Ummi, Sarah balik esok pagi tau. Ummi doakan untuk Sarah ye. Sarah harap sangat semua akan terjawab.”
Masih menangguh lagi, padahal patutnya petang ni dia nak balik. Abangnya pun pasti apply cuti untuk hari esok.
“Ummi selalu doakan untuk anak ummi. Jangan lupa perancangan Allah itu tak pernah salah.”
“Sarah faham ummi.”
“Kau nak abang hantar ke Hilmi datang ambil.”
“Abang hantarkanlah ok.”
Shahrul memang mahu hantarkan, cuma sengaja dia mahu melihat jika Hilmi sudah menghubungi adiknya itu atau belum.
“Ke nak abang hantar?”
Shahrul dan Sarah segera berpaling.
“Aku hantar la saje je aku tanya mana tahu Hilmi tu yang nak ambik adik.”
“Haaaa tau takut. Same je sape pun hantar adik, yang rnting sampai.”
“Mana same aku dekat lagi dengan rumah adik.”
“Dah la tu abang dua orang esok abang Sham yang hantarkan boleh tak?”
“Adikkkk kau tak nak abang hantarkan ke, sampainya hati.”
“Bukan la abang Shah, adik takut jugak. Ada abang Sham berani sikit.”
Sebenarnya Sarah ada benda nak bincang dengan abangnya itu. Tidak sesuai cerita disini. Esok sahaja dia akan ceritakan soal Firash.
“Malam ni jadi kan tengok wayang cerita Slam Dunk. Baru keluar semalam. Ummi ikut tak?”
Sarah segera mengubah topik.
“Tak kuasa la ummi nak tengok cerita anime korang tu. Pergi je la tengok tiga beradik. Hantar ummi pergi rumah mak ngah dulu tau. Malam-malam nanti bukan tak tahu lewat la balik.
“Jadi la adik, Shah giliran kau kan beli tiket. Kali ni kau belanja. Mana sweater yang kau janji nak beli tu.”
“Kau tahu kan kita balik secara terkejut. Tapi aku belikan dah semalam. Malam ni pakai ok.”
“Ha tau pun. Adik bukan kau tak tahu, suka sangat dengan benda-benda emosi ni. Officialy kita dah ada 30 barang sama tau. Semua abang simpan lagi.”
“Kalau kau pun simpan abang, adik aku tak tahu la.”
“Abang-abangku, ternyata semuanya total 32 barang tak termasuk yang nak pakai malam ni.”
“Kau nampak tak abang Sham adik kita bukan calang-calang tau.”
“Lebih kurang la tu. Entah-entah yang kau tinggal dua barang je.”
“Aku masih simpan la. Semua tu kenangan tau.”
Sejak berkahwin sahaja yang mereka jarang keluar sekali. Sesekali sangat. Sarah merenung ketiga-tiga kesayangannyha. Berharap sangat senyum mereka tidak pudar. Berharap sangat senyum itu bukan hilang kerana dirinya.
“Ummi kejap lagi nak pegi rumah mak ngah nak tido sane atau macam mane?”
“Tayangan kamu habis pukul berapa?”
Ummi memulangkan soalan kepada mereka.
“Dalam pukul 9 lebih macam tu kot ummi. Sebab tayangan pukul 8.15. Dalam pukul 10 lebih macam tu kami ambil ummi. Boleh ke macam tu ummi.”
“Kamu pegi makan dulu la baru datang ambik ummi. Kalau pukul 11 pun okay lagi tu.”
“Baik big boss.”
Sarah rasakan hatinya tidak tenang. Dia rasakan seolah ada yang sedang walang. Firash okay tak agaknya ya?”
“Adik, menung ape lagi. Jadi tau malam ni. Siap terus solat maghrib kat rumah mak ngah
lepastu terus kena keluar. Kalau tak adik tak payah mimpi nak tengok awal-awal.”
“Adik, dengar tak ni?”
Entah apa la yang dia fikirkan, Shamsul geleng kepala dengan ulah dari Sarah. Pasti ada sesuatu yang dia nak cakap esok.
“Dengar, dengar. Iya kena keluar awal la kan. Sebelum maghrib.”
—————————————————
“Nabila, awak tak cakap pun nak balik.”
Firash terkejut dengan kepulngan isterinya petang itu. Kalau la dia tahu isterinya itu sudah dua tiga hari pulang ke tanah air. Apa agaknya reaksi dia.
“Balik salah, pegi salah susah sungguh awak ni kan. Payah la macam ni. Asyik pertikai je semua benda.”
“Saya tanya ja kenapa marah macam tu sayang.”
“Firash, saya nak awak ceraikan saya. Kalau bagi talak tiga terus pun senang sikit.”
Bammmm… bagai kaca terhempas dilantai. Semudah itu isterinya meminta penceraian. Walau hati dia sedang goyah namun bukan itu yang dia harapkan dari isterinya.
“Firash! Dengar tak saya cakap ni. Kalau awak tak jumpa punca apa nak ceraikan saya. Saya boleh bagi dua sebab kukuh.”
“Ape ni sayang jangan macam ni, awak dah tak sayang hubungan kita ni ke?”
Firash masih mahu pertahankan hubungan yang bukan saja retak menanti belah, namun sudah hancur menunggu lerai.
“Sayang celah mana Firash, saya memang tak pernah cintakan awak.”
Tak pernah? Yang kejar dia di kolej dulu siapa? Yang hari-hari hantar surat meminta no telefon dulu siapa? Hantukah? Jembalangkah? 3 bulan Nabila kejar dia, setiap hari ada sahaja bunga la coklat la.
“Saya bagi awak masa fikirkan lagi. Jangan paksa saya. Kita masih boleh baiki hubungan ni.”
“Sebab pertama! Saya cintakan orang lain. Kali ni dia yang kejar saya.”
“Sebab kedua! Saya dah tidur dengan lelaki tu, entah-entah esok lusa saya mengandung.”
“Siapa lelaki tu Nabila. Kenapa awak kena curang. Tahu kan berzina sebagai isteri lebih berat hukum dia.”
“Saya tahu sebab tu saya mahu awak segera ceraikan saya. Saya tak suka dengar awak panggil sayang, dia panggil sedap dengar ditelinga saya ni. Awak pun bukan baik sangat. Jangan nak menilai saya saje.”
“Saya bukan menilai. Saya hanya cakap sebab saya masih suami awak. Ape salah saya Nabila, ape?”
Firash masih mahukan penjelasan. Jika diturutkan hati yang marah sudah keluar ayat keramat yang dia minta berkali-kali itu.
“Salah awak sebab awak tak faham kehendak batin saye. Awak tak pernah nak puaskan saye. Awak lemah! Lemah sangat-sangat.”
Nada masih lagi tinggi. Kali ni mungkin provokasinya menjadi. Syaitan pasti bertepuk tangan. Iblis akan sayangkan pengikutnya yang berjaya memusnahkan sebuah rumah tangga.
“Akhirnya saye yang lemah, sentuh pun awak jarang bagi. Sekarang awak pertikaikan saye tak pernah puaskan kehendak batin awak?”
“Dah la Firash, jangan jadi bangsat sangat masih nak pertikaikan. Kalau saye jelaskan pun tak de ape yang berubah. Awak tetap tak akan boleh terima saye.”
“Saye tanye awak, siapa lelaki tu, kalau saye bangsat, habis dia yang tidur dengan isteri orang tu kene panggil apa pulak.”
Masih tidak menjawab pertanyaan dari Firash, siapa lelaki itu. Nabila terus menerus mengasak Firash dengan kata-kata provokasi.
“Bagitahu pun awak bukan kenal. Tak kisah la bangsat ke ape. Yang penting dia hebat diranjang. Bukan macam awak.”
Firash mengenggam tangannya. Rahangnya seakan mahu patah menahan geram. Masih terus dengan kata-kata tentang ranjang. Sakit hati dia mendengar soal itu dibangkitkan. Hanya mereka tahu siapa yang selalu kecundang. Dia beristighfar panjang dalam hati. Firash terduduk. Sedangkan Nabila mencerlung memandang Firash sedikit tidak gentar. Dia mahu Firash segera ceraikan dia.
“Semudah itu awak lafazkan yang awak curang dengan saya. Nur Nabila binti Ahmad Sofian. Saya Luth Firash menceraikan awak dengan talak tiga. Saya tak akan failkan apa-apa isu tentang kecurangan awak. Jangan menambah api dalam bara yang sedia ada. Saya ambil awak dulu dengan cara baik jadi saya akan pulangkan dengan cara baik. Tolong jaga nama mummy dan daddy awak.”
Nabila sedikit tersentak dengan ayat dari Firash. Namun keras dia dengan talak tiga yang Firash berikan.
——————> ORANGE BORAHAE
ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS. MAAF ATAS KELEWATAN YANG AMAT.
Share this novel