Di hujung minggu, empat adik beradik dari keluarga Mariah Monday ini berkumpul di kediaman mewah mereka. Rutin setiap minggu untuk menghabiskan masa di situ bersama-sama samaada ibu bapa mereka berada di rumah ataupun tidak.
Selesai makan malam mereka pun duduk melepak di ruang tamu di hadapan perapian. Sementara ibu dan ayah mereka menguruskan kerja masing-masing.
Di atas bean bag, duduknya Allan dengan PSP di tangan.
Di sofa satu seat duduknya Aaliyah dengan kaki berada di lengan sofa.
Di lantai, bersandarnya Ken pada sofa sama dimana Hector sedang duduk.
Keempat-empat mereka melakukan aktiviti yang berbeza.
"Hei...Little Bear."panggil Aaliyah semasa membaca buku teks sejarahnya. Dia ada kuiz selepas naik cuti nanti. Itu yang dia sibuk belajar no matter dia berada.
"Hm."jeda Allan yang tekun menekan itu dan ini pada PSP itu.
"Kau dah dapat apa yang aku mintak kan tu?"soal Aaliyah lagi sebelum tutup buku teks itu lalu di letakkan atas dadanya.
Ken yang sedang duduk bersila depan meja kopi di mana set catur berada bersuara. "Apa yang kau orang berdua rancangkan hah?"soal dia sambil gerakkan buah catur hitam ke atas papan catur tu.
"Dah. Kau nak bila?Make sure kredit kadnya sekali disediakan. Kalau tak aku takkan beri maklumat tu dekat kau...."beritahu Allan dengan kening berkerut bila avatar game dia hampir saja hendak di kalahkan!
Hector yang sedang membelek telefon terus turunkan telefon ke bawah sebelum palingkan kepala ke Aaliyah. "Hah!Aaliyah. Kau jangan nak libatkan Allan ya. Dia baru aje masuk akademi. Jangan libatkan dia dengan masalah kau."beritahu dia.
Aaliyah jeling menyampah ke Hector. Protective sangat. Tahu la dia nak buat apa. "What ever la...memandangkan kau dah ada apa aku nak, tolong sediakan untuk aku. Sebab aku nak gunakannya ASAP."beritahu dia pada Allan.
Hector baling bantal kecil di sofa ke arah Aaliyah gara-gara balasan kata Aaliyah tadi. Dasar budak bertuah!
Aaliyah sekadar menepis bantal itu dengan muka tak peduli.
"Apa lagi rancangan kau kali ni Aaliyah?"tanya Ken yang sudahpun mematikan catur hitam bishopnya. "Aku ingatkan kau takkan balas perbuatan Farina dengan Ian?"
Aaliyah berdengus kecil.
Siapa kata?Of course dia akan lakukan sesuatu."Hari lahir kau orang berdua dah dekat kan...kalau aku mintak kau orang prepare kan something untuk Farina sekali nanti boleh?"dia bangun dari kedudukan baring melunjur di sofa itu sebelum bersila di atas sofa pula.
Dengan serentak Hector, Ken dan Allan masing-masing palingkan kepala mereka memandang Aaliyah.
"Apa semua ni?kenapa aku bau something fishy?"soal Allan.
Ken mengecilkan mata kerana curiga.
Sementara Hector menyilang tangan ke dada.
Tersenyum Aaliyah lepas dirinya di pandang oleh mereka. "Kenapa kau orang pandang aku macam tu?"
"Kau tu....mencurigakan tau tak?"
"Aku takkan buat apa-apa yang serius okay. Aku just nak buat Farina sedar.Aku nak Farina dan Ian tahu yang rating ni bukan segalanya dan aku nak dia orang berdua tahu mengkhianati persahabatan hanya kerana iri takkan berakhir dengan happy ending. "beritahu Aaliyah.
Hector buat muka menyampah. "Huh. Kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Aaliyah ketawa. "Well...Baik tak baik bergantung pada cara orang treat aku. Kau menyetan, aku menyetan. Kau berbudi bahasa, aku berbudi pekerti. Simple. What you give...you get back."bidasnya.
"Ian pulak?Apa yang kau akan buat dekat dia?"soal Ken pula.
Aaliyah berjeda seketika. "Hmm...tentang tu-"
"Kau nak tahu, aku ada jumpa something dari simpanan Ian tu. video dan beberapa gambar yang maybe akan menyusahkan Ian kalau di release dekat public. "sampuk Allan dengan muka baru tersedar sesuatu.
"It's okay."Aaliyah lambai tangan tak kisah pada Allan. "Asal kan ada pun dah kira cukup untuk aku gunakan pada Ian."
Hector topang kepala dengan tapak tangan kirinya yang disiku pada kepala sofa, lalu bersila sebelah kaki menghadapkan badan ke adik perempuannya. "Beritahu aku...apa rancangan kau. Aku tak nak kau buat something yang tak sepatutnya."
Ingat dia ni apa?Tahu la! "Perlu ke?"Aaliyah mencebik bibir tak suka.
"Beritahu aje la."gesa Ken pula.
"Aku pun nak dengar jugak."sampuk Allan yang terus matikan PSPnya lalu duduk tegak memberi perhatian ke Aaliyah.
"Sure ni kau orang nak dengar?"soal Aaliyah sambil menjungkit kening cuba dapatkan kepastian.
"Ya!"serentak mereka bertiga menyahut.
"Well..pelannya simple."Aaliyah turun dari sofa itu lalu duduk dekat dengan Ken dan Hector. Allan yang nampak ikut serta. Dia bersila dekat depan meja menghadap kakak dan abangnya di situ. "So...ceritanya pelannya macam ni....."mula Aaliyah sambil pandang mereka bertiga seorang demi seorang.
Share this novel