Dalam akademi ni kan, banyak-banyak kelas yang ada, kelas tiga tahun kedua semester kedua adalah kelas paling digemari oleh pelajar-pelajar perempuan akademi ni. Kalau boleh semua nak duduk dalam kelas ni. Dan kalau boleh mereka semua mahu di ajar dalam kelas ni sampai akhir tahun.
Sebab apa?
Ya mesti la disebabkan oleh orang yang mengajarnya sendiri.
Lain tak bukan, Encik Tristan Oliver sendiri. Ketua kaunselor dan juga pensyarah yang mengajar subjek algebra dan calculus moden.
Tapi bukan semuanya begitu. Ada aje yang tidak kisahpun. Tapi boleh dikatakan kesemuanya begitu meminati pensyarah yang mengajar subjek paling rumit dalam akademi ini. Dan orang itu antaranya Aaliyah Ingrid sendiri.
Yup. Dia bukan sekadar tidak suka pada matapelajaran tersebut tapi orang yang mengajarnya sekali~!
Ugh!
Tak memasal betul!Pelajar senior lain dah rehat, sementara dia kena duduk dengan budak tahun dua ni dan tercongok dalam kelas membosankan ni! What a boomer!
"Baik la..siapa yang boleh jawab soalan ni?"aju Tristan pada para pelajarnya selepas selesai menulis soalan di papan hitam.
Dengan serentak, semua pelajar perempuan dalam kelas tu berebut angkat tangan dan melaung 'saya' mencari perhatian Tristan. Tapi tidak yang seorang tu. Pelajar lelaki macam biasa la, mereka hanya duduk dekat situ sebab mereka memang tak peduli untuk susahkan diri jawab soalan yang entah apa-apa tu!Mata Tristan gerak ke sekeliling kelas tu dan melihat wajah pelajar perempuan yang kelihatan begitu semangat nak jawab soalan sebelum jatuh ke pelajar perempuan yang duduk paling hadapan di depan kelasnya.
Sudahlah tidak mengangkat tangan, malah buat muka dengan tangan bersilang di dada. Nampak sangat la tak kuasa nak duduk dalam kelasnya ketika itu.
"Kamu.."tunjuk Tristan pada pelajar perempuannya yang tidak mengangkat tangan.
Habis semua pelajar perempuan di situ tarik muncung kecewa mereka taktala melihat Tristan memilih senior mereka bukannya mereka. Sia-sia saja mereka berias cantik dan belajar lewat malam tadi semata nak score kelas ni!
"Tak tahu."jawab Aaliyah dengan nada malasnya tanpa memandang Tristan. Pensel yang ada di tangan dicoret-coret pada permukaan buku teks.Rasanya kalau dia ke kafe sempat tak makan?Ke order je dekat luar?
Tristan pandang Aaliyah dengan kening terangkat sebelah. "Kamu tak tahu?"
Masih menopang bawah rahangnya, Aaliyah gerakkan mata dia ke Tristan. Pekak ke?Tak nampak yang dia tak minat nak hadiri kelas ni?Di tanya lagi! "Ya...saya tak tahu.Sir nak saya ulang banyak kali ke?"kata dia dengan dada berdenyut sakit hati. Pandang muka ni je dah buat dia jengkel. Buat dia teringat akan usaha dia siapkan tugasan terakhir semasa semester lepas untuk subjek ni dan untuk kelas Tristan. Tiga hari tiga malam dia bertungkus lumus menyiapkannya, dan lelaki depannya dengan mudah berikan dia 'D' untuknya. Kalau ya banyak salah, bagi la 'C' ke apa. Sekurang-kurangnya dia buat dan hantar tepat pada masanya! Ini tidak terus diberikan gagal tanpa belas kasihan sama sekali.
What a man!
"Bangun Aaliyah."arah Tristan dengan nada mendatar dan renungan seriusnya.
Grr!Aaliyah jeling geram ke Tristan. Lelaki ni nak malukan dia la tu! Fine. Marila!Dia okay je! Dengan kasar dia bangun berdiri dari situ.
"Datang ke depan dan selesaikan soalan ni."arah Tristan sambil menghulur marker pen putih ke Aaliyah.
Mata Aaliyah pandang ke marker itu sebelum naik memandang Tristan. "Saya rasa saya dah cakap jelas-jelas pada sir tadi...Saya. Tak. Tahu."beritahu Aaliyah yang menekan ayat terakhirnya satu persatu. Kepalan penumbuk digenggam dengan erat.
Tristan tenung Aaliyah lama-lama. Kecik besar je dia perhatikan pelajarnya yang seorang ni. Orang lain elok je. Kenapa ya Aaliyah saja yang suka tunjuk perangai memberontak pada dia. Kalau pensyarah lain boleh saja Aaliyah hormat. Bila giliran dia, bukan main lagi kurang ajarnya!
Pelajar perempuan yang duduk di sebelah meja kemudiannya mengangkat tangan. "Tak apa sir. Biar saya jawab soalan tu."ajunya dengan bersemangat.
"Kalau begitu kamu berdiri sehingga kelas dua jam ni tamat di situ."arah Tristan sambil tunjuk dinding sebelah pintu.
With my pleasure!Aaliyah terus bergerak ke arah dinding di situ dan berdiri membelakangkan Tristan. Tak kuasa dia pandang pensyarahnya yang seorang ni. Lagi elok pandang dinding depannya ini.
Tengok tu!Tristan pandang bengang ke Aaliyah. "Hadap kelas Aaliyah Ingrid!"arahnya bila nampak Aaliyah membelakangkan dia.
Hish!Aaliyah palingkan badan dia ke Tristan dengan kening mencerun marah. Banyak bunyi betul la!Dia dah berdiri dekat sini pun dah kira untung tahu!Kalau ikutkan hati lama dah dia angkat kaki keluar dari sini.
Lepas Aaliyah pandang dia, Tristan kembali fokus kepada sesi mengajarnya.
Aaliyah dekat situ hanya buat muka tak pedulinya dan pandang ke tempat lain. Mana-mana saja kecuali ke Tristan!
Entah macam.mana boleh pulak ada kdrama hierachy sama macam tajuk novel ni. But to be truth, Tinta tak copy paste drama korea tu tau. Novel ni memang dah lama ada dalam simpanan sejak 4 tahun lepas.
Share this novel