"Ini aje?"tanya Ian sambil mencampak telefonnya ke atas riba sebelum berdiri dengan tangan dalam poket seluar. Dia berkerut kening tidak senang. "Banyak-banyak benda kau boleh jadikan cerita?Itu aje yang kau dapat?"
Farina pandang telefon diriba sebelum dongak memandang Ian yang melangit berdiri di sebelah. Keningnya turut mencerlung tidak puas hati. Senang aje nak menyuruh. Kalau pandai sangat asal tak buat sendiri? "Kau ada idea yang lebih baik ke?Hah?Ada?Kalau tak ada jangan nak complaint."telefon milik Ian yang dicampak atas ribanya tadi di letakkan ke tepi.
Wah!Perempuan ni kan!Ian berdengus. "Kau tu kawan baik dia Farina. Kau lebih tahu kelemahan dan keburukan yang Aaliyah miliki. Takkan tak ada satupun yang kau boleh gunakan. Rumor macam ni tak cukup kuat untuk jatuhkan imej dia...kau hanya buatkan rumor ini menaikkan lagi rating dia tau tak?Susah agaknya nak jatuhkan imej Aaliyah tu?"
Farina bercemberut tak suka mendengar permintaan Ian. Dia rasa tak sedap hati dengan semua ni. "No. Aku nak berhenti. Aku tak nak libatkan diri dengan semua lagi. Kalau Aaliyah tahu pasal ni, habis rosak persahabatan kita orang.."tegasnya sebelum bangun dari situ. Hendak masuk ke kelas.
Ian yang dengar cepat-cepat pegang pergelangan tangan Farina lalu hadapkan badan tu memandang dia dengan paksa. "Kau ni kenapa?Sejak kau geng dengan trio tiga orang tu, sejak tu kau dah taknak dengar cakap aku...jangan cakap dengan aku yang kau dah tersuka dekat seorang daripada dia orang tu?"soalnya dengan kening berkerut.
Farina pandang Ian sambil mengetap gigi. Kalau ya kenapa?Ian Budak rating bawah. memang tak la dia nak bergaul dengan orang macam Ian ni. Malu la. Mana dia nak letak muka ni kalau orang mengata yang dia pelajar rating 7 berkawan dengan Budak rating 5!
"Lepaskan aku Ian!"tegas Farina sambil memulas pergelangan tangan dia supaya di lepaskan.
"Beritahu aku Farina!Kita dah bersama dalam hal ni buat masa yang lama. Cuba untuk memalukan Aaliyah dan turukan rating dia...kau yang rancang semua ni. Dah sekarang kau nak tarik diri dan letakkan semuanya dekat aku?"soal Ian dengan nada tak percayanya.
"Cukup Ian!"mengjegil bulat mata Farina bila dengar kenyataan tu. Memang betul selama ni dia yang rancang untuk susahkan Aaliyah!Tapi Ian pun sama terlibat dalam hal ni!Bukan dia seorang saja! "Memang aku yang rancang, tapi yang lakukannya adalah kau. termasuk la kejadian dekat stadium tu..kau punya idea untuk heret Aaliyah sekali ke balai polis tu!"
"Kau-"Ian tak terkata. Dia tergamam yang amat sangat. Farian memang dah berubah. Sejak berkawan dengan Isaac dan geng lelaki tu, Farina dah makin jarak dari dia. "Kau buang aku ke sekarang ni?Sebab aku rating bawah dari kau?"dia yang berikan rating dia pada Farina supaya Farina boleh naik rating sejak tahun kedua lagi. Sebab itu rating dia rendah sehingga sekarang. Dan kini, Farina nak buang dia sebab dah dapat kawan yang lebih baik?
"Maafkan aku Ian. Aku betul-betul tak boleh teruskan lagi semua ni. Kau punya hal, kau uruskan. Jangan libatkan aku."geleng Farina sambil berkata. "Kau buat semua ni sebab kau cemburukan Aaliyah kan...kenapa aku pun kena terlibat sekali? Aku dah dapat apa yang aku nak. So berhenti ganggu aku lagi."
Perlahan-lahan tangan Ian pun lepas dari pergelangan tangan Farina kerana dia berasa kecewa dan patah hati mendengar pengakuan dari Farina. Orang yang dia sayang dan suka selama tiga tahun di sini. Sekarang, Farina hanya pandang dia sebelah mata saja. Malah tak balas perasaan dia semula setelah apa yang dia lakukan untuk Farina!
"Sampai hati kau Farina...buat aku begini!"lafaz Ian dengan suara kecilnya.
"Kau pun sama. Berhenti la dari buat semua. Aku kena pergi. Ada kelas yang aku kena hadirkan diri."pamit Farina setelah itu.Dia terus beredar tanpa berpaling lagi.
Kepala Ian tertunduk ke bawah Bersama bahu jatuh tiada semangat. Perlahan-lahan dia pun mengepal penumbuk marah sambil pejam mata. Sekarang dia sendiri!
Share this novel