Abang, Sarah rindu abang. Abang!abang!.”
Sarah terjaga dari tidur. Dia sangat pelik dengan mimpi tadi, lelaki tu dia tak pernah jumpa tapi dia merindui lelaki itu dalam mimpinya. Wajah lelaki itu hampir tidak jelas. Sarah bangun menunaikan solat. Lama dia termenung memikirkan siapa gerangan lelaki tersebut. Banyak persoalan bermain difikirannya.
1. Mana telefon bimbit dia.
2. Mana pakaian dia.
3. Kenapa Latifah itu langsung dia tidak kenali.
4. Dia rasakan agak moden berbanding waktu dia sakit.
5. Doktor yang merawatnya juga orang lain.
6. Tangannya juga bukan seperti jatuh.
Semua persoalan masih bermain difikiran. Dia mahu tanyakan semua itu kepada Latifah. Lepas sarapan pagi itu dia terus keluar jalan keliling rumah mereka. Masih berfikir macam-macam. Faris terus ke klinik selepas sarapan. Kedua mereka seolah elak berkata-kata dengan dia.
“Sarah, menung apa tu teruk sangat akak tengok.”
Lama Latifah melihat gelagak Sarah. Dari sebelum dia mula sidai baju sampai la habis sidai. Sarah masih dalam dunia dia.
“Tak de apa kak, fikir banyak benda sampai tak tahu mana yang betul mana yang salah lagi.”
“Sarah, akak mintak maaf kalau penjelasan yang akak bagi dekat Sarah buat Sarah berfikir banyak. Tapi Sarah harus tahu yang akak dengan abang tak de niat jahat dengan Sarah.”
“Bukan la kak semalam Sarah mimpi macam Sarah ada seseorang yang Sarah rindu. Tapi Sarah tak ingat langsung wajah tu.”
“Nama dia Sarah tahu?”
“Tak kak. Dia macam Sarah je yang panggil dia.”
“Mungkin la ada la tu petunjuk ke apa.”
“Akak nak masuk masak ni Sarah, Sarah nak duduk luar dulu ke?”
“Kak, Sarah tolong akak masak boleh? Sarah masuk la kak.”
“Sarah tangan tu kan sakit lagi. Boleh ke buat kerja ni.”
“Mesti la boleh Sarah ada dua orang abang tau. Memang kena pandai buat keja.”
Latifah tidak mahu terus melarang Sarah buat itu ini. Baru semalam dia minta buku study dia. Mampus nak cari.
“Kak, Sarah ada suami ke?”
“Hah, akak tak pasti la Sarah dalam maklumat tu tak de pulak.”
Suara Latifah bergetar. Faris dah cakap banyak kali, Latifah memang tak boleh berbohong. Padahal mana la ada maklumat langsung.
“Hari ni berapa haribulan kak?”
“25 oktober Sarah. Err Sarah boleh tolong akak tak?”
“Boleh kak apa tu.”
“Tolong tengok Atiya bangun ke belum.”
“Sarah rindu ummi la kak. Sarah tak pernah renggang lama dengan ummi. Paling lama dua hari. Kenapa ummi tinggal Sarah dengan akak?”
“Alaa siannya dia. Tolong tengok kan Atiya kejap ya.”
“Boleh la kak. Jap lagi Sarah turun balik.”
Latifah rasakan elok sahaja dia terus terang dengan Sarah. Buat apa rahsiakan benda macam tu. Sarah bukannya jadi gila, trauma yang dia alami buat ingatan sedar dia hilang. Perkara begini memang berlaku, Latifah sedar perkara tu. Banyak yang datang ke klinik suaminya akan bicarakan mengenai luka yang tak mahu diingati.
“Atiya masih tidur la akak.”
“Lewat pulak dia bangun hari ni. Biar dulu la.”
“Akak nak masak apa ni?”
“Petang nanti akak nak cakap sikit dengan Sarah. Nanti kita sembang okay. Akak nak masak nasi ayam hari ni. Sarah ok ke?”
“La cakap sekarang la kak. Akak ni.. Sarah suka sangat la kak nasi ayam.”
“Lepas makan okay? Ha suka bagus la. Kejap lagi lepas siap masak akak nak hantar nasi dekat abang dulu. Lepas tu baru kita makan ok?”
Sarah mengangguk. Dia masih terfikir-fikir kenapa ummi tinggalkan dia tanpa pakaian. Lagipun dia tak pernah jumpa dengan Latifah ni. Langsung tiada ingatan mengenai wanita ini. Tempat dia sedar pun bukan hospital. Banyak sangat pertanyaan yang bermain difikirannya.
———————————————
“Assalammualaikum Is, aku nak jumpa kau ni. Kau ada mana?”
“Wasalam, lama aku tak dengar berita tiba je nak jumpa ni.”
“Baru minggu lepas aku jumpa dengan kau kan.”
“Gurau la, datang la aku tunggu dekat klinik. Ke nak datang rumah terus. Kalau rumah datang petang sikit la.”
“Aku pegi rumah la rindu dengan Yaya aku.”
“Kau jangan la panggil dia macam tu, marah Ifah nanti.”
“Datang sorang ke dengan isteri kau.”
“Aku datang sorang la.”
“Kau nak makan kat rumah tak nanti?”
“Makan la kot. Petang ni jumpa okay.”
“Assalammualaikum.”
Mesti ada masalah la tu baru nak teringat call aku ni. Kalau tak macam tak wujud ja aku ni.
“Doktor, perempuan yang nama Sarah semalam tu macam mana ok tak dia?”
Zura terus menyapa Faris usai sahaja dia bercakap telefon.
“Dia macam normal sangat la Zura. Risau saya. Kak Ifah pun macam tak tahu nak explain dekat dia.”
“Tapi kena bagitahu jugak dengan dia doktor. Kalau tidak nanti lagi susah.”
“Malam tadi rasanya ok je dia tidur. Tak tahu la saya pun. Balik nanti baru nak tanya.”
———————————————
“Abang, Ifah risau la Sarah asyik tanya soalan je. Serabut dah nak jawab. Petang ni ingat nak sembang dengan dia la. Bagi dia faham. Ke abang cakap dengan dia.”
Selesai masak tadi terus Latifah datang hantar makanan kepada suaminya.
“Sayang, kalau kita tengok dia nampak normal je kan. Tapi dia mesti tertanya-tanya banyak benda. Tambah kita tak tahu pun umur dia masa jadi tu berapa. Kita agak-agak je. Lagi susah nak fahamkan dia.”
“Yela Ifah tahu abang, kesian jugak tengok dia macam lost je. Tu yang nak sembang jugak dengan dia. Kalau la ada orang yang kenal dia kan senang.”
“Sebelum abang lupa petang ni adik nak datang tau.”
“Macam abang tak kenal dia entah-entah awal dia datang nanti nak jumpa Yaya dia tu. Menyampah tau Ifah dengar abang. Sabar je la.”
Ketawa dia mengingatkan tiap kali adiknya itu memanggil anak mereka Yaya pasti Latifah akan memarahi dalam lawak. Dia pun bukan marah betul-betul cuma tak mahu nak biasakan Atiya dengan panggilan itu.
“Ni Ifah dah makan ke?”
“Belum la abang. Nak balik makan dengan Sarah dengan Atiya.”
“Pasal Sarah tu nanti petang kita cakap dengan dia sama-sama. Abang balik dalam pukul 3.30 hari ni sebab oppointment last pukul 2.30 ni.”
Kalau dari segi bercakap tentu la suaminya lebih mahir dari Latifah. Dia kan pakar psikiatri.
“Okay abang, adik sampai awal dari abang Ifah bagi masuk je la ya sebab Sarah pun ada.”
“Iye sayang bagi la masuk. Ifah balik baik-baik okay jumpa jap lagi.”
————————————
“Assalammualaikum akak, Abang Is balik tak lagi?”
“Waalaikumsalam, betul la akak cakap memang akan datang awal kan. Mari masuk, abang kejap lagi baru balik.”
“Tak pe kak saya tunggu luar je sampai abang balik. Datang awal la nak jumpa dengan Yaya. Atiya buat ape?”
Sempat dia mengusik kakak iparnya.
“Sarah, panggil Atiya jap cakap uncle kesayangan dia datang jumpa dia.”
Firash terkejut mendengar nama yang dia rindui.
“Hai kak, sape pulak Sarah tu kak.”
“Pesakit abang. Dia tak ade keluarga tu yang bawak balik rumah kejap. Mari la masuk.”
Memikirkan ada orang lain dalam rumah dia masuk tanpa berdalih.
“Kak, Atiya nak bersiap dulu sebab nak ajak uncle dia ronda.”
“Macam-macam tau dia ni. Tengok la Sarah, kalau uncle dia datang macam tu la gaya dia. Sarah sini la akak nak kenalkan adik ipar akak.”
Sarah berjalan cepat, Firash masih belum nampak memilik nama Sarah. Dia agak tertanya.
“Mana kak, laaaa muka tak sama la dengan doktor pun kan kak.”
Firash terdiam, wanita kerinduan dia depan mata dia namun dia terdiam kerana Sarah menyapa dia macam tidak kenal. Sarah kerutkan dahi dia. Wajah yang sama dalam mimpinya namun samar bayangan. Sikap keanak-anakkan Sarah buat Firash tertanya-tanya. Hatinya meronta mahu memeluk wanita didepannya.
“Saya Firash, awak sapa nama ni?”
Mahu menguji sama ada benar Sarah tidak mengenali dirinya. Mahu menguji jika masih ada Sarahnya dalam wanita didepannya kini.
“Saya Sarah, akak nak bancuh air tak?”
“Bancuh la Sarah, larat tak tu tangan awak kan sakit lagi tu.”
“Boleh la kak bancuh air je.”
Dia segera kedapur. Jantung Sarah berdegup dengan laju memandang wajah lelaki itu. Suami dia ke lelaki itu? Dia memegang dadanya. Tidak sempat Firash bertanya kepada Sarah, dia dah berlalu pergi.
“Tangan dia kena ape kak?”
“Entah la tangan dia macam kena toreh masa akak jumpa dia.”
Sedikit berbisik Latifah memberitahu Firash. Seperti disiat hatinya namun dia memilih untuk bersabar sedikit lagi. Dia harus bertanya perlahan-lahan. Yang penting dia sudah jumpa Sarah.
“Abang, minum ya.”
Firash hanya mengangguk. Dia berusaha stabilkan fikiran dan jantungnya.
“Sarah, akak nak naik solat kejap ya Sarah tunggu dengan Firash bawah ni ya. Kejap lagi Atiya turun la tu.”
“Baik kak.”
“Sarah umur berapa tahun?”
“18 tahun rasanya.”
“Ohhh muda lagi. Masih belajar la kan.”
“Haah tapi kan buku tak de, mati la Sarah nanti bila nak cover balim yang lama-lama tinggal tu.”
“Sempat je nanti, Sarah belajar kos ape?”
Dia nak tanya perlahan-lahan supaya Sarah terus berkomunikasi denganya. Wajah itu sesekali dijamah oleh mata kerinduan Firash. Firash mengelak bertanya soalan mengenai tangan dia atau apa sahaja. Kalau boleh dia memang mahu bertanya.
“Kos akaun. Abang dulu belajar apa?”
“Abang belajar mekanikal je.”
“Pandai la abang kan.”
“Biasaje la sayang abang tak pandai pun.”
Sarah terkejut dengar Firash sebut sayang, ke dia salah dengar. Firash pun yterkejut bukan dia ja.
“Abang sebut apa tadi.”
“Sebut biasaje Sarah, kenape tu?”
“Tak de ape.”
Kenapa Sarah rasakan seolah dia kenal lelaki ini. Sakit kepala dia cuba berfikir sama ada dia kenal atau tidak.
“Abang kenal dengan Sarah ke.”
Akhirnya dia terkeluar juga kalam. Firah terasa seolah batu terhempap dadanya.
“Kenapa…”
“Uncle… amboiii kak Sarah nak ambil uncle Tiya ye.”
Belum sempat Firash menghabiskan kata-kata Atiya datang bercekak pinggang. Marah dia melihat mereka berbual.
“Ish mana ada la uncle kan Tiya punya sorang je.”
“Akak tak ambil la uncle awak tu. Akak kan tak de sapa nak.”
Sarah berpura-pura merajuk.
“Ha…tak tahu kak Sarah merajuk dengan Tiya,”
“Ala…Tiya sayang dua-dua la akak ni. Tiya sory k.”
Mendengar Sarah ketawa terus Atiya memukul lengan Firash.
“Uncle ni jahat tau.”
“Ni cantik-cantik nak pegi mana?”
Sarah sengaja tanya padahal dia tahu.
“Nak keluar dengan uncle la.”
“Dah tanya ayah belum main nak keluar je.”
“Belum la mama, mama tanyakanlah ya.”
“Kak, Sarah nak naik atas sakit la kepala ni.”
“Kamu okay tak ni Sarah?”
“Okay kak cuma sakit sikit kepala ni.”
Firash memandang dengan hati yang sakit. Kalau ikutkan dia mahu memeluk tubuh itu. Mahu ubati dimana saja luka dia.
Kita bagi can dekat Firash jumpa dengan Sarah umur 18. Klise kan hilang ingatan ni. Mohon maaf ya andai kata nukilan ini kurang memuaskan. Saya amatur yang sedang mencuba. Terima kasih semua sudi singgah.
Share this novel