Kolam Renang Rating Atas.
Bunyi air terpecik kedengaran dalam ruang kolam renang tu bila ada yang terjun masuk ke dalam kolam dan berenang silih ganti. Ketika orang lain hanya bersantai-santai berenang di situ, hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh membuat kuak rentang dari hujung kolam ke hujung kolam tanpa henti sejak tadi.
Sewaktu seorang pelajar lelaki sedang mendaki naik keluar dari kolam renang tu, pada masa yang sama pintu kaca yang berada di sebelah kanan hujung kolam renang ikut terbuka. Seorang pelajar lelaki lengkap mengenakan uniform berjalan merentasi lantai yang basah itu dengan derap langkah bersahaja dan tangan dalam poket seluar.
Setibanya dia di hujung kolam renang tu, Hector bercakung di situ dengan sebelah tangan di atas lutut. Dia langsung tidak bersusah payah hendak memanggil. Sebab memang dah sedia maklum kehadirannya ke situ.
Perasan akan kehadiran Hector di situ, Isaac yang sedang berenang itu kemudian berhenti dari berenang serta merta. Dia raup mukanya yang basah lalu tarik naik gogel ke atas kepala untuk pandang lebih jelas.
"Apahal pulak kali ni?"tegur Isaac dari balik nafas tercungap-cungap penatnya. Dia cuba berenang ke tepi kolam. Mendekat ke arah Hector.
"Masalah."beritahu Hector sambil tunduk memandang Isaac di dalam kolam renang tu.
Terus berkerut kening Isaac lepas dengar. "Pasal apa?"dia gerak ke pemegang besi yang ada di situ lalu tarik dirinya keluar dari situ dengan mudah.
Hector kemudiannya berdiri setelah Isaac naik ke atas tebing. Dalam-dalam dia menarik nafas sebelum dihela dengan panjang. Tak tahu la nak panik ke nak mengamuk ke nak marah atau terkejut. Hector tidak terkata.
"Aaliyah cedera."beritahunya dengan ringkas dan mendatar
Elok Isaac hendak tunduk mencapai tuala, dia terus berdiri tegak semula dan pandang tak percaya ke Hector. What?
"Apa dia?"
"Tadi aku dengar dari Budak Ragbi Ian, Aaliyah dikejarkan ke hospital lepas kena rempuh dengan budak ragbi masa latihan tadi. Katanya kemalangan dan salah Aaliyah sebab dia ada dekat tempat latihan tu. Ambulans tadi datang bawak dia pergi."jelas Hector mengurut belakang tengkuk. Entah tiba-tiba dia rasa tengang semacam lehernya tu.
"Siapa punya kerja?"Isaac kembali tunduk mencapai tuala lalu lap muka serta badan dia yang basah sebelum rambutnya pula. Tak sangka pulak dia orang akan bertindak secepat ni.
Hector seluk tangan dalam poket seluar semula lalu melepaskan keluhan panjang semasa tundukkan kepala ke bawah. Ahhh!Bengang betul la. "Jacob."beritahu dia setelah itu.
"Ken dekat mana?"tanya Isaac yang kemudiannya mencapai seluar pendek paras lutut dari lantai lalu disarung.
"Aku suruh dia dapatkan si Jacob tu dulu sementara aku panggilkan kau."kata Hector sambil angkat kepala memandang Isaac yang sudahpun siap mengenakan pakaian.
Sandal hitam yang ada di tepi tuala disarung ke kaki sambil berkata."Bawak aku jumpa Ken..."Isaac kemudiannya bergerak pergi dari situ dengan derap langkah lebarnya tanpa berlengah lagi.
Hector ikut di sisi tanpa berkata apa-apa. Keluar saja dari ruang kolam renang tu baru la Hector bersuara semula. "Kau rasa kes ni mastermind yang sama ke?"
Isaac yang sedang memandang serius ke depan hanya diam mengetap gigi menahan sabar. Dikepala dia sekarang ni terbayang apa aje yang dia akan buat pada Jacob nanti! Orang sama atau bukan, tak sepatutnya mereka sakiti Aaliyah macam ni sekali. Takkan la hanya gara-gara kerana rating mereka sanggup sakiti Aaliyah hingga cedera bagai?
Tidak lama mereka berjalan, Isaac dan Hector tiba dibilik rahsia mereka. Masuk saja dalam ruang tu, mereka nampak Ken sedang duduk di atas tembok jendela memetik gitar mendendangkan sebuah lagu. Kelihatan tenang dan bersahaja.
"Mana dia?"tanya Isaac dengan kening mencerunnya pada Ken setelah itu.
Kepala Ken sedang tunduk memandang tali gitar itu pun terangkat. Lelaki itu memandang Isaac tidak beriak. "Tu."juihnya ke tepi kanan bilik.
Sekali pabila Hector dan Isaac palingkan kepala dengan serentak terus ternampak Jacob sedang melingkar di atas lantai dan batang besi besbol tergeletak di tepi badannya.
Keadaan Jacob berpeluh lencun, pakaiannya kotor, wajah itu kemerahan dan basah bercampur dengan air mata dan peluhnya.
"Kau orang lambat."kata Ken yang kembali memetik tali gitar menghasilkan lagu akustik melaluinya. "Bengang punya pasal, aku belasah dia dulu."
Hector menanggalkan blazer dari badannya sambil tu. "Kenapa kau belasah dia dulu?Kau dah tanya dia belum?"
Isaac sudah pun tunduk capai besi besbol dari lantai tu lalu berdiri melangit di atas Jacob sebelum sepak sikit untuk telentangkan badan tu ke belakang.
"Dah. Dia mengaku dia buat semua tu sebab di suruh. Upahnya 2 rating naik secara mendadak."beritahu Ken tanpa alihkan perhatian dari memetik tali gitarnya. "Apalah sangat dengan dua rating tu kalau dia dari rating 4."dengusnya mengejek.
Sambil mengerang dan berdesis menahan sakit, Jacob buka matanya yang sudah basah dengan peluh dan air mata itu lalu terpandang Isaac di atasnya. Nafas dia terus naik turun kencang sebaik bertentang mata dengan lelaki tersebut.
"Tak berlebam pun?"soal Isaac sedikit hairan setelah melihat muka Jacob. Ken belasah ke tidak ni?Kalau dia dah bengkak teruk muka Jacob ni dia kerjakan.
Hector ketawa kecil. "Kau gila nak belasah muka?Kantoi la nanti kalau orang nampak lebam-lebam tu.."selorohnya menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku. Setelah itu dia tunduk mencekau kolar baju Jacob dan paksa lelaki tu berdiri semula.
Isaac bawa besi besbol tu ke atas bahunya lalu di ketuk-ketuk perlahan. "Berdiri tegak-tegak...atau sakit aku kerjakan kau nanti!"beritahu dia.
Jacob terlembik-lembik nak seimbangkan dirinya. Mata dia yang berat itu dipaksa buka untuk dapatkan penglihatan yang jelas, namun tidak ada hasilnya. Semuanya kelihatan berpusing-pusing! "To-tolong lepaskan aku... aku menyesal."minta dia.
Hector tertawa kecil.
"Sorry but not sorry. Berani buat...berani tanggung."beritahu Hector sebelum melayahkan penumbuk tepat di rimbuk Jacob sepadu mungkin.
Terjatuh saja Jacob ke lantai semula. Isaac angkat besi besbol tu lalu di lempuk ke badan sasa Jacob tanpa belas.
Clank!
Clunk!
Clank!
Clunk!
Terbatuk-batuk Jacob dibuatnya. Walaupun dia mengerang kesakitan sekalipun Hector mahupun Isaac langsung tidak berhenti dari membelasah.
Sementara kejadian itu berlaku, Ken hanya bersandar rehat pada jendela itu memetik gitar sambil memandang langit petang menyanyikan sebuah lagu dengan suara perlahan. Renungannya jauh termenung ke suatu arah tanpa sebab.
Share this novel