Episode 6 : Dasar si Parasit!

Family Completed 7596

Kalau anjing tak suka pada kucing, minyak tak ngam dengan air, sabun tak ngam dengan kotoran. 

Aaliyah tak ngam dengan lelaki bernama Tristan di hadapan dia ketika ini.  Kehadiran lelaki dihadapan dia ini adalah hanya satu khabar buruk untuk kehidupan seharian dia. 

Banyak-banyak tempat yang ada. Antara ramai-ramai manusia yang ada. Kenapa boleh ada dekat tempat dia ni?Kenapa lelaki ni jugak. 

Tak suka betul!

Tanpa berlengah Aaliyah terus bergerak hendak berpaling dari situ. Dia kena jauhkan diri atau hari dia akan malang pada hari ini!

 Aaliyah pun berpusing dari situ. Dia ingatkan orang tu takkan perasan, sekali tu baru aje bergerak, suara tu menegur.

"Cantik tempat persembunyian ni kan?"

Langkah Aaliyah terhenti di situ. Dia pandang ke depan sambil gigit bawah bibir. Geram punya pasal! Patutnya dia terus aje pergi lepas dengar. Bukannya berhenti.

"Aaliyah Ingrid bukan?"tanya Tristan lagi dekat belakang.

Mahu tak mahu Aaliyah terpaksa jugak berpaling dan hadapkan dirinya. Nampaknya counselor yang seorang ni tak ada pejabat sendiri apa nak menapak sampaikan ke perpustakaan lelaki ni merayau. "Selamat tengah hari sir."sapa dia dengan terpaksa.

"No need to be so formal. Saya tahu kamu sendiri tak suka pada formality. Atau lebih tepat lagi tak suka pada saya."ujar Tristan dengan suara dalam yang gemersiknya itu.

Aaliyah pandang tak berkedip akan lelaki di depannya. Disapa salah, tak disapa salah. Masalah betul. Kalau dah tahu dia tak suka, yang datang menyemak ni kenapa! Nak apa dari dia?Pergi la sana! "Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"tanya dia yang sedaya upaya buat ia kedengaran sehormat yang mungkin. Sebab apa?Sebab lelaki ni akan naikkan rating dia kalau dia bersikap kurang ajar!Ya!Antara punca kenapa rating dia tak boleh turun adalah sebab lelaki ni!Lelaki ni nak dia dapat rating 10 supaya boleh gagalkan dia dan buatkan dia bayar semua kos pembelajarannya di sini.

Sebab itu la dia bencikan lelaki depannya ini!

"Rasanya kamu tahu apa yang saya perlukan dari kamu sekarang?"Tristan jalan mendekati Aaliyah dengan tangan di dalam poket seluar.

Diam-diam Aaliyah mengepal penumbuk pada kedua-dua tangan yang di sorokkan dekat belakang badannya. Jangan nak mulakan eh! "Saya tak faham apa yang sir mahukan dari saya."nafi dia sambil berdiri teguh di situ. Ingat dia nak berundur!Jangan ingat lelaki ni counselor dia akan takut. Ingat dia tak berani nak balas balik ke!

Dua langkah dari Aaliyah, Tristan berhenti dari berjalan. Dia tunduk memandang Aaliyah dengan senyuman sinis di bibirnya. "Permohonan maaf kepada saya atas tindakan kamu melakukan vandalisme terhadap kereta saya, Aaliyah."

Hah!Padan muka. Itu baru pelekat notpad. Belum lagi cat. "Vandalisme?Saya tak tahu apa yang sir maksudkan. Sir ada bukti ke yang saya bertanggungjawab untuk kereta tu?"balasnya dengan nada bersahaja dan muka tak bersalah.

Tristan tersengih kagum kemudiannya, dia tilik wajah student di depannya dalam-dalam. "Kamu sengaja bukan?Nak cari perhatian saya seperti pelajar perempuan lain lakukan?"tuduhnya.

See!Lelaki mulut longkang depan dia ni suka sangat tau pandang serong dekat dia. Mana dia tak benci!Dasar lelaki menjengkelkan!Macam dah tak ada orang lain ke yang nak diganggu?

"Saya?Cari perhatian sir?Ahaha.."ketawanya dengan perlahan. Tidak mahu membuat bising di dalam perpustakaan. Tempat suci yang tak patut dicemari sebarang bunyi! "You see here Mr. Tristan. I don't give any f*cking care about you or yours attention.Okay?"katanya dengan sisa ketawa dibuat-buat. Tak kelakar pun. Tapi saja nak annoying kan lagi pensyarah di depannya ini. "Sama ada sir percaya atau tidak. Saya tak lakukannya. Dan saya bukan cari perhatian sir. Sebolehnya saya nak jauhkan diri. So...eloknya sir pun buat begitu. Jauhkan diri dari saya dan lenyap dari muncul di depan mata saya. You know...you do you, I do mine."beritahu dia dengan renungan jengkel.

Rahang Tristan berketik lepas dengar. Pelajar 18 tahun didepannya benar-benar buatkan darahnya menggelegak!Dia tahu!Dia tahu Aaliyah yang bertanggungjawab di atas onar yang dilakukan terhadap keretanya hujung minggu lepas!

Berdiri saja Tristan di hadapan Aaliyah dia membongkok sedikit ke depan. Matanya dikecilkan memberi renungan curiga memberi cabaran.

"Fine...kamu tak nak mengaku. Kalau begitu terpaksa la saya beritahu pada Lembaga peperiksaan yang hasil keputusan Farina adalah hasil meniru yang kamu lakukan untuk dia?"ugut Tristan dengan nada bersahaja yang dibuat-buatnya.

Aaliyah yang dengar tidak tunjuk reaksi terkejut. Dia matian-matian berusaha kawal dirinya dari menjerit di situ.Haish!Macam mana Tristan boleh tahu?

"Mengaku atau tidak?"Tristan dekatkan lagi mukanya ke Aaliyah.

Mata Aaliyah gerak memandang mata Tristan taktala wajah lelaki tersebut semakin mendekat. Dia ketap giginya erat-erat. Hampir hendak memaki hamun saat itu jugak. "Fine. Ianya memang salah saya."akur dia. Nama baik Farina tak boleh terjejas!

Senyuman sinis meleret, barulah Tristan jauhkan muka diri dari Aaliyah. "Kan bagus kalau dari awal mengaku."senyum dia waktu itu sebelum berubah 360 darjah kepada serius. "Surat penalti akan sampai pada kamu nanti Aaliyah Ingrid!"beritahu dia sebelum bergerak melepasi Aaliyah begitu sahaja.

Bengang dengan keadaan itu Aaliyah pusingkan badannya lalu pandang belakang badan Tristan dengan kening berkerut tak puas hati.

Grrr!

Dasar si parasit!

Argh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience