LANGKAH 3

Romance Series 41503

Sarah sampai kerumah sebelum masuk waktu isyak. Namun suaminya belum pulang. Sarah tahu hakikat tersebut. Sarah sekali lagi m,enghubungi suaminya. Namun hampa.

Masa berlalu dan waktu isyak pun sudah masuk sejam yang lepas. Sarah masih menunggu suaminya usai solat isyak. Namun berakhir dengan dia terlena disofa.

“Sarah, Sarah. Kenapa tidur kat depan ni. Kan dah pesan jangan tunggu kalau abang balik lambat.”

“Sarah sunyi sorang-sorang kat atas. Sarah nak tengok tv sambil tunggu abang tadi.”

Keluhan halus keluar dari mulut Hilmi. Dia benar-benar tidak mahu mendengar apa-apa rungutan dari Sarah.

“Abang penat la, awak naik la ya kejap lagi.”

Hilmi betul-betul penat. Dengan tender besar terlepas tadi. Kalah dengan syarikat musuhnya.
Sarah mengangguk perlahan. Dia tahu Hilmi tidak mahu banyak bicara.

“Abang dah makan? Nak Sarah masakkan apa-apa untuk abang tak.”

Sarah cuba juga mengumpan suaminya untuk memberikan sedikit perhatian padanya.

“Dah makan. Abang naik dulu.”

Sarah sekali lagi menyalami suaminya.

“Ampunkan Sarah dan halalkan setiap sesuatu kekurangan Sarah.”

Rutin Nur Sarah tidak pernah berubah walau jenis apa juga layanan yang suaminya berikan. Setiap pagi dan setiap kali sebelum tidur dia akan menyalami suaminya meminta ampun.

“Okay. Abang naik dulu.”

Hilmi tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Kepala dia sangat serabut.

“Ya abang kejap lagi Sarah naik.”

Sarah senyum kepada suaminya. Namun tiada balasan dari Hilmi. Sarah memilih untuk mengekori langlah suaminya.

“Abang lepas abang mandi Sarah urutkan abang ya.”

“Tak payah la abang nak terus tidur. Mata dah tak larat nak buka.”

“Okay, kalau abang ada masalah apa-apa abang boleh bagitahu Sarah.”

Sarah mahu menjadi pendengar yang baik. Dia semakin terasing sejak berhenti kerja setahun yang lalu.

“Kalau bagitahu pun Sarah bukan faham.”

Suara itu tidak kasar namun cukup untuk buat Sarah terdiam. Hilmi tahu dia telah lukakan hati isterinya. Namun moodnya hilang bersama tender yang dia kalah tadi.

“Abang tidur la ya. Sarah nak turun minum air.”

Sarah turun minum air dan menyambung cerita drama korea yang buat dia terlena tadi. Namun kali ini Sarah nak menangis. Sebab itulah dia memilih untuk menangis kerana cerita sedih.

Sarah mengambil telefonnya.

‘Dah tidur?’ - AZ

‘Belum’ - ZA

‘Esk jmp kjp smpt x’ - AZ

‘8’ - ZA

‘K’ - AZ

Firash memandang telefon. Kenapalah Sarah tiba-tiba sms dia dimalam hari macam ni. Tak pernah berlaku. Disebabkan dia tahu sikap Helmi yang pernah dia lihat dua kali. Dia dapat baca sedikit sebanyak sikap lelaki tersebut.

——————————————————-

IMBAS SAAT PERTAMA KALI FIRASH BERTEMU SARAH

“Abang, Sarah nak makan nasi ayam ja la.”

“Kita makan western la, abang yang nak bayar ke awak?”

“Tapi tengahari ni selalu orang makan nasik kan.”

Sarah masih cuba memujuk suaminya. Namun dia tahu akan gagal. Ego seorang Hilmi bukan calang manusia dapat pecahkan.

“Itu orang lain. Ni abang cakap tentang abang kan. Awak ajak abang makan kan, jadi awak ikut abang nak makan apa.”

Saat mendengar perkataan ‘abang’, Sarah lebih terasa hati. Semuanya berakhir dengan dirinya.

“Okay ikutlah mana-mana pun.”

“Awak kalau nak makan nasi ayam awak pergi ja. Saya izinkan.”

“Sarah ikut abang la. Mana-mana ja.”

Firash memandang pasangan itu dari tadi. Isunya cuma tentang nak makan apa. Bagi dia isu itu terlalu kecil untuk suaminya meninggalkan dia.

“Abang tak de mood dah nak makan. Pergi la mana nak pergi. Abang balik pejabat dulu.”

Dengan ayat tu Hilmi pergi meninggalkan Sarah termanggu sendirian. Bag tangan Sarah ada dalam kereta. Silap Sarah pergi kacau tempat kerja Hilmi untuk ajak makan bersama.

“Aduh… abang, bag Sarah dalam kereta….”

Belum habis ayat Sarah suaminya pergi macam tu sahaja. Dengan Sarah lapar lagi. Duit semua ada dalam bag. Macam mana Sarah nak balik. Kunci rumah semua dalam tu.

“Abang!, fon Sarah semua dalam kereta abang. Tolong jangan buat Sarah macam ni, abang.”

Suara Sarah sudah semakin perlahan. Dia tahu Hilmi dengar. Ini adalah kali yang terakhir Sarah akan mengajak Hilmi keluar makan dari pejabatnya. Ini janji Sarah.

“Ermmm…awak ok tak ni. Kenapa awak duduk sini macam ni.”

Sarah memandang wajah seseorang yang menegurnya. Matanya berkaca.

“Awak jangan nangis, saya tolong awak ya.”

“Tapi saya tak kenal awak.”

Sarah masih ragu dengan huluran bantuan dari lelaki tidak dikenali itu. Namun raut itu tidak membenarkan Sarah berfikiran negetif tentang dirinya.

“Saya Firash. Awak Sarah kan? Jadi kita dah kenal kan. Mari saya tolong.”

“Sob, sob…”

Sarah menangis kembali. Air matanya bersyukur ada yang sudi bantu.

“Betul saya Sarah. Terima kasih Encik Firash.”

“Panggil Firash ja ya.”

“Awak pinjam telefon saya telefon suami awak ya.”

Beberapa kali Sarah cuba hubungi namun talian tidak diangkat.

“Dia tak jawab la Encik Firash.”

Sarah kembali menangis. Apalah nasib dirinya. Kenapa sejauh ini Hilmi pergi.

“Saya hantar awak pergi ofis suami awak nak tak.”

Persis bertanyakan kanak-kanak saat Firash berhadapan dengan Sarah waktu itu.

“Nanti dia marah. Encik hantar saya balik rumah ja. Saya tunggu dia sampai balik petang nanti.”

“Lambat lagi tu. Saya temankan awak ja dulu. Sebelum tu awak boleh teman saya makan dulu tak?”

Firash tahu wanita dihadapannya ini sedang lapar jadi sengaja dia mengumpan. Padahal Firash baru selesai makan tadi.

“Boleh-boleh. Err boleh tak awak pinjamkan saya duit. Saya nak makan juga.”

Firash memandang wajah itu. Tumpah simpati dalam hatinya. Kenapa dia dilayan sebegitu rupa oleh sang suami. Walau apa pun salah si isteri tidak wajar diperlakukan sebegitu rupa.”

“Boleh la. Jom kita makan nasi ayam. Awak ok tak makan nasi ayam.”

Sarah terkejut mendengar Firash mahu makan nasi ayam. Memang dia teringin nasi ayam. Firash dah mendengar semua yang belaku tadi, masakan tidak dia tahu Sarah teringin nasi ayam. Bukan susah untuk ditunaikan.

“Boleh ja.”

Sarah tersenyum. Tidak mahu terlalu nampak teruja. Masih ada insan yang baik sudi membantu dia. Walau tahu dia isteri orang, Firash masih sudi bantu.

“Eh, encik tak makan sekali ke?”

“Saya dah makan tadi. Saya tahu awak lapar kan. Makan ja ya. Saya belanja.”

“Terima kasih encik semoga murah rezeki selalu.”

“Awak makan perlahan-lahan ok. Jangan gelojoh. Saya memang tak ada kerja pun sekarang ni.”

Sarah makan dengan penuh selera. Firash tertanya apalah kisah disebalik wajah manis itu. Namun pertemuan pertama tidak membenarkan Firash bertanya lanjut. Senyuman manis Sarah sangat mendamaikan hati.

“Awak, cuba call no awak pulak mana tahu dia masih dalam kereta.”

Sarah cuba hubungi nombor telefon dia pula. Namun masih sama. Apa yang Hilmi fikir hingga sanggup tinggalkan isterinya begitu.

“Tak angkat juga la encik.”

“Kan saya bagitahu awak, panggil ja saya Firash. Kalau awak rasa saya tua dari awak, panggil ja abang.”

Sarah diam lama sebelum dia membalas.

“Saya panggil Firash ja ya. Maaf saya menyusahkan.”

“Lepas ni saya teman awak ya. Ada nak pergi mana-mana tak ni.”

“Saya tak tahu nak pergi mana lagi. Firash kalau ada kerja pergilah. Cuma pinjamkan saya duit tambang ja.”

Sarah masih risau jika Firash ini adalah orang jahat.

“La…saya kata saya temankan awak kan. Takkan awak nak tunggu suami awak balik sampai malam nanti.”

Sarah cuma pelik. Mereka baru tertemu tadi. Namun dia beria nak temankan Sarah. Macam mana kalau Firash ni seorang penjahat.

“Awak anggap saya ni kawan awak ok. Jangan risau saya tak ada niat jahat pun.”

“Kalau macam tu kita pergi perpustakaan boleh tak. Saya memang nak ke sana.”

“Boleh, kita ke sana ya.”

Permintaan wanita ini seperti seorang anak-anak. Dia mahukan yang kecil sahaja untuk dirinya.

“Lepas tu nanti kita terus pergi rumah kawan saya. Dekat dah dengan rumah. Saya tunggu sana ja kejap lagi.”

Sarah segan nak menyusahkan orang yang baru dia kenal lama-lama. Pada hemat sarah, Firash sangat baik untuk kali pertama mengenali dia.

“Yala kalau awak nak macam tu. Saya tak mahu terus paksa awak.”

Firash sebenarnya mahu Sarah tahu masih ada yang sudi membantu. Firash tumpah simpati pada situasi tadi. Dia juga punya isteri tetapi isterinya langsung tidak mahu bergantung padanya. Dia tahu pasti sukar mahu percayakan dirinya. Masih terlalu awal mahu mengorek kisah wanita itu. Berharap dapat mengikat tali persahabatan dengan dia, itu sahaja sudah memadai.

————————————————————

SELESAI IMBAS

Firash tidak sabar menunggu hari esok tiba. Dia perlukan Sarah, Sarah perlukan dia dari segi emosi. Walau kedua mereka tahu apa yang dilakukan ini salah namun sarah dan Firash mahu kekalkan persahabatan mereka.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.

ORANGE BORAHAE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience