Dengan kepala tertunduk ke bawah, dia pandang kasutnya. Tidak berani nak angkat kepala kerana sedih dan takut. Buat pertama kali dalam hidupnya dia berada dalam balai polis begini.a
Keadaan begitu riuh rendah. Dengan suara orang maki hamunnya, suara marah-marah dan menengking lagi. Belum lagi pegawai polisnya. Makin bertambah-tambah bingit la jadinya.
" SALAH KAU KAN, ASAL AKU PULAK YANG KENA MINTA MAAF!?"
"HEI!BOTAK!SIAPA YANG MULAKAN DULU MASALAHNYA SEKARANG!!!"
"Sudah la tu!"
"KAU DAH BESAR SANGAT KE!MARILAH BERADU ONE TO ONE!"
"MARILAH!KAU INGAT AKU TAK BERANI!"
"Apa nak jadi dengan kamu semua ni?Dah besar la. Bukan Budak-Budak lagi?"bebel pegawai polis di depan mereka.
"Dia yang mulakan dulu!"tunding Ian pada lelaki yang berlebam dekat kerusi menghadap pegawai polis.
"Masalahnya kamu tu pelajar, dia tu orang dewasa. Minta maaf saja la."
"Buat apa kami nak mintak maaf kalau yang salahnya bukan kami.."cebik rakan Ian pula.
"Hah...tengok la ni...menjawab je kerjanya. Apa nak jadi. Kamu yang membelasah, kawan perempuan kamu yang cedera...tak kasihan ke dekat dia?"pegawai polis itu tidak semena tunding ke Aaliyah yang sedang berdiri dekat tengah-tengah enam lelaki di situ.
"Sebab itu la kami marah. Dia yang buat kawan kami begini."luah Jayden pula.
"Dia cakap bukan dia yang buat!"ujar pegawai polis tu lagi.
"Dia yang serang kawan kami dulu. Ramai saksi. Kalau tak percaya tanya la mereka.?"bidas rakan Ian yang lain.
"Sudah. Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Saya dah hubungi kaunselor akademi kamu untuk bawa kamu pulang. Lain kali saya nampak muka kamu di sini lagi, memang penjara la tempat kamu bermalam."
Kepala Aaliyah tersentak naik bila dengar perkataan kaunselor. Dia pandang terkejut ke polis itu. Kaunselor yang mana satu?Huh?Jangan beritahu dia kaunselor tu adalah orang yang dia fikirkan!Haish!Isu penalty dia yang baru diberi pun belum settle. Nak ditambahkan lagi?Sambil buat muka menahan sakit, dia pegang tepi pipinya yang berlebam gara-gara tertumbuk tadi.
Ian berdiri rapat ke Aaliyah. "Sakit sangat ke?"tanya dia sambil pegang belakang bahu tu.
Dengan marah Aaliyah palingkan kepalanya ke Ian dan pandang muka tu. "Kau rasa?"tanya dia. Mesti la sakit! "Kau pun satu. Perlu ke lawan kata-kata dia orang? Tengok sekarang apa dah jadi..."desisnya semasa menepuk dada tu dengan jengkel.
Ian berkerut kening lepas tengok tulang kanan pipi Aaliyah yang sudah kebiruan."Sorry la. Dah dia cakap benda tak elok pasal kau. takkan aku nak diamkan je."tangan Ian naik nak pegang kesan lebam tu. Takut patah ke apa ke...mana tahu kan.
Aaliyah terus menepis tangan Ian dengan geram.
Pada masa itu pintu kaca balai itu terbuka dan seorang lelaki berkot labuh berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Buatkan beberapa orang pegawai polis yang bertugas di situ palingkan kepala nak pandang.
"Encik Tristan."panggil seorang dari mereka yang menyedari siapakah lelaki berwajah serius yang berjalan masuk ke situ.
Seperti anak kambing kena kepung dengan serigala, lima orang rakan Ian palingkan badan menghadap pintu masuk tu, sementara Ian berdiri kaku dekat situ dan Aaliyah menyorok dekat tepi badan sepupunya. Tidak mahu di lihat oleh Tristan.
"Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?"soal Tristan melirik ke enam orang budak lelaki yang berdiri satu barisan di situ sebelum pandang ke pegawai polis di depannya.
"Bukan hal besar, pergaduhan kecil yang berpunca dari salah faham. Saya hubungi encik seperti yang encik pesan pada saya sekiranya ada pelajar dari akademi encik timbulkan masalah atau dalam masalah. Maaf la kerana menganggu."ucap polis itu.
"Tak mengapa. Saya yang sepatutnya minta maaf sebab pelajar-pelajar saya susahkan encik malam begini."balas Tristan dengan formal. "Jadi apa yang berlaku sebenarnya?Apa yang mereka telah lakukan?"soal dia dengan risau.
"Bukan mereka, tapi lelaki yang ada di sana tu."polis tu pandang ke arah penjuru bilik dimana lelaki mabuk yang buat hal dan menggangu budak-budak ni. Dia tahu sebab bukan sekali dua lelaki ni kena tahan. Masuk kali ketiga dah ni. "Seorang dari rakan mereka telah diganggu oleh lelaki tu. Oleh mahu pertahankan rakan mereka, enam lelaki ni buat kecoh sewaktu di perlawanan ragbi di stadium tadi."cerita pegawai polis bertugas, Koperal John.
Tristan berkerut kening. Dia kemudiannya tilik setiap muka pelajar tahun akhir dari kelas rating 4 depannya. Sekali tu mata dia ternampak satu bahu di belakang badan seorang dari mereka. Terus mengecil mata dia. "Kamu yang dekat belakang tu...tunjukkan diri sekarang..."arah dia.
Aaliyah yang sedang bersembunyi dekat belakang Ian tersentak. Shoot!Kenapa la nasib dia selalu je malang kalau ada Tristan!Tak ada orang lain apa?Bawah bibirnya di gigit geram sambil memejam mata. Ah!Lantak la situ. Apa nak jadi. Jadi la!
Rakan Ian dan Ian sendiri tak berani nak bergerak. Sebab mereka semua gerun pada kaunselor mereka yang satu ini. Yalah lelaki ni terkenal dengan sikap tegas dan serius. Lagi-lagi mereka ni di ajar oleh Tristan. Lagi la berderau takut dibuatnya. Nanti tak pasal-pasal mereka digagalkan dan kena repeat semester lagi!
"Sekarang."tegas Tristan dengan kening mencerunnya.
Bersama perasaan pasrahnya, Aaliyah gerak ke tepi. Dia keluar dari belakang badan Ian dan tayang muka dia pada pensyarah di depannya.
Terus jatuh air muka Tristan melihatkan Aaliyah di situ. Kerutan marah di kening terus melurut hilang. Terkejut melihat keadaan Aaliyah, dia sendiri tak sedar yang nafasnya ditahan. "Kamu lagi?"tanya dia dengan tergamam yang amat sangat!
Aaliyah lepaskan hela nafas kesalnya lalu jatuhkan kepalanya ke bawah. Habis la dia lepas ni!
Share this novel