Episode 55 : Si Stalker!

Family Completed 7596

Kelas 1-3-6 tertera pada papan nama di dinding kelas pelajar tahun terakhir yang menempatkan pelajar rating atas dari 7 berada. Kelas yang menempatkan Isaac, Ken dan Hector bersama. Dan kelas yang mana hanya di huni tiga orang ini sahaja. Kenapa?Sebab di tahun terakhir, tak ramai pelajar memiliki rating tertinggi seperti mereka. Kebanyakannya semua bawah dari 8. Mereka dapat benefit ini kerana kurikulum dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang diadakan oleh akademi selama tiga tahun belajar di sini sejak berusia 16 tahun lagi.

"So?"tanya Isaac pada tiga orang pelajar yang dia kutip dari tahun tiga semester lima dan jugak tahun dua semester empat. Tiga orang yang bertanggungjawab buat kerja tak guna dengan sebarkan cerita tak elok mengenai Aaliyah.

"Kau baik sangat tu...lempuk je dia orang. Bukak la mulut tu nanti.."beritahu Hector semasa dia sedang menyelesaikan tugasan kimia dan jugak sejarahnya.

Sementara Ken tengah sibuk menaip sesuatu di laptop.

"Yang mana satu...Farina...or Ian?"tanya Isaac lagi sambil mengetuk-ngetuk hujung besi besbol yang di pegangnya ke lantai sewaktu duduk mengkangkang depan tiga orang tu.

Mereka yang melutut di situ tak tahu nak cakap apa hanya mampu tundukkan kepala ke bawah.

"Beritahu la...aku ada benda nak study ni!" keluh Isaac yang angkat besi besbol tu lalu menujah dada pelajar lelaki yang berada di tengah menggunakannya. "Siapa arahkan kau orang ambil gambar Aaliyah dan sebarkannya dengan maklumat yang salah?"

Pelajar perempuan di sebelah kanan angkat kepala. "Mana ada maklumat yang salah. Ianya perkara yang betul. Sah-sah dalam gambar tu tunjuk Aaliyah terima wang dari seorang lelaki tua yang kaya."

Elok Hector tunduk dia terus angkat kepala.Sambil pandang dengan renungan jengkel, dia gengam pen tu dengan erat. Mujur dia tak sentuh perempuan. Kalau tidak, lama dah mulut tu pecah dikerjakan dengan dia.

"Apa kau cakap?"soal Isaac. "Kau tahu siapa lelaki tua yang kau sibuk tuduh dan kutukan tu?"tanya dia dengan nada serius.

Pelajar perempuan tu terdiam. Lalu menggeleng kepala sewaktu tundukkan kepala semula. Mana la dia tahu semua tu.

Isaac tersengih sinis sejurut itu. "Still kau orang sebarkan jugak cerita yang tak sepatutnya. Dan sekarang kau orang kena bayar untuk semua tu."beritahu dia.

Pelajar perempuan sebelah kiri kemudiannya menyampuk. "Kenapa?Senior nak belasah kami macam mana senior buat dekat Jacob macam tu?"

Ken yang sedang memandang skrin laptop gerakkan matanya ke pelajar perempuan tu. "Jangan risau. Kami tak sentuh perempuan." sebab bukan mereka yang akan belasah mereka nanti.

"Of course....dengan perangai tak semengah kau orang ni, kena la di ajar supaya kau orang takkan buat benda ni lagi"balas Isaac pula. "Dan betul. Kau orang berdua jangan risau...kita orang tak belasah orang perempuan...so kau.."dia tunjuk ke lelaki di tengah-tengah. "Get ready okay. Sebab ada tiga round kau kena hadap lepas ni."

Pelajar lelaki tu membutang mata memandang Isaac sewaktu mendengarnya.

Knock!

Knock!

Seperti tahu-tahu pada masa itu pintu bilik tersebut turut di ketuk. Membuatkan tiga orang pelajar malang tadi pandang ke arah daun pintu tersebut dengan serentak.

Sementara Isaac, Ken dan Hector yang tahu siapa yang datang, tidak susahkan diri untuk pandang. Malah mereka buat tak tahu.

"Lambat kau datang?"tanya Isaac sewaktu pandang ke jam di pergelangan tangan kirinya.

Pada masa itu la Aaliyah berjalan masuk ke dalam kelas tersebut dengan gaya samseng mengunyah gula-gula getah di dalam mulut. "Kelas habis lambat."balasnya dengan nada malas. "Ada apa ni panggil saya ke sini?"tanya dia sambil tutup pintu di belakangnya.

Isaac tarik sengih jahat dia masa pandang dua orang pelajar perempuan di situ. "Princess...kenalkan...Tania, orang yang cuba fitnah kau pada Lucas dengan mengatakan kau curang pada dia. Kaira, orang yang bertanggungjawab post rumor palsu di fac akademi. Akhir sekali Aaron, lelaki yang bertanggunjawab stalk kau di hotel hari tu."beritahunya.

Mendengar makluman itu buatkan Aaliyah berdiri di sebelah Isaac lalu pandang tiga orang di depannya dengan renungan kagum. "Macam mana awak semua boleh tahu siapa orangnya dalam masa secepat ni?"tanya dia. "Curang?Kau tuduh aku curang pada Lucas?"pandang dia ke Tania dengan muka terkejut. Sejak bila pulak hal tu berlaku? Kenapa Lucas tak cakap apa-apa pada dia mengenai hal ni?

Tania pandang takut ke Aaliyah, dia tak tahu nak cakap apa sebab dia terkejut sangat dengan situasi yang sedang berlaku di depannya sekarang ni!Kenapa Aaliyah boleh berkerjasama dengan mereka?Apa hubungan Aaliyah dengan mereka semua?

Isaac dongak memandang ke tepinya. "Adalah. Kalau beritahu semua mana seronok. So..dipersilakan."Isaac bangun dari situ sambil serahkan besi besbol ke Aaliyah.

Mata Aaliyah tunduk memandang besi besbol itu sebelum naik memandang muka Isaac. "Untuk apa ni?"tanya dia dengan bingung.

"Hari ni aku bagi kau pelepasan untuk belasah orang."beritahu Hector sewaktu tekan kalkulator mengira sesuatu.

"Ya."Ken tunduk mengeluarkan buku catatan dari beg yang ada di bawah mejanya sebelum duduk tegak semula untuk periksa sesuatu di dalamnya. "Memandangkan kita orang tak boleh sakiti perempuan, terpaksa la kau yang menggantikan tempat kita orang.."sambungnya lagi.

Dengan laju kepala Aaliyah berpaling ke belakang. Dua orang abangnya yang sedang sibuk belajar itu di pandang dengan mata dikecilkan."Serius?"soal dia dengan terkejut. "Kau bukan nak kenakan aku kan?"soal dia dengan curiga. Takut-takut abang dia akan beritahu hal ni pada ibu mereka pulak.

"Tak. Kita orang cover kau."jawab Hector sambil selak buku teks dan membaca butiran yang ada di muka surat itu kemudiannya.

Ya ke?Kalau macam tu...maknanya dia boleh-"Saya boleh la belasah mereka ni?"tanya Aaliyah semasa palingkan kepala semula ke mereka bertiga di situ.

Isaac tersengih. "Suka la tu..."tanya dia sambil capai beg galas yang ada di bahu Aaliyah lantas alihkannya untuk mudahkan Aaliyah.

"Sure..."setuju Aaliyah sambil kunyah gula-gula getahnya dan bercakung depan mereka. "Should we start the game now?"ajunya.

Terketar-ketar takut seperti melihat malaikat maut mahu menjemput kematian mereka. dua orang pelajar perempuan itu pandang tak berkedip ke Aaliyah. Apa yang perempuan gila ni akan buat pada mereka. "Si-siapa kau sebenarnya hah?"tanya Kaira pada Aaliyah tergagap-gagap.

Dengan serentak, Isaac, Hector dan Ken mengangkat kepala mereka memandang ke arah Aaliyah. Takkan la Aaliyah nak beritahu identity sebenar kepada Tania?

"Aku?"tanya Aaliyah sambil pegang dadanya sendiri.Heh!Siapa dia itu rahsia. Mana boleh beritahu sekarang. "Well...you can call me as a person that love rating so much...how about that?"kepalanya di lentokkan sedikit semasa berkata.

"Kita orang tak takut. Kau sentuh kita orang, kita orang beritahu semua orang dalam akademi siapa sebenarnya kau!"cabar Aaron pula.

Aaliyah ketawa setelah itu. Apa mamat ni cakap?Nak beritahu?Seriuosly?Dah tak ada modal lain nak guna ke untuk ugut dia. "Dipersilakan sangat dialu-alukan. Tapi itu la, siap sedia untuk turun ke rating lebih bawah dari apa yang kau orang miliki sekarang."ugut dia. See ini baru namanya mengugut.

Terkatup terus mulut Aaron lepas tu. Tak mungkin!

"Maafkan saya Aaliyah. Saya janji saya takkan buat lagi.."rayu Tania tiba-tiba dengan muka kemerahan hendak menangis.

Melihat muka itu, buatkan Aaliyah mencebik bibir kasihan.

"Alolo...sedih ya. Tak apa. Jangan takut. Sekejap je. Kalau kau tak menjerit, aku akan lepaskan kau awal okay?"pujuk Aaliyah sambil bangun dari situ untuk tanggalkan kot dari badannya. Lama dah dia tak buat perangai hantu dia ni!

Isaac gerak menarik kolar baju Aaron lalu heret lelaki tu jauh dari situ untuk beri ruang kepada Aaliyah. "Kau orang nak asing atau serentak?"tanya dia pada Hector dan Ken sewaktu tunduk memandang Aaron di lantai depan kakinya.

"Aku siapkan kerja aku dulu. Kau buat la.." jawab Hector tanpa berhenti dari menulis.

"Aku join."beritahu Ken kemudian semasa bangun dari situ sambil menarik tali leher longgar dari kolar bajunya. Otak dia perlukan rehat dari menghadap tesisnya.

Aaliyah patah-patahkan jari sebagai persediaan untuk membelasah dua orang minah didepannya.

Sementara Ken rengangkan leher dan bahu dia sebelum asap kepalan penumbuknya pada tapak tangan sendiri.

Hector yang perlu focus itu kenakan air pod di telinga lalu dengar lagu melaluinya. Dan meneruskan kerja dia seakan tiada apa-apa yang sedang berlaku dalam kelas itu.

Pada masa itu la, bunyi debukan orang di pukul dan di sepakan kedengaran.

Hahaha...banyak sangat chapter yang ni..jd tinta malas nak edit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience