LANGKAH 12

Romance Series 41503

“Sarah, teman ummi dekat depan. Biar abang masak dengan Shah je k.”

“Abang Shah, tak pe ke masak dengan Abang Sham je ni. Betul tak nak Sarah tolong?”

“Pegi je la kau duduk depan tu dengan ummi, tengok netflix ke apa.”

Beza sungguh bahasa kedua-dua abangnya itu.

“Jom Sarah, biar dua orang tu masak. Malas ummi nak campur. Kita duduk luar ya. Boleh sembang. Ummi malas nak tengok tv.”

“Boleh la ummi ape pulak tak boleh. Sarah lagi suke kalau sembang dekat luar.”

Ummi memegang tangan Sarah. Dia dari semalam lagi mahu bertanya bermacam soalan dengan anak perempuannya itu.

“Sarah, ummi nak tanya ni Sarah jujur dengan ummi. Boleh?”

“Boleh la ummi. Ummi nak tanya ape?”

“Sarah bahagia tak sekarang?”

“Bahagia la ummi, Sarah ada ummi ada abang-abang Sarah.”

“Maksud ummi dengan suami Sarah.”

Sarah diam sejenak. Menelan air liur berkali sebelum menjawab pertanyaan dari umminya.

“Sarah bahagia dulu ummi. Lepas Sarah berhenti kerja entah kenapa Abang Hilmi berubah. Sarah ingat Sarah je yang fikir yang bukan-bukan. Tapi dah dekat setahun dah keadaan ni.”

“Dia berubah yang macam mana tu cuba cerita dengan ummi.”

“Entahla kali keberape Sarah sebut benda ni ummi. Lepas Sarah berhenti kerja la yang pastinya Abang Hilmi mula berubah. Sarah pun tak tahu perasaan Sarah je atau memang abang ada berubah.”

“Apa yang buat Sarah rasa yang dia berubah?”

Umminya masih mahukan kepastiaan dalam tuduhan dari Sarah. Nanti baru dia komen. Dia nak dengar luahan dari anak dia dulu.

“Sekarang Sarah selalu makan sorang. Abang Hilmi selalu balik lambat. Berbual pun dah tak dah ummi. Sarah sunyi ummi sorang-sorang kat rumah tu. Kalau Sarah tahu Sarah takkan berhenti keje. Abang Hilmi selalu marah Sarah. Dingin sangat ummi.”

“Sarah dah cuba pujuk dia, atau Sarah hanya terima setiap tingkah laku Hilmi.”

“Sarah tak pernah cakap apa, Sarah masih buat macam ummi pesan. Salam cium tangan mintak maaf setiap hari. Namun entah kat mana silap dia Sarah tak tahu.”

“Sekarang Sarah dah dua malam dekat rumah ummi, ummi nak Sarah balik esok pagi. Sarah kena balik. Ummi bukan halau Sarah. Tapi ummi nak Sarah luah semua dengan Hilmi. Kalau ada yang tak betul kene betulkan sampai betul jadi dia.”

“Kalau Abang Hilmi tak mahu dengar macam mana ummi.”

“Sarah tanya apa yang dia mahu. Kalau dia tak mahukan Sarah lagi bagitahu ummi. Ummi dengan abang sendiri akan ambik Sarah balik. Rumah ni pun besar saje tak de sapa pun. Ummi je dengan Mak Leha waktu pagi.”

Dua hari ini Mak Leha tidak perlu datang kerana ada anak-anaknya.

“Baik ummi Sarah akan cuba. Ummi doakanlah untuk Sarah.”

“Tak pernah ummi tak doa untuk anak-anak ummi.”

“Sayang ummi. Terima kasih ummi selalu faham Sarah.”

“Ummi, Sarah ada seorang kawan ni. Dia baik sangat dengan Sarah. Lain kali Sarah cerita pasal dia.”

“Yela yela. Jom la kita tengok apa abang kamu tu buat didapur.”

“Jom la ummi. Sarah pun lapar dah.”

“Shah, Sham siap tak lagi kamu masak. Ummi dah lapar sangat dah ni. Adik pun dari tadi sungut lapar.”

“Nak siap dah ummi, tinggal nak goreng ayam je.”

“Masak nasik ayam la tu kan. Patut la wangi sangat bau.”

“Terharunya adik.. abang masak makanan kegemaran adik.”

“Terharu apenya adik, bukan kau sorang yang suka. Kita semua pun.”

Sengaja Shahril mengusik adiknya.

“Eh, Shah bukan Shah yang pilih menu tadi. Masak lemak ummi pun dah siap masak dah. Menu ummi dengan adik hari ni.”

“Laaa masakkan jugak ke masak lemak. Padan ke dengan nasik ayam tu. Ummi kena makan dua-dua la hari ni.”

“Abang, ummi. Sarah balik esok pagi tau. Malam ni nak tido sehari je lagi dengan ummi. Boleh? Nanti tak tahu bila lagi adik dapat balik sini. Malam ni kita tido depan tv boleh tak ummi.”

“Adikkk…”

Shamsul tak suka mendengar kata-kata begitu dari adik perempuannya itu.

“Ape kau cakap macam tu adik.”

Shahril pun sama tak suka. Risau dalam hati ni tak pernah hilang.

“Boleh sayang, malam ni kita tido depan tv. Padahal dalam bilik pun boleh je tido dengan ummi kan.”

“Ala.. saje je. Boleh k ummi.”

“Yela, dah jom makan tadi kate lapar. Abang dah siap hidang dah tu.”

——————————————————

“Abang Hilmi, tarikh tinggal lagi dua hari je tau. Kalau tak setel gak aku nak abang buat macam yang abang janji tu.”

Kamal tersengih membayangkan kerana setengah juta apa yang dia bakal dapat. Bodoh sungguh Hilmi. Hilmi semakin gelisah. Dia tahu tidak mungkin dia akan dapat putarkan waktu.

“Aku dengar kau dengan Abang Hilmi dari kelmarin dulu lagi asyik sebut tentang janji tu. Janji tentang apa tu?”

Zahrin penasaran mahu tahu. Sangat mencurigakan. Zahrin memandang Sofea disebelahnya. Sofea juga tidak tahu. Kalau ada yang tahu pun mungkin hanya Mawar.

“Mawar, kau tahu ke kenape Abang Kamal asyik sebut tentang janji tu.”

Sofea bisik pada Mawar.

“Mana la Mawar tahu, abang tu bukan nak cerita semua.”

“Kalau kau tahu bagitau aku tau.”

“Kalau aku tahu la.”

Mawar seakan tidak mahu terus bercakap soal itu. Dia berlalu ke tempat Kamal dan Hilmi bersembang. Lengan Hilmi dipegang lembut. Hilmi hanya biarkan sahaja. Jauh sudah dia tenggelam dengan dunia.

——————————————————-

“Assalammualaikum sayang. Saya call awak berkali ni baru dapat.”

“Hmm, nak ape ni?”

Kasar. Tetapi Firash masih bersabar. Mungkin Nabila penat.

“Nabila, awak balik hari ni kan. Nak saya ambil awak ke?”

Beberapa hari cuba dihubungi akhirnya hari ni dapat juga hubungi isterinya. Entah kemana arah hubungan mereka dia tak pasti lagi. Nabila seolah sudah jauh dari hatinya. Dia seakan tidak mengenali lagi isterinya itu. Nabila yang patuh(sebulan), Nabila yang rajin masak(dua bulan), Nabila yang selalu hubungi dirinya(setahun).

“Saya balik dengan kawan saya nanti. Baru je touchdown airport. Kena singgah ofis dulu.”

“Okay sayang.”

Pap. Terus letak. Firash senyum tawar. Dia tahu isterinya itu sudah tidak cintakan dia. Namun dia akan usahakan juga demi hubungan dia dan isterinya. Perkahwinan bukan permainan. Pelik bukan. Baru sampai terus kena pegi ofis. Jam sudah menunjukkan waktu tengah hari. Secara logiknya kita akan terus balik.

———————————

Malam itu selepas bentangkan tempat tidur, Sarah teringatkan Firash.

‘Esk blik’-ZA

‘Jmp?’-AZ

‘Nnt bgtau’-ZA

‘Ok’-AZ

Sarah risau memikirkan esok. Mahu berhadapan dengan suaminya. Sangat berharap semuanya akan diselesaikan dengan baik esok. Sarah termenung seketika.

“Sarah, Sarah?”

Umminya memegang lengan Sarah. Tak dengar ummi memanggil.

“Ummi panggil Sarah ke?”

“Berkali ummi panggil nama. Sarah pikir apa tu?”

“Tak pikir apa ummi. Risau je esok nak cakap macam mana dengan abang.”

“Jangan pikir sangat. Esok lalui je. Ikut kata hati Sarah.”

“Baik ummi.”

“Sarah, nak tido dah ke?”

“Belum ummi. Ummi nak tengok movie ke?”

Belum sempat ummi membalas kedua anak lelakinya turun mengusung bantal. Mahu tidur dengan mereka juga.

“La… Shah dengan Sham pun nak tido bawah jugak ke?”

“Ummi bukan tak kenal abang dua orang tu ummi.”

Tersengih kedua anak lelakinya itu.

“Movie ape nak tengok. Ummi pilihkan cepat.”

“Dah agak dah mesti cerita ni jugak.

“Hindustan.”

“Hindustan.”

“Hindustan.”

Ketiga-tiga mereka berkata serentak. Kejap lagi mesti keluar air mata. Lemah betul.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS. MAAF ATAS KELEWATAN YANG AMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience