Awak, perlu berulang kali ke abang jerit panggil nama awak tiap kali nak pakai tali leher ni.”
“Tak abang, Sarah mintak maaf tadi Sarah siram pokok.”
“Hmmm… ada ja alasan.”
Bila banyak bicara maka banyaklah ayat memedihkan dari mulut milik Hilmi.
“Abang teman Sarah makan ya pagi ni. Semalam abang janji dengan Sarah.”
“Tak sempatlah, sibuk sekarang ni.”
Sarah terkilan namun dia masih senyum. Seperti biasa seolah tiada apa yang berlaku.
“Sarah bungkuskan untuk abang la.”
“Tak payah lah, abang makan dengan klien ja pagi ni.”
Sarah salam penuh hormat. Tahu diri banyak dosa.
“Abang pergi kerja baik-baik. Ampunkan Sarah.”
“Nanti abang masukkan duit.”
Itu ayat kegemaran Hilmi sekarang. Duit duit dan duit.
—————————————————
“Sarah, kenapa semalam hantar mesej macam tu dekat abang. Sarah tahu kan bahaya.”
“Sarah lupa.”
“Tak pe la lain kali jangan buat lagi ye.”
“Sarah nak jumpa abang sekejap ja. Sarah tahu salah tapi Sarah nak jumpa abang.”
Firash pelik dengan sikap Sarah. Bukannya Firash tak mahu jumpa.
“Sayang, pandang abang sini. Sekarang bagitahu abang apa yang jadi.”
Sarah memandang Firash. Firash tahu ada sesuatu yang Sarah selindung. Wajah yang sentiasa minta dilindungi.
“Tak de apa la abang. Cuma Sarah rasa suami Sarah dah tak sayangkan Sarah. Mungkin Sarah patut undur diri dari hidup dia.”
“Apa Sarah cakap ni. Cuba Sarah tanya dia baik-baik. Dengarkan jawapan dulu.”
“Entahlah abang. Jumpa dengan abang ni pun kalau dia tahu entah-entah dia tak kisah langsung.”
Bukan baru perkara ini terjadi. Sejak 6 bulan yang lalu sikap Hilmi semakin menjadi. Entah dimana salah Sarah dia pun tak tahu.
“Kalau ada salah pada diri Sarah ni, dia boleh terus terang. Sarah akan cuba baiki.”
Sarah menyambung setelah Firash diam menunggu ayat dari Sarah.
“Sarah, bukan semudah itu tau seseorang hilang rasa sayang. Apa yang Sarah fikir mungkin bukan apa yang suami Sarah rasa. Selgi dia belum lafaz apa-apa kata-kata, Sarah tak boleh fikir macam tu.”
“Sarah bukan cakap benda ni berdasarkan fikiran Sarah ja abang. Dah lama Sarah rasa. Entahlah abang. Sarah bukan mahu membuka pekung didada ni. Tapi kadang ianya tidak terbendung.”
Firash hampir hilang kata-kata. Dia betul-betul tidak mahu kisah Sarah berakhir seperti dirinya.
“Sarah dah makan ke ni?”
“Sarah belum makan.”
“Kita makan ye.”
“Tak payah la kita balik ja. Esok abang pergi pukul berapa?”
“La…tak kan nak balik dah. Abang tengok Sarah masih tak senyum lagi tu.”
“Sarah tak de mood dah nak makan ke apa?”
“Esok abang dah nak pergi dah, Sarah jangan la masam macam tu.”
Sarah sebenarnya runsing memikirkan soal suaminya. Ingatkan jumpa Firash dia akan temui jawapan, tapi lain pula jawapan yang diterima.
“Sarah, intan payung abang. Dengar sini abang cakap ni.”
Firash memegang lengan Sarah.
“Abang bagi jawapan macam tu dekat Sarah sebab abang tahu hubungan Sarah dengan suami masih dapat diselamatkan. Jangan bertindak terburu-buru.”
“Sarah faham. Cuma Sarah risau jawapan yang akan Sarah dapat dari dia.”
“Tak pe, Sarah dengar dulu baru nanti Sarah buat kesimpulan. Boleh sayang intan payung?”
“Abang…”
“Ya sayang…”
“Sarah lapar. Boleh kita makan dulu tak?”
Firash senyum. Tadi kata lain.
“Aik, tadi bukan Sarah tak de mood ke?”
“Sarah merajuk kejap tadi. Jom la kita makan dulu. Sarah tanya tadi abang belum bagi jawapan.”
“Abang pergi esok pukul 12. Pagi tu abang teman Sarah makan dulu.”
“Ok esok abang bagitahu Sarah lain. Tunggu Sarah mesej abang je dulu.”
“Iye abang tahu. Dah ni Sarah nak makan apa. Jangan la merajuk dengan abang. Sarah tahu kan abang kisah tentang Sarah.”
“Sarah tahu, bila fikir-fikir betul juga Sarah tak pernah tanya dia tentang hati dia. Nanti Sarah akan cuba tanya.”
Sarah terpaksa akur dengan kata-kata dari Firash. Memang selama ni dia hanya fikir seorang diri tanpa bertanya. Itu pun jika dia berpeluang untuk bertanya.
“Dah, Sarah nak makan apa ni. Berapa kali dah abang tanya ni.”
“Sarah nak makan sandwich ja la. Makan tepi pantai. Boleh tak kita pergi. Jauh tak abang rasa.”
“Pantai mana Sarah nak pergi? Abang ok ja. Hari ni abang teman Sarah lama sikit la ya.”
“Pantai Morib boleh tak? Memang kena temankan Sarah.”
“Iye boleh. Kejap abang belikan sandwich dulu terus kita pergi.”
“Okay abang. Sory Sarah selalu menyusahkan abang.”
“Berapa kali dah abang bagitahu abang suka Sarah minta tolong abang.”
Sarah hanya melihat kelibat Firash pergi. Alangkah indahnya jika apa yang sedang dia lalui ini dengan suaminya.
“Sarah, jom dah ready ke ni. Nak beli apa-apa lagi tak?”
“Cukup la tu, nanti kita tengok dekat sana ja.”
Entah kenapa dengan mudah dia boleh terima Firash sebegini sahaja.
“Abang, berdosa kan kita.”
Firash menelan air liurnya mendengar kata-kata Sarah. Bukan dia tidak tahu segalanya adalah berdosa.
“Ya sayang kita berdosa dan sama-sama kita berdosa. Niat kita tidak akan pernah menghalalkan cara.”
“Ya Sarah pun tahu semua kita buat ni dosa. Sarah mintak maaf sebab Sarah mengheret abang kedalam kiah hidup Sarah.”
“Abang yang masuk dalam hidup Sarah jadi tak ada isu itu. Sarah tolong jangan mintak maaf lagi. Sarah buat abang rasa teruk.”
“Sarah mintak maaf… eh tak Sarah tak mintak maaf.”
Kebiasaan dirinya selalu meminta maaf. Yang tak salah pun dia mohon maaf.
“Dah la tu Sarah. Kita jangan sebut pasal ni lagi ya. Boleh tak?”
“Ok boleh abang.”
Dengan Sarah perjalanan yang jauh tidak terasa jauh. Dengan Firash perjalanan yang jauh diisi dengan cerita dan ketawa.
“Abang, andai nanti abang tak dapat hubungi Sarah kan, apa abang akan buat.”
“Abang akan cuba cari Sarah. Kalau Sarah tengah happy ja abang akan biarkan Sarah. Kalau Sarah sedih abang akan hulurkan tangan abang pada Sarah. Kalau Sarah sakit abang akan rawat Sarah. Abang kawan Sarah kan.”
“Betul ke abang nak buat semua tu untuk Sarah.”
“Kalau apa-apa jadi pada abang pula, apa yang Sarah akan buat.”
“Sarah akan buat benda yang sama. Abang jangan risau.”
Firash hanya tersenyum mendengar jawapan balas dari Sarah. Dia tak tahu dirinya yang patut dirisaukan. Firash seringkali terfikir jika Hilmi dapat tahu mengenai dia dan Sarah. Lelaki seego itu pasti tidak mahu hak miliknya disentuh.
“Abang, oh abang.”
“Abang, termenung apa tu. Sarah panggil berapa kali dah.”
“Tak de apa la Sarah.”
“Sarah memang tak mahu anak ke.”
Sarah diam. Hakikat yang pahit untuk ditelan.
“Errr Sarah nak, tapi belum rezeki Sarah dengan suami agaknya.”
Sedangkan hakikat sebenar, sudah 6bulan Sarah tidak disentuh oleh Hilmi. Hanya bersalam sahaja. Dalam Sarah termenung dia terlelap.
“Sarah, kita dah sampai. Selalu tak pernah pun tidur dalam kereta.”
“Sory Sarah terlena. Semalam Sarah tak boleh tidur.”
Mereka berjalan menuju ke pantai. Mencari tempat untuk duuk. Sebentar lagi akan tengah hari. Apa la yang Sarah fikir nak datang pantai waktu begini.
“Kejap Sarah, abang beli tikar.”
Sarah mengangguk sahaja. Tak sampai 10 minit Firash kembali dengan tikar dan air ditangan.
“Abang lupa beli air tadi. Jom duduk. Kalau hari Sarah nak diam ja pun tak pe tau, abang faham.”
Mereka memilih pokok rendang. Angin sepoi bahasa sesekali menampar wajah kedua mereka. Sarah juga sesekali membetulkan tudungnya.
“Abang, kalau Sarah kena tinggal dengan suami Sarah macam mana.”
Firash dah agak dah benda tu yang akan dia fikir. Macam mana la dia nak buat Sarah faham.
“Sarah kena tahu satu perkara, Hilmi tu kalau nak tinggal Sarah dia tak perlu tunggu Sarah buat salah. Bila-bila ja dia boleh tinggalkan Sarah.”
“Sarah terfikirkan ja. Entahlah abang.”
“Sarah, kalau abang cakap abang tak akan tinggalkan Sarah walau apa pun berlaku Sarah percaya tak?”
“Tak percaya. Sebab suami Sarah cakap benda yang sama dengan Sarah dulu. Manusia berubah abang. Dengan hanya sekelumit salah pun manusia mampu lupa janji.”
“Ni abang nak bagitahu beza abang dengan suami Sarah. Walau Sarah bukan milik abang, abang tak akan tinggal Sarah. Kalau ada apa jadi sekalipun abang akan tolong Sarah. Betulkan semua kekusutan. Ini janji abang.”
Sarah memandang Firash. Macam mana dia dengan mudah lafazkan kata-kata janji sebegitu.
“Sarah akan ingat janji abang. Sampai suatu saat Sarah tak mahu abang menafikan janji tu.”
“Ini janji antara sahabat Sarah, abang tak akan pernah mungkiri selagi nyawa dikandung badan, selagi tiada aral yang mendatang.”
“Iye, Sarah faham. Dah k jangan banyak berjanji takut abang termakan janji.”
“Ya la abang faham, point abang nak Sarah tahu yang abang ada walau apa pun dugaan yang Sarah nak tempuh.”
Masuk waktu zohor mereka menunaikan solat di masjid berdekatan. Mereka masih terus disitu berbual hal yang tiada kaitan dengan hati dan perasaan. Jauh sekali menyentuh aib diri.
“Lepas kita tengok matahari terbenam kita balik ja ya. Sarah lapar tak?”
Jam sudah menunjukkan waktu 4petang.
“Makan merepek-merepek je dari tadi. Lapar jugak la.”
“Tunggu sini abang belikan apa-apa.”
“Kalau ada nasik lemak beli 3 untuk kita.”
“Okay, tunggu situ.”
Firash kembali dengan nasi lemak 3 bungkus.
“Kenapa 3 Sarah.”
“Dua banyak sangat, Sarah nak makan satu setengah bungkus.”
“Lagi setengah abang ke kena habiskan?”
“Yala sapa lagi nak habiskan.”
“Yala abang tahu, saja usik Sarah.”
Seleai makan mereka solat asar. Menunggu matahari terbenam.
“Indahnya ciptaan Tuhan kan abang. Lama Sarah tak nikmati masa macam ni.”
“Sekarang kan Sarah dapat dah. Lain kali abang bawa lagi ya. Dah lewat ni kita kena balik.”
Firash menarik tangan Sarah untuk bangun. Sarah seolah malas mahu pulang hari ni.
——————> ORANGE BORAHAE
ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS.
ORANGE BORAHAE
Share this novel