Episode 16 : Pelajar Rating 10

Family Completed 7596

KEDEGANG!

Satu minuman bertin jatuh ke dalam poket mesin air layan diri sebelum satu tangan menyeluk ke dalam celah laci itu dan mengeluarkan air tin tersebut darinya.

Pada masa yang sama seseorang muncul dari kanan berdiri menghadap mesin layan diri itu.

"Aaliyah bukan?"tegur satu suara perempuan dari sisi dengan tiba-tiba.

Aaliyah yang sedang tunduk membongkok tadi pun berdiri tegak sambil pandang ke kanan dia. Seorang gadis bertoncang sedang tersenyum kepadanya sambil pegang buku dekat tangan kiri.

Ahh...Budak dari kelas satu rupanya. Budak Rating atas. Rasanya Rating 8. Tapi kenapa cari dia?

"Ya saya.Ada apa-apa ke?"balas Aaliyah sambil buka pin penutup tin minuman hingga menghasilkan bunyi desis kecil darinya.

"Saya Rania..."pelajar perempuan itu melirik Aaliyah dari atas ke bawah semasa beritahu. Cuma tertanya-tanya apa istimewanya budak biasiswa nerd depan dia ni?

"Hai Rania..boleh saya bantu?"soal Aaliyah lagi dengan perasaan skeptikal. Ini lain tak bukan mesti nak rating dari dia ni? "Saya tak bawa ipad saya sekarang kalau rating yang awak mahukan."beritahu dia awal-awal.

Rania ketawa kecil lalu menggeleng kepala. "Bukan itu tujuan saya ke sini berjumpa dengan awak."balasnya dengan mesra. Dia ke sini pun kerana di suruh. Kalau tidak memang takkan dia berjumpa dengan Aaliyah.

Dah tu, apa dia?Aaliyah berkerut kening tak faham. Dia kemudiannya teguk sedikit jus anggur dari tin yang dipegangnya sebelum bersuara seusai itu. "Kemudian apa yang awak perlukan dari saya?"

Rania kemudian menyuakan buku kepada Aaliyah. "Nah..untuk awak."

Buku? Aaliyah pandang buku dengan riak hairan sebelum membuka mulut hendak bertanya, sekali tu Rania dengan mengejut merapat ke tepi telinga dia.

Aaliyah berdiri tegak dekat situ semasa Rania mula berbisik akan sesuatu kepada dia.

"Ada orang hantar saya untuk maklumkan kepada awak."

Apa dia!?Nafas Aaliyah tertahan seketika. Matanya terpaku kaku memandang ke depan tidak bersuara.

"Pelajar Rating 10 ingin berjumpa dengan awak secara private. Muka surat 99. Dekat situ ada beritahu masa dan tempat untuk awak temui mereka." beritahu Rania sebelum jarakkan dirinya dari Aaliyah sambil meletakkan buku ke dalam tangan tu dengan paksa.

Aaliyah pandang Rania dengan kening mencerlung kebingungan.

Pelajar Rating 10?

"Untuk apa?"tanya dia setelah itu.

Rania menjungkit bahu sambil tersenyum. "Awak akan tahu selepas menemui mereka."katanya sebelum beredar dari situ meninggalkan Aaliyah.

Aaliyah gerakkan badan dia mengikut langkah Rania. Belakang kepala tu di pandangnya dengan renungan tak faham.

Pelajar Rating 10?Nak jumpa dia?

What the heck!?

Takkan la.

Setelah itu Aaliyah angkat buku yang dipegangnya. Ianya adalah buku sejarah kuno. Dah kenapa mereka tiba-tiba mahu menemui dia?

Bersama perasaan berbelah bahagi, muka surat yang diberitahu Rania tadi di selaknya. Baru saja dia nak sampai muka 99, pada masa itu belakang bahunya di pegang.

"Aaliyah!"sergah Farina dengan tiba-tiba.

Melompat terkejut kerana terperanjat, buku itu terlepas pegang sebelum jatuh ke lantai. Niat hendak mengutipnya, Aaliyah pun tunduk tanpa sedarnya yang dia sedang memegang tin minuman. Disebabkan itu, air dalam tin tersebut tertuang dari tin dan mengenai buku itu.

"Oh my gosh!"sebut Farina yang terkejut melihat keadaan kalut itu. "Sorry."ucapnya semasa perhatikan Aaliyah dengan kelam kabut berdiri lalu menjauhkan tin minumannya.

Dengan kesal Aaliyah pun pandang ke Farina. Sambil buat muka tak percaya dan penatnya, dia mengeluh. "Seriously Farina?"soalnya.

"Sorry. Aku tak perasan. Buku kau okay tak tu?"tanya Farina semasa tunduk mahu mengutip buku tersebut untuk Aaliyah.

Terkejut melihat tangan Farina hendak pegang buku tersebut, Aaliyah cepat-cepat tunduk dan ambil buku yang sudah basah itu dari lantai sepantas kilat.

Pelik melihat reaksi Aaliyah, Farina kembali berdiri tegak dan memandang rakannya dengan kening berkerut. "Kau dah kenapa?Macam pencuri kena tangkap je gayanya. Ada something berlaku ke?"

Mana taknya dia teperanjat begini!Kalau tiba-tiba ada orang menyergah.
"Kenapa kau tanya macam tu?Mana ada apa-apa."nafi Aaliyah sewaktu jantung dalam tulang rusuk dia berdetak laju dek keresahan dengan apa yang baru aje disampaikan kepadanya. Mujur aje Farina tak dengar perbualan dia tadi

Buat beberapa saat Farina hanya pandang curiga ke Aaliyah. Mulanya dia tertanya-tanya dan ingin tahu, tapi lepas memikirkan ia semula dia ambil keputusan untuk tidak hiraukannya. Lantak la situ dengan Aaliyah. Kalau dia tanya bukannya perempuan ni nak jawab kan?

"Wei....aku dengar kau tutor anak dekan betul ke?Budak baru yang hot tu?"

"Hah??"Aaliyah buat muka blank mendengar soalan itu. Macam mana Farina boleh tahu? "Dari mana kau dengar hal tu?"

"Well...semua orang sibuk katakan pasal hal tu lepas ada yang nampak kau keluar dari bilik umum dekan dengan budak baru tu...siapa nama dia Luke?Luca?Lu-"sebut Farina sambil buat muka tak pasti.

Aaliyah mengetap garis nipis di bibir melihatkan Farina tergeliat lidah nak menyebut nama Budak bratty tu. "Lucas.."katanya.

"Hah...Lucas. Dia tu la."sahut Farina bersama muka teruja. "So betul la?"

Mulanya dia nak rahsiakan hal ni supaya tak tarik perhatian ramai orang. Tapi memandangkan ianya sudah ketahuan macam ni tak boleh nak buat apa la. Kalau dia mengelat pun tak ada gunanya. Nak tak nak kena la beritahu jugak.

Aaliyah buat muka berserah.

"Ha'ah...dekan sendiri yang mintak aku untuk tutor anak lelaki dia. Kata dekan, Lucas Budak bermasalah. Disebabkan masalah disiplin dia, Lucas tertinggal banyak pelajaran. Jadi dia mintak aku untuk bantu Lucas dalam pelajaran supaya tak ketinggalan."jelasnya.

Sambil mengangguk kepala, Farina buat mulut 'o' tanda faham. "Iya ke...bertuah la kau. Dapat tutor anak dekan. Kau tahu Budak perempuan kelas aku kecoh pasal mamat tu lepas tengok IG Lucas. Sumpah aku beritahu, dia pandai bergaya."gossip Farina dengan bersemangat."Handsome pulak tu!"

Aaliyah yang dengar dah buat muka. Mula dah makcik ni nak membawang.Pantang sungguh bila lihat lelaki kacak. "Kau nak ganti tempat aku ke?"soal dia.

"Kau gila?Mesti la aku nak!"menjegil bulat mata Farina setelah itu. "Tapi itu la...Masalahnya otak aku bawah IQ 90 ni tak boleh nak pandaikan anak dekan. Nanti tak pasal-pasal aku yang di salahkan. So thank you."dia tepuk bahu Aaliyah setelah itu.

"Kalau macam tu berhenti cakap bertuahnya aku dapat jadi tutor anak dekan...okay?" pesan Aaliyah dengan nada sindirnya.

"Ahahah...chill la. Itu pun nak marah. Dah la jom gerak ke dewan makan. Lambat pulak nanti kita masuk dorm." ajak Farina yang mahu merangkul bahu Aaliyah. Nak makan sama. Memandangkan waktu tengah hari, Aaliyah suka habiskan masa dekat dewan Budak Rating Bawah.

"Umph. Sorry. Aku ada hal. Kau gerak la sendiri."Aaliyah tolak tangan Farina turun dari bahunya dengan perlahan-lahan.

"Kau nak ke mana?"tanya Farina dengan kening berkerut tak faham.

"Nanti aku beritahu. Kau pergi la dulu ya."kata Aaliyah sambil jalan mengundur ke belakang menjauhkan diri.

"Kau sure kau tak nak makan dulu apa-apa hal?"Farina tunding ibu jari ke belakang bahunya merujuk dewan makan mereka.

Aaliyah tersenyum lalu menggeleng kepala. "Aku okay. Jumpa nanti ya."lambai dia sebelum berpaling membelakangkan Farina dan jalan maju merentasi koridor tu.

Farina yang ditinggalkan dekat belakang buat muka tak faham. Macam-macam hal betul Aaliyah ni. Ada aje hal yang tersembunyi yang nak dibuatnya. Lalu Farina berpaling ke arah bertentangan dan pergi dari situ.

Setiba di satu selekoh, Aaliyah berdiri di tepi dinding itu lalu tunduk membuka buku tadi semula. Nak tahu apa aje la mesej yang disimpan dalam buku ni.

Sekali lepas dia buka muka surat 99, dia ternampak satu not pad yang ditampal pada muka surat tersebut.

Melihat tulisan yang tertulis di situ,  air muka Aaliyah terus berubah.

Dalam hati dah terlintas akan wajah seseorang yang familiar.

Lidahnya terus berketik kerana kejengkelan.

Haish!

Ini...mesti mereka dah tahu!Sebab tu mereka suruh bertemu.

Share this novel

Stella
2024-07-01 07:31:09 

Jahatnya Isaac


NovelPlus Premium

The best ads free experience