aku dengan Aaliyah nak ke pejabat Sir Tristan. Kau,Jayden dengan Lee..ikut aku, yang lain pergi ke lokar Lucas. Buat macam kita pelan awal tadi."beritahu Ian.

Aaliyah yang sedang gelabah tu pandang kanan dan koridor tu tidak sabar. Dia tak sabar nak lakukan kerja gila di pejabat Tristan nanti. Biar padan muka lelaki tu nanti!

Maka empat orang dan baki lagi tiga berpisah ke arah yang berbeza setelah itu.

Seperti pencuri yang profesional, empat orang tu kemudiannya gerak masuk ke dalam pejabat yang dikawal ketat dengan password dan kad pas masuk. Menggunakan kemahiran seorang dari mereka yang bijak dalam gadjet, pintu itu terbuka tanpa sebarang masalah.

Seperti budak baru dapat masuk ke amusement park, Aaliyah berlari setempat tak sabar. "Oh yes!Akhirnya!Dapat jugak!" jeritnya dengan perlahan.

"Shh...jangan bising. Cepat...buat apa yang kau nak buat tu. Kita orang tolong mana yang sempat."desis Jayden sewaktu turunkan beg galas dari badannya lalu di letakkan ke atas lantai. Dan diikuti rakannya yang seorang lagi, Sebaik saja beg itu di buka, berbuku-buku notpad pelbagai warna dituang ke atas lantai oleh mereka.

Ian tersengih melihat timbunan not pad itu. "Kau serius kau nak tampal semua ni satu pejabat dia?"tanya dia.

"Of course...hari tu kereta dia kan. Kali ni pejabat dia pulak."beritahu Aaliyah semasa Jayden bantu untuk buka pembalut notpad tu lalu menyerahkan ia ke tangannya.

"Macam-macam la kau ni..."geleng Ian sebelum tunduk mencapai notpad yang ada dan mulakan kerja menampalnya.

20 minit mereka seua di situ kerja dengan senyap dan tidak bercakap. Sebolehnya mereka nak cepat habiskan kerja tu. Namun tak lama kemduian, pintu pejabat itu terbuka. Buatkan mereka berempat dalam bilik tu terkejut, namun sekejap sahaja selepas tiga orang lagi rakan mereka yang masuk ke situ.

"Dah settle."kata Leon.

"Macam yang kau nakkan Aaliyah, kita orang letakkan katak hidup dalam lokar Lucas."

Aaliyah ketawa mendengarnya. "Serius? Ahahaha. Good. Kalau macam tu tolong aku tampal semua ni dekat dinding termasuk komputer dan kerusi tu. Jangan tinggal satu spot pun!"

"Baik!"sahut mereka yang kemudian sama-sama bergotong royong menghias pejabat Tristan.

Sementara itu, Aaliyah yang sudah tersenyum dari telinga ke telinga itu dengan senang hati melakukan kerja dia. Padan muka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience