LANGKAH 6

Romance Series 41503

Awak, dah siap masak ke, kawan abang nak sampai dah ni.”

Bicara dari bibir sang suami lembut. Namun Sarah tahu semua itu permainan dia.

“Dah siap dah.”

“Masak ape?”

“Masak kari ikan, sambal sotong petai, sayur masak lemak dengan sambal belacan ja. Desert Sarah buat puding jagung.”

“Masak itu je ke, apa la awak ni bukan abang tak bagi duit. Sengaja nak malukan abang agaknya.”

Jika ada kata yang keluar dari dia pasti yang menyakitkan hati. Berapa orang kawan pun tidak diberitahu.

“Makan dulu abang, asalkan ada benda nak makan memadailah. Penat Sarah masak sekurangnya kalau ada benda yang abang boleh kata adalah terima kasih.”

“Menjawab ja la kerja awak kan. Entah mana belajar agaknya.”

Ting tong! Bunyi loceng rumah membantutkan Hilmi untuk terus berkata-kata. Dia dengan senyuman menyambut tetamu yang hadir. Kawan sekerja katanya. Tapi semua Sarah tak kenal. Kebanyakkan perempuan. Ramainya kawan dia. Sarah segera kedapur memasak nasi tambahan.

“Sarah, mana awak ni kawan abang dah sampai dah.”

Macamlah Sarah tak nampak tadi.

“Kenalkan ni kawan abang, yang ini Ariani, Maria, Zahrin, Kamal, Amira, Sofea dan Mawar. Dan ni isteri abang. Jom meh kita ke meja makan terus ya.”

“Cantiknya isteri abang ye. Patutlah tak pernah nak kenalkan.”

Lelaki bernama Kamal berkata-kata. Cara dia memandang Sarah sangat menggelikan. Kawan jenis apa yang Hilmi bawa balik pun tak tahu lah. Tengoklah kuku mereka. Berwarna. Tidak mahu bersangka buruk Sarah mengalihkan pandangan. Dia membetulkan tudung kemudian tersenyum sahaja.

“Haah, abang ajak la isteri abang ni sekali keluar dengan kite. Enjoy sampai pagi pun okay lawa macam ni.”

Lelaki yang lagi satu pula menumpahkan kata. Hilmi hanya ketawa. Sedang Sarah dah macam nak halau ja semua sekali. Yang perempuan pulak pakaian sangat menyakitkan mata.

“Kak, abang ni kan kalau keluar dengan kite memang fun gila, kadang tu ketawa tak ingat dunia. Nanti kakak join la kita sekali.”

Perempuan bernama Ariani berkata dengan lenggok gedik dia. Fun celah mana entah. Dekat rumah macam apa lagi dah.

“In shaa Allah, dah jom la kita makan ya.”

Sarah tidak tahan dengan apa yang baru sahaja dia dengar tadi. Lagi banyak yang dia dengar barangkali boleh mengundang derita telinga.

“Wahhh… kak masak ke ni. Sedapnya nampak. Lama saya tak makan masakkan macam ni.”

“Sarah, cedukkan nasi untuk semua, kenapa masih terjegat disitu.”

“Baik abang.”

Sarah segera menyeduk nasi buat kawan-kawan Hilmi. Terfikir juga perempuan tu semua tak tahu menyeduk nasi kenapa yang tangan itu disimpan. Kuku cantik kan.

“Kak tak makan sekali ke dengan kite.”

“Makan la ya. Akak makan kejap lagi.”

“Sedapnya kari akak masak ni. Pandai akak masak. Untung la abang dapat isteri pandai masak.”

Sarah memerhati Hilmi mahu pula makan bersama dengan kawan-kawan dia. Kalau dengan dia liat bukan main nak makan sekali. Cakap dengan mereka ini pun baik bukan main. Kerusi pun muat-muat ja untuk mereka. Dan yang penting Hilmi tak ajak pun Sarah makan sekali.

“Sedap kak Sarah masak. Dah la cantik pandai pulak masak.”

Dari tadi lagi lelaki bernama Kamal tu asyik menyebut benda yang sama. Geli Sarah dengar. Yang Hilmi langsung tak kisah agaknya.

“Haah betul sedap sungguh. Kalau aku la yang dapat bini macam ni takdenya aku makan luar abang.”

“Ish kau berdua ni tak habis sebut itu je.”

“Betul la aku cakap bang.”

“Sarah, tambahkan lauk.”

Lauk cuma tinggal dua ketul ikan ja dekat belakang. Namun Sarah tetap tambahkan lauk. Itu bahagian dia dan Hilmi namun Hilmi dah makan sekali dengan kawannya.

“Makan la ya, tambah nasi lagi.”

“Kenyang dah kak, banyak dah makan ni. Lingkup la diet kite Mira.”

“Lain kali ajak kite datang lagi abang. Bini abang pandai masak.”

“Ala…senang ja masak ni Mira, nanti akak bagi resepi ya.”

Sarah berkata lembut. Namun Hilmi dah menjegil mata padanya.

“Boleh, lain kali abang ajak lagi.”

“Abang lepas ni bawak la kite pegi minum. Last week kejap sangat la kite minum.”

Berderau darah Sarah mendengar ayat dari Si Mawar. Dia mencari anak mata Hilmi, namun dia tiada riak bersalah atau apa. Bukan dia sibuk kerja ka. Macam mana dengan mereka ni sempat pulak dia minum.

“Bila u guys pegi minum tak roger kite pun.”

“Aku pun sama tak de yang roger pun.”

Kedua lelaki berkata hampir serentak.

“Hilmi bagitahu la u guys yang sibuk.”

Sofea cuba membetulkan keadaan. Dia masih fikirkan perasaan Sarah. Dia tahu Sarah kecewa. Dia dari awal tidak setuju dengan pelawaan datang kerumah Hilmi. Dia seorang sahaja yang tidak panggil Hilmi abang. Dari tadi dia diam ja. Mawar yang tergedik-gedik nak datang.

Selesai makan, Sofea mengangkat pinggan mangkuk semua kedapur. Untuk ringankan beban kerja Sarah. Didapur sempat dia sembang dengan Sarah semasa Sarah sedang menyusun puding jagung.

“Kak, Sof mintak maaf ya kalau kehadiran kite susahkan kakak.”

“Eh,tak de apa la Sofea. Jangan risau ya.”

“Kak, boleh bagi nombor kakak tak. Nanti senang Sof nak bagitahu akak apa-apa.”

Sarah teragak-agak dengan ulah Sofea namun dia tetap berikan nombornya.

“Akak diam-diam je ya. Sof sorry sangat tau ganggu akak.”

“Jangan fikir bukan-bukan Sofea, akak ok je. Kamu semua tetamu akak. Jangan risau ok.”

“Akak nampak terkejut dengan kehadiran kami. Akak betul ke okay ni.”

“Memang akak terkejut, abang Hilmi tak pernah bagitahu kawan dia ramai dan perempuan sebahagian besar.”

“Sof rasa bersalah sangat kak. Maafkan kawan-kawan saya ya kak.”

Sofea menatap wajah manis Sofea. Terfikir kenapa dia dilayan tidak mesra oleh Hilmi. Adakah kerana seseorang yang dalam fikirannya.

“Sof, ape yang lama sangat dekat dapur rumah orang ni. Jom cepat abang Hilmi nak ajak kite pegi minum.”

Ariani tiba-tiba datang kedapur.

“Kejap aku nak siap dah ni.”

“Eh tak kan nak balik dah, ni akak ada buat puding jagung. Makan dulu ya.”

“Kite dah kenyang kak, tapi tak tahulah kene tanya yang lain-lain nak makan atau tak.”

Sarah segera membawa puding jagung dan air teh panas untuk mereka.

“La.. awak bawak ape pulak tu Sarah. Kami dah nak keluar ni.”

“Lain kali je la Hilmi kita pergi minum. Awak mesti nak tolong akak kemas ke apa.”

Ada juga manusia yang ada akal fikiran.

“Ye jugak kan. Aku pun tak terfikir pulak.”

Maria mengiakan kata-kata Sofea. Mawar sahaja yang masam muka tak puas hati la tu. Apa punya perangai entahlah.

“Awak ok je kan Sarah kalau kami pergi minum lepas ni.”

Pandai perangai Hilmi, dia tanyakan kepada Sarah. Dia tahu Sarah akan beri kebenaran.

“Betul kata kawan abang tu, lepas ni abang tolong Sarah kemas.”

Hilmi memandang Sarah dengan pandangan yang sangat menyakitkan hati. Marah sangat la tu.

Selepas semua pulang Hilmi langsung tak mahu bertentang mata dengan Sarah. Langsung tidak bertanya sama ada Sarah dah makan atau belum. Sarah hanya makan puding jagung, nasi habis.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.

ORANGE BORAHAE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience