LANGKAH 5

Romance Series 41503

Dekat maghrib baru Sarah sampai kerumah. Hilmi memandang Sarah dengan renungan yang tajam. Sarah terus salam dengan Hilmi. Wajah bengis suaminya tidak sanggup dipandang. Sarah mahu segera naik keatas.

“Awak, duduk sini depan abang. Abang nak cakap sikit.”

“Ada apa abang.”

“Awak tak masak ke hari ni?”

“Tak masak sebab abang selalu tak mahu makan dekat rumah.”

“Habis tu duit yang abang bagi awak tu awak buat ape?”

“Sarah tak guna pun duit tu. Ada dalam akaun bank Sarah. Abang nak makan ke Sarah masak kejap lagi lepas solat.”

“Abang bagi awak duit, tapi awak goyang kaki ja kat rumah, lepas tu hari-hari merayap.”

“Kejap lagi Sarah masak ya abang.”

“Masak sekarang jugak, abang tak kira.”

Entah apa yang merasuk Hilmi tiba-tiba dia nak makan dekat rumah malam ni. Waktu maghrib lagi 10minit nak masuk. Sarah segera masak untuk Hilmi. Masak ala kadar sahaja. Sambal bilis dan telur dadar bawang.

“Mulai esok abang nak makan dekat rumah. Awak tak payah nak berangan goyang kaki je.”

“Baik abang. Sarah mintak maaf sebab tak masak hari ni.”

“Hmmm, dah siap masak belum tu. Lapar dah ni.”

“Sarah nak solat dan mandi sekejap. Abang tunggu ya.”

“Abang makan dulu la macam tu. Lambat la kalau tunggu awak.”

“Abang tak mahu solat dulu ke?”

“Awak nak solat pergi ja la, tak payah sibuk bila abang nak solat. Abang nak makan dulu.”

Bukan dia tidak tahu Sarah tidak suka makan seorang diri. Tapi Sarah harus segera solat. Waktu isyak hampir tiba. Sesudah solat Sarah segera turun kebawah. Berharap hilmi akan mennggunya untuk makan sekali.

“Abang dah siap makan ke. Boleh abang teman Sarah makan sekejap. Sarah ada benda nak tanya abang.”

“Abang nak tidur dah. Awak makan la.”

“Tolong abang sekejap ja Sarah nak cakap dengan abang.”

“Hmmm cepat sikit, nak cakap apa?”

Sarah nekad mahu bertanya juga kepoada suaminya malam ini juga. Dia perlukan kepastian.

“Abang dah tak sayangkan Sarah ke. Kenapa jauh sangat Sarah rasa hubungan kita.”

Hilmi terkejut mendengar pertanyaan dari Sarah. Tidak menyangka dengan sangkaan Sarah. Hilmi rasakan dia tidak perlukan Sarah dalam hal tertentu.

“Apa yang buat awak fikir sampai ke situ. Apa tak cukup apa yang abang bagi awak.”

“Sarah tak pernah cakap macam tu. Sarah cuma tanya abang dah tak sayangkan Sarah ke? Sarah isteri abang, Sarah perlukan abang sebagai kawan untuk sarah luahkan perasaan. Sama macam abang juga.”

“Abang cuma pelik kenapa awak terfikir nak tanya soalan tu. Awak ada kawan kan. Kenape nak abang jadi kawan awak. Abang pun ada kawan jugak. Lagipun awak nak cerita apa sangat.”

“Sebab abang selalu abaikan Sarah, abang tak pernah tanya kemana Sarah pergi, Sarah makan apa. Sarah ni masih isteri abang tak dalam hati abang? Sayang abang pada Sarah masih macam dulu atau macam mana. Sarah selalu tertanya semua tu.”

Sarah beranikan diri pertikaikan anggapan hati Hilmi mengenai dirinya. Dia pun tidak tahan diperlakukan seperti tunggul kayu.

“Awak berani pertikaikan masih isteri atau tidak. Awak tahu atau tidak soalan awak tu mengundang maksud apa.”

Kenapa Hilmi seolah mengelak menjawab soalan Sarah. Padahal soalan Sarah sangat mudah. Sarah cuma nak tahu apa Hilmi anggap dirinya. Dia mengambil ayat Sarah dengan cara yang salah.

“Sarah sebut Sarah masih isteri abang tak dalam hati abang. Atau sekadar diatas nama.”

“Awak tahu hakikat awak masih isteri abang kan, kenapa awak tanya macam tu. Kenapa awak berani nak pertikaikan anggapan abang pada awak.”

Hilmi cuma tidak faham akan hakikat yang isterinya terfikir nak bertanya soal itu.

“Sarah rasa abang dah macam tak perlukan Sarah. Kalau ada masalah abang boleh bincang dengan Sarah. Kalau abang tak mahu Sarah abang boleh lepaskan Sarah dengan cara baik.”

“Kalau bagitahu pun bukannya awak faham. Kenapa awak nak sangat saya lepaskan awak ke.”

“Sekurangnya buat lah Sarah ni tempat abang luah perasaan abang. Kalau Sarah tak dapat tolong atau faham pun Sarah boleh dengar. Kalau abang tak perlukan Sarah bagitahu ja Sarah. Ni Sarah macam tunggul kayu dirumah ni.”

“Entahlah aku malas dah nak cakap soal ni. Aku nak masuk tidur dah. Entah-entah kau yang benci dengan aku. Tunggul apa kalau kau yang tak mahu masak.”

Ya Allah jenis apa manusia bernama Hilmi ni dah jadi. Jauh sangat dengan dirinya yang dulu. Sarah diam akur. Tahulah dia kini dimana tempat dia. Jauh dihujung sudut hati pun belum tentu.

“Kejap abang. Sarah minta maaf kalau Sarah dah menyinggung perasaan abang dengan pertanyaan tadi.”

Sarah tidak melepaskan tangan suaminya.

“Dah la aku dah tak de mood dah. Kau buat la apa kau suka. Aku tak peduli. Tapi kalau kau fikir aku nak lepaskan kau, jangan mimpi.”

Sarah menangis teresak-esak mendengar ayat dari suaminya sendiri. Panggilan nama pun dah makin jauh. Nak dengar perkataan sayang jauh panggang dari api.

“Tolong abang Sarah mintak ampun. Sarah janji tak akan sebut lagi macam tadi.”

“Aku naik dulu. Kau tidur la bilik lain sebab aku nak pandang kau pun aku tak sudi malam ni.”

Makin kuat esakkan Sarah. Namun hati Hilmi sudah jauh agaknya. Sarah akhirnya terlena disofa bawah. Airmatanya kering sendiri.

—————————————————

Pagi itu Sarah bangun untuk solat subuh dan menyediakan sarapan. Hilmi masih tidur. Sarah bergerak perlahan usai solat. Sedang leka Sarah melakukan kerja rumah dia terkejut mendengar jeritan suara Hilmi memanggilnya.

Hilmi memegang kuat lengan Sarah.

“Sakitla abang, kenapa ni.”

“Ha…tahu pun sakit. Habis yang aku dari tadi panggil kau tak dengar ke.”

“Sarah dengar. Tadi Sarah dah tunggu abang tapi abang lambat jadi Sarah turun dulu buat kerja.”

“Kalau tak menjawab tak boleh ke? Kerja apa sangat duduk rumah ni cuma aku dengan kau ja.”

Hilang segala awak Sarah abang semua. Hilmi seolah melepaskan amarahnya pada Sarah. Dia ingat dalam rumah ni magik agaknya semua kerja jadi sendiri. Sarah tak pernah duduk goyang kaki sahaja dirumah. Sebelum keluar pun Sarah akan pastikan semua kerja siap.

“Tak pe la abang, Sarah mintak maaf sekali lagi.”

“Takkan nak duduk goyang kaki je kot. Sarapan siap dah ke.”

Dalam pada Sarah dah bagitahu dia buat kerja dibawah tadi pun masih dikatakan goyang kaki. Apa jenis permikiran la gamaknya.

“Siap dah Sarah dah bungkuskan untuk abang.”

“Bungkus buat apa, aku nak makan kat rumah hari ni.”

Sarah menarik nafas dalam. Selalu makan pun tak sudi dirumah.

“Hari ni aku nak kau masak lauk spesial sikit. Kawan aku datang makan dekat rumah hari ni. Masak lebih sikit.”

“Okay abang.”

Semalam dikatakan tak mahu pandang Sarah. Hari ni pakai tali leher mahu Sarah yang pakaikan juga. Sarapan mahu pulak dirumah. Sarah menggeleng kepala dengan sikap Hilmi. Selesai makan Sarah menyalami Hilmi seperti rutinya selalu.

“Ampunkan Sarah abang, Sarah mintak halal semuanya.”

Hilmi segera menarik tangannya dari lama dalam genggaman Sarah. Dia tidak mahu egonya lemah.

‘Hari ni xjmpa’- AZ

‘Kenapa’-ZA

‘Xshat’-AZ

‘Free call’-ZA

‘K’-AZ

Sarah tidak mahu berjumpa dengan Firash dengan keadaan dirinya selemah ini. Hari ni pula Firash akan berangkat ke Penang untuk kerja. 4 hari tak dapat jumpa. Nanti ja Sarah akan hubungi dia.

——————————————-

Firash gelabah mendapat sms daripada Sarah sebentar tadi. Pasti ada sesuatu terjadi. Semalam elok ja dia. Macam mana hari ni boleh tak sihat pulak tiba-tiba.

‘Jgn lupa cll’- ZA

Tidak senang duduk dia menunggu panggilan dari Sarah, Firash menghantar satu lagi sms. Akhirnya Sarah call juga. Sarah tahu Firash tak tenang selagi tidak dihubungi.

“Assalammualaikum abang, Sarah mintak maaf tak boleh jumpa abang. Abang dah siap kemas bag ke?”

“Mana abang boleh nak kemas bag, tunggu Sarah call ja dari tadi. Tak tenang hati abang ni tau tak.”

“Sarah mintak maaf tak dapat jumpa abang hari ni. Abang balik ni kalau tak de apa kita jumpa k.”

“Yala abang tahu la. Sarah ok ke ni. Tak dengar macam sakit pun. Atau nak elak jumpa abang.”

“Tak de apa la abang. Sarah ok je la. Ni sempat ke abang kemas barang kejap lagi.”

“Campak-campak je apa yang tak sempat.”

“Sarah sayang, tolong jujur dengan abang Sarah ok ke tak ni.”

Firash mendengar esakkan kecil dihujung talian. Sah la ada sesuatu.

“Sarah ok je la abang. Nanti abang balik Sarah cerita ya.”

“Sekarang tak boleh ke. Abang tak tenang la kalau Sarah tak cerita sekarang.”

Sarah selalu kalah dengan Firash. Dia akhirnya ceritakan juga pada Firash.

“Semalam Sarah balik terus abang Hilmi suruh masak. Jadi Sarah masak.”

“Ok then kenape.”

“Lepas habis makan tu Sarah turun sebab naik solat dulu, dia dah nak tidur. Sarah panggil dia nak cakap dulu kejap.

Sarah tanya dia dalam hati dia masih ke Sarah ni isteri dia. Tahu apa yang pelik, dia marah Sarah. Dia tak jawab langsung apa yang Sarah tanya dia.”

“Sarah ok tak lepas tu?”

“Sarah cakap Sarah isteri dia, patutnya dia buat Sarah ni tempat luah perasaan. Tapi jawapan dia kalau dia cerita pasal kerja dia pun Sarah bukan faham.”

“Okay lepastu.”

“Sarah ni bukan tak sedar diri, tak tahu Sarah tak pandai. Tapi Sarah cuma berharap dia anggap Sarah ni wujud.”

“Sarah dah cuba fahamkan dia tak.”

“Dah cakap dah, tapi last dia bantai aku kau dengan Sarah. Tak bagi Sarah masuk bilik pun. Suruh tidur tempat lain sebab dia tak mahu pandang pun Sarah. In the end Sarah nangis sampai pukul berapa tak tahu terus tertidur kat bawah.”

Sarah tidak menyentuh hal yang lepaskan atau tidak tu.

“La…kesiannya. Dah tu kenape tak mahu jumpa abang hari ni.”

“Segan la abang, mata Sarah bengkak. Sarah sory k.”

“Itu ja sebabnya. Hmmm, tak pe abang faham. Sarah jangan sedih lagi k. Nanti ok la tu. Cuba cakap baik-baik lepas ni. Jangan sebut lagi bab tu k.”

“Okaylah abang pergi kemas bag abang dulu. Lain kali Sarah call abang lagi k. Abang pergi baik-baik tau. Jaga makan.”

“Okay Sarah take care. Apa-apa cepat-cepat mesej abang. Jangan lupa kita sahabat. Abang akan ada dengan Sarah.”

“Ya baik abang terima kasih. Bye..”

Firash sedikit lega usai bicara dengan Sarah.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.

ORANGE BORAHAE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience