Di suatu pagi yang indah. Cuaca cerah. Suhu yang menyelesakan. Udara segar yang menenangkan. Suasana pula kelihatan hangat dan harmoni. Namun ianya tidak berkekalan lama....
Sampai-sampai saja di dalam bangunan, Aaliyah di sambut dengan renungan serong dan jelingan tidak suka dari pelajar-pelajar sekeliling. Mana dia pergi, mana dia berjalan, semua mata dan bisikan halus pasti akan mengiringi perjalanannya.
Memangnya apa yang tak kena?
Dia fikir dia period ke?
Salah pakai baju ke?
Muka comot ke?
Salah pakai kasut ke?
Apa ke?
Bila di check. Elok je semua. Tak ada apapun yang tak kena dengan dia!Apa bendanya yang tak kena tu?
"BOO!"sergah Lucas tiba-tiba dari belakang lalu merangkul bahu Aaliyah dengan bersahaja.
Terkejut sedikit dengan sergahan itu, Aaliyah palingkan kepala ke sisi lalu dongak memandang tepi muka tu. "Did I look strange today?"tanya dia sambil berjalan merentasi koridor untuk masuk ke kelas.
Lucas palingkan kepala. Dia kemudiannya tunduk lalu memandang Aaliyah dengan kening berkerut dan mata di kecilkan. Cuba mencari apa yang kurang dekat muka Aaliyah. "Ah...yes..this one."dia kiss dahi Aaliyah dengan senyuman di bibir.
Haish!Rusuk Lucas di siku dengan perlahan olehnya. "Saya serius ni. Saya nampak pelik ke?"
Lucas ketawa kecil. "Apa yang kau cakapkan ni?Kau Nampak okay je. Cantik macam biasa. Comel macam biasa. Sassy dari biasa. Kenapa?"jawabnya dengan jujur.
Sambil berkerut kening tak puas hati, Aaliyah pandang ke depan dimana pelajar-pelajar yang melewati dia sedang pandang dia dengan jelingan mencurigakan mereka. "Habis tu kenapa dia orang pandang saya macam tu?"
Lucas ikut pandang ke sekeliling mereka dan turut perasan akan apa yang dimaksudkan oleh Aaliyah. "Oh...ini. Kau tak tengok lagi ke fac akademi?"tanya dia setelah itu sewaktu pandang Aaliyah semula.
Huh?"Fac?"tanya Aaliyah sambil pandang ke Lucas. "Ada apa dengan FB akademi?"
Lucas pun seluk tangan ke dalam poket kotnya sebelum berhentikan mereka dari berjalan lalu berdiri menghadap Aaliyah. "Ini...dah heboh satu akademi pasal rumor ni..disebabkan aku tahu apa yang berlaku, aku buat tak kisah. Aku ingatkan kau dah tahu.."beritahu dia semasa sentuh itu dan ini pada skrin telefon sebelum menyuakan telefonnya kepada Aaliyah.
"Saya tak pegang phone...."gerutu Aaliyah dengan bibir tercebik geram. Ibu dia larang dia memiliki telefon. Nak buat macam mana.
"Iya ke..sorry tak tahu. Nah tengok."Lucas kemudiannya berdiri di sebelah Aaliyah. "Khabar anginal tersebar mengatakan kau...keluar dengan seorang lelaki tua yang kayar raya di sebuah hotel mewah. Dalam caption gambar ni mengatakan kau diberi bayaran sebagai sugar baby.."
Sambil mendengar kata-kata Lucas, sambil tu Aaliyah tunduk memandang skrin telefon. DI skrin itu memaparkan gambar dia mengenakan dinner dress berdiri di tepi sebuah kereta sementara satu tangan lelaki menghulur dia sekeping kad kredit.
What the hell!
Ianya adalah malam dimana dia keluar makan Bersama ahli keluarganya. Yang hulurkan kad kredit itu adalah ayahnya. Kata orang tuanya itu, dia asyik kenakan pakaian yang sama. Jadi mereka berikan dia kad kredit supaya belanja dan beli pakaian yang baru. Sepatutnya Hector dan Ken bersama dengan dia ketika ini di luar hotel, tapi dua beradik tu pergi ke tandas. Itu yang dia berdiri dekat tepi kereta depan pintu tempat duduk belakang sambil mengambil kad kredit yang diberikan.
Tak tahu pulak gambar ni boleh diambil secara rahsia dan disalah ertikan.
"Dari mana gambar ni di ambil?Siapa yang post?"tanya Aaliyah yang dongak memandang Lucas di sebelah.
Lucas menjungkit bahu. "Tak tahu...tapi bukan ke ini ayah kau?Dan malam ni kau keluar makan malam dengan mereka kan? Sekalipun dia berikan kau wang atau kad kredit aku tak fikir ianya satu masalah."tanya dia sambil capai telefonnya semula lalu di seluk ke dalam poket kot kembali.
Aaliyah mengetap gigi. Ini lain tak bukan, mesti ada orang yang cuba nak jatuhkan rating dia. "Ha'ah...ayah berikan saya kad kredit ni untuk saya berbelanja. Tak sangka pulak ada yang salah guna gambar ni dan sebarkan rumor yang tak sepatutnya."sebab ini ke kenapa orang pandang serong dekat dia sejak masuk tadi?
Tak guna betul!
Lucas tersenyum nipis.
"It's okay...dia orang tak tahu. Biar kan je la. benda kecik. Nanti lama-lama dia orang lupa la tu. Apa yang penting, kau tak buat apa-apa yang salah pun."pujuk Lucas sambil merangkul belakang bahu Aaliyah semula lalu bawa mereka berjalan semula.
Bersama renungan marahnya, Aaliyah pandang ke depan sambil mengepal penumbuk. Tak guna betul! Tunggu la sampai dia dapat tahu siapa orangnya. Akan dia kenakan lebih dari ni!
Share this novel