Episode 32 : Anak Direktor Vs Anak Dekan

Family Completed 7596

Baki hari Aaliyah berjalan seperti biasa setelah itu. Tiada isu yang bangkit dari kejadian di gimanasium setelah itu. Yang mana pasukan Kaider memenangi perlawanan bola beracun itu selepas Aaliyah di bawah ke bilik rawatan. Kata Kaider pasukan lawan kelihatan agak terganggu fokus mereka lepas kejadian yang menimpa diri Aaliyah. Dengan itu Kaider gunakan ia sebagai peluang untuk menang. Maka mereka menang la. Pasukan yang kalah terpaksa berikan rating kepada ahli pasukan yang menang setelah itu.

Petangnya seperti yang diarahkan, Aaliyah walaupun dalam keadaan sakit tetap jalankan sesi tutor bersama Lucas. Pada awalnya kelas tu berlangsung dengan baik dan mendapat kerjasama dari Lucas. Kemudian sejam setengah kemudian, Lucas dah mula bosan dan muak untuk belajar. Jadi lelaki tu tak habis-habis hendak mengjengkelkan Aaliyah dengan menanyakan Aaliyah pelbagai soalan termasuk la soal Ian. Asalnya Aaliyah tak nak pedulikan semua soalan tu, tapi disebabkan Lucas asyik desak dan ugut dia, terpaksa la Aaliyah ceritakan kepada Lucas tentang siapa Ian dan semua soalan yang lelaki tu tanyakan mengenai Aaliyah.

Esok paginya, Aaliyah masuk ke akademi lewat sebab terlewat bangun, Jadi dia tak sempat nak temui Farina sehingga la dia masuk kelas dan menjalani dua sesi kuliah pada pagi tu. Duduk la dia dalam kelas tu Bersama Lucas dekat sebelah yang sememangnya tak suka belajar. Disebabkan Lucas anak dekan, tak kira la apa yang Lucas buat dalam kelas, tidur ke, dengar lagu ke, pejam mata ke, tak buku teks ke, pensyarah sikit pun tak berani nak tegur.

KEDEGANG!

Dengan kasar pintu kelas tu di buka hingga menyebabkan daun pintu itu menghentak dinding dengan begitu kuat sekali.

Habis melompat dan melatah pelajar dalam kelas tu kerana terkejut. Masing-masing pandang ke arah pintu itu dengan muka terperanjat mereka. Ada jugak yang berniat hendak marah, sekali tu bila mereka terpandang akan orang yang berjalan masuk ke kelas tu dengan gaya samseng mereka terus terbatal niat masing-masing.

"Oops...sorry. Terkejut ke?"tanya Ken dengan sengih nakal dia semasa berdiri di depan kelas Kaider.

"Ada apa ni Ken?"tanya Kaider sambil berkerut kening tak suka melihat kehadiran ketua disiplin akademi mereka itu di dalam kelasnya.

Ken seluk tangan ke dalam poket seluarnya. "Don't worry. Aku tak lama. Aku cuma nak cari~~"katanya dengan meleret sambil pandang sekeliling kelas tu. Mencari seseorang, tapi tidak kelihatan pulak kelibat orang yang di cari. "Aaliyah.."sebutnya sewaktu mata dia berhenti di sebuah meja dimana satu kepala sedang tertunduk di bawah meja menyembunyikan diri. Hah itu dia!"Jumpa pun."sebut Ken sebelum tersengih dan jalan memasuki lorong barisan meja di situ.

Semua kepala berpaling ke arah Ken sewaktu lelaki tu mendekati meja dimana Aaliyah dan Lucas duduk. Disebabkan mereka tahu senior mereka ini bagaimana orangnya, tiada seorang pun berani nak masuk campur walaupun mereka mahukannya.

Lucas yang sedang duduk tegak mendengar lagu melalui headfon di kepala dan memejam mata langsung tak perasan akan situasi tersebut.

Kecuali Aaliyah yang sudah pun bercakung dekat bawah meja tu nak menyorok dari ditemui Ken.

Namun begitu Ken sudahpun berdiri di situ. Dia cekau kolar belakang kot Aaliyah lalu tarik badan tu supaya bangun dari situ. "Bangun sekarang."arah dia.

Aaliyah kemudiannya pandang ke Lucas. Dia tak nak ikut Ken! Jadi dia secara refleks cengkam lengan Lucas dengan erat dan cuba tarik dirinya lepas dari cengkaman itu. "No!"

"Ikut aku sementara aku suruh kau elok-elok Ingrid!"tegas Ken sambil menarik Aaliyah supaya keluar dari meja tu.

Kebetulan pula Aaliyah duduk bersebelahan dengan Lucas. Memang jadi sasaran Aaliyah sekali la nak lepaskan diri daripada diheret oleh Ken.

"No!Aku taknak!"

Makin kuat rentapan Ken pada lengan Aaliyah. "Ikut sekarang "

Tindakan Ken itu telah membuatkan Aaliyah memegang lengan Lucas di sebelah. Dan lelaki itu pulak ada masa tu sedang meletakkan kepala atas lengan. Sedang tidur.

Terbuka terus mata Lucas, sambil berkerut kening dia palingkan kepalanya ke sisi lalu ternampak Aaliyah. Gadis itu memandangnya dengan riak susah hati.

Mata Ken kemudiannya turun ke Lucas. Dia sikit pun tak tunjuk rasa takutnya pada anak dekan itu. Percaya atau tidak, kalau dekan di beri pilihan sama ada Lucas atau dirinya, dekan akan pilih Ken dari anak sendiri!

Kenapa boleh macam tu?

Lucas sendiri tahu apa alasan tu!

"Lucas tolong saya.."minta Aaliyah sambil pegang kuat kain kemeja Lucas.

Apahal minah ni?Lucas berkerut kening tidak mengerti. Sekali bila dia dongak ke tepi, matanya terus terkunci dengan sepasang mata.

"What's up..."sapa Ken yang masih memegang belakang kolar baju Aaliyah.

Rahang Lucas berketik. Jelas-jelas urat di muka nya bergerak tanda yang dia mengetap gigi dengan kuat selepas dia pandang Ken. Perkenalkan, ini la anak kepada seorang daripada direktor akademi ni. Atasan ayah dia. Dia kenal sebab selalu jumpa kalau ada parti atau event diadakan oleh Lembaga pengarah akademi ni.

"Let's go Ingrid!"arah Ken lagi.

"Taknak la!"gelut Aaliyah cuba meminta tolong kepada Lucas.

Bersama dengusan menyampahnya, Lucas terus merentap tangan dia dari cengakaman Aaliyah lalu silangkan tangan ke dada. Tidak peduli apa saja urusan Aaliyah dengan Ken, dia tak nak terlibat.Sebab dia tak mahu susahkan ayahnya yang boleh buatkan reputasi terjejas dan dia dalam masalah besar.

Tersentap Aaliyah menengok reaksi Lucas. Asal tak guna sangat punya perangai ni!?Kenapa mamat ni tak pedulikan dia? Tak nampak ke dia tengah terdesak sekarang ni!Gahhhhhh!!!!!!!

"Jom princess...ada urusan kita kena settle kan.."tarik Ken setelah itu.

"Urusan apa?"tanya Aaliyah sambil bergelut hendak berjalan dengan betul.

Semua di dalam kelas itu pandang dengan tertanya-tanya sewaktu Aaliyah di bawa keluar dari kelas tu oleh senior mereka. Seorang dari mereka yang duduk di penjuru kelas buat muka kesalnya lalu palingkan kepala ke luar tingkap sambil menyilang tangan ke dada. Gigi terketap erat!

A few days later Tinta maybe tak dapat nak update sebab wifi dkt rumah ada problem. Meanwhile Tinta tak guna data phone. Jd akan take time untuk dpt new chapter sehingga la wifi di betulkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience