LANGKAH 25

Romance Series 41503

“Hah sarah, dari tadi akak tengok asyik terjengok-jengok dekat luar tu kenapa, cari sape Sarah?”

“Eh mana ada la kak, Sarah saje je tengok luar tu.”

Cari Firash la tu.

“Hurmmm yela, akak nak solat kejap. Sarah duduk sini tunggu la gerangan yang ditunggu itu. Sarah dah solat ke?”

Sengaja dia mengusik Sarah.

“Dah kak, tak tunggu sape la akak.”

Selesai solat Latifah membawa bekas ubat untuk menyapu ditangan Sarah.

“Sarah, jom kita sapu ubat.”

“Sarah boleh buat kak, meh Sarah buat sendiri okay?”

“Hurmmm…ikut kamu la. Kalau akak tak bawak bekas ni sendiri tak ambik sapu krim tu. Bagi cepat lega tangan tu. Kalau biar nanti kudis kering lagi sakit.”

“Sorry k kak, Sarah lupa. Ni akak bawakan bekas baru teringat.”

“Itu la dari tadi asyik menung ingatkan siapa la kan.”

“Tak pun la kak.”

Sarah menyapu krim sambil berkerut dahinya. Berpeluh nak sudahkan menyapu luka itu. Firash sampai bertepatan dengan Sarah usai menyapu ubat. Dia segera menyarung tudung dan menutup kembali lengannya.

“Kemana je la kamu ni adik. Lama Sarah tunggu kamu tahu.”

“Ishh akak ni mana ada saya tunggu pun.”

“Ada hal sikit tadi kak, alo lo tunggu abang ke Sarah.”

Sarah menjeling Firash dengan jelingan maut.

“Siap dah ke Sarah.”

“Siap apa sapu ubat ke? Dah siap dah.”

Sengaja pura-pura tak faham.

“Kak, Rash bawak Sarah keluar kejap boleh?”

Sarah memandang Firash, baju dia pakai tu sama macam lelaki dalam mimpinya. Kenapa masih samar ya?

“Sarah nak ikut Firash keluar ke?”

Suara diperlahankan, bimbang didengari oleh kesayangan Firash.

“Boleh ke kak saya ikut abang Firash?”

“Kita tanya dia dia tanya kita balik. Nak ikutkan akak tak de hak nak halang Sarah, cuma Sarah hati-hati la ya.”

“Sarah pegi siap kejap ya kak.”

Latifah memandang Sarah hingga hilang dari pandangan. Baru dia bercakap dengan Firash.

“Adik, bawak Sarah tu hati-hati tau. Masa akak jumpa dia tu dia macam lari dari orang. Sbb tu la akak elak sangat lapor pada polis. Dia pulak dah tak ingat lagi susah nak tahu punca dia kena macam tu.”

Firash terkejut. Lari dari orang? Suami dia ke? Semakin difikir semakin sukar dia nak lengkapkan puzzle ni. Yang penting Sarah kena ingat dulu.

“Akak, saya susah nak cerita dengan akak sekarang. Tapi saya janji saya akan jaga Sarah baik-baik.”

“Iya akak percaya la dengan kamu. Dekat abang kamu dah bagitahu ke?”

“Dah bagitahu tadi. Abang pun okay je.”

Padahal lagi macam polis Faris tanya dia soalan. Tersengih Firash teringatkan soalan dari Faris.

“Abang, aku nak bawak Sarah keluar kejap petang ni.”

“Eh…kau tu ada bini tahu jangan senang je nak bawak anak orang keluar.”

“Aku kenal dia la Is, aku mana ada bini dah.”

“Jangan nak menipu aku kau ada bini kan, Nabila tu nak campak mana?”

“Mama tak tahu tau aku dah cerai dengan dia. Ni kau je baru aku bagitahu. Sarah tahu aku dah cerai la abang.”

“Sebab dia ke kau cerai bini kau. Apasal kau boleh bagitahu Sarah pulak. Sebab dia ke kau cerai dengan bini kau tu Rash?”

“Ish kau ni Is banyak tanya la. Kau tak percaya adik kau sendiri ke? Bukan sebab Sarah la.”

Firash mematikan ayatnya setakat itu sahaja. Dia tidak melanjutkan mengenai Sarah sudah bersuami. Nanti lagi banyak persoalan.

“Percaya la tapi kan kau tu manusia jugak Rash. Mana tahu kalau salah tu punca dari kau.”

“Bukan salah aku Is, dia dah tak mahu dengan aku apa aku boleh buat. Malu nak bagitahu dengan semua orang yang aku dah cerai. Kawin macam main-main je rasa. Dengan mama lagi aku malu nak bagitahu.”

Salah satu punca dia tidak mahu berterus terang tentang hal itu sebab macam ni la. Malu sangat-sangat. Kawin tak sampai berapa tahun.

“Dengan aku pun kau nak malu kan. Sampai hati kau.”

Sengaja nak pura-pura merajuk walaupun dia tidak jauh hati dengan tindakkan adiknya itu. Dia dah lama dapat meneka soal itu.

“Eh okay la Is aku nak bagitahu tu ja dengan kau. Aku nak bawak dia keluar. Aku kenal dia dah lama dah. Kau jangan nak fikir bukan-bukan pulak.”

“Yala aku percayakan kau la. Aku tak fikir bukan-bukan pun kau yang perasan.”

“Terima ya Faris sebab percayakan Firash.”

“Ishhh bodoh la kau ni Rash. Benci aku.”

———————————-

Sarah memang cuma ada beberapa pasang baju sahaja. Sebabnya itu ikhsan dari Latifah dan Faris yang belikan dia baju. Jadinya dia terima dengan hati terbuka. Firash memandang Sarah tanopa menyedari Latifah sedang memandangnya.

“Rash, kau tengok ape sampai macam tu, anak orang tu tau.”

Sama saja dua suami isteri asyik ingatkan Firash mengenai itu. Diaorang mana faham yang dia rindu Sarah separuh mati.

“Sarah pakai baju biasa je takpe kan abang. Kita nak pegi mana je ni?”

“Ikut je la, pakai apa pun cantik dah abang tengok.”

Sarah tertunduk malu mendengar kata-kata Firash. Hatinya semakin yakin lelaki ini adalah seseorang kesayangan dia. Entah-entah tunang dia atau suami dia tak?

“Dah pegi cepat nanti bangun Atiya tu kamu jangan mimpi nak keluar lagi dah.”

“Jom Sarah. Dah ready kan.”

“Dah, akak Sarah pegi kejap ya?”

Sarah salam dengan Latifah. Dia tidak gunakan tangan kirinya. Luka semakin berkudis akibat luka yang dalam dan semakin mengering. Pergerakkan yang banya menyakitkan tangan Sarah. Firash nampak wajah Sarah berkerut setiap kali dia gerakkan tangan kirinya itu.

“Abang Firash, betul kan abang kenal Sarah. Cepat la bagitahu.”

Sarah dah merengek mahu tahu samaada Firash kenal dia atau tidak, namun Firash hanya senyum. Sarah dah mula diam. Firash tanya apa pun dia tidak mahu menjawab.

“Sarah nak makan cendol tak?”

Diam. Tidak mahu jawab. Airliur dah berkumpul sebab terliur teringatkan cendol. Namun Firash berhenti beli untuk Sarah walau wanita itu tidak mahu menjawab.

“Sarah tunggu sini tau abang pergi beli.”

Masih diam. Dalam hati dah seronok. Sarah memandang keliling, semua kawasan ini seolah berada dalam ingatan namun dia tidak ingat bila dan untuk tujuan apa.

“Sarah, nah rasalah. Sarah tak pernah makan kan?”

“Macam pernah la, abang ke yang bawak Sarah?”

“Ya…Sarah suka cendol ni. Abang kenal Sarah tak la lama tapi abang tahu banyak benda tentang Sarah.”

“Abang suami Sarah ke?”

Firash diam, kalaulah dia suami Sarah kan mudah segalanya. Namun sayangnya dia sedang menanggung dosa membawa isteri orang.

“Kalaulah Sarah isteri abang kan senang. Tapi memandang Sarah menjadi dosa, menyentuh Sarah menjadi dosa. Sarah..”

“Sarah tahu apa abang rasa? Itu kan ayat abang nak cakap?”

Belum sempat Firash menghabiskan ayatnya Sarah menyambung ayat yang pernah diungkap sebelum ini.

“Macam mana Sarah tahu apa abang nak cakap?”

“Kan Sarah pernah mimpi. Entah-entah bukan mimpi tak abang. Abang bukan suami atau tunang Sarah?”

“Bukan sayang, abang kawan Sarah.”

“Abang boleh tak jangan selalu sebut sayang.”

“Sarah ingat Sarah pernah cakap dekat abang macam tu tak?”

“Tak ingat tapi semua ingatan macam ada dalam diri Sarah. Apa hubungan kita sebenarnya abang.”

“Sebelum abang bagitahu boleh kita ke tempat seterusnya tak?”

“Lewat la kita balik kejap lagi abang, jauh tau kita datang ni.”

Firash mahu bawa sarah ke pantai dalam mimpinya.

“Kejap je sayang ikut abang please.”

Sarah langsung tidak mahu menolak, dia sangat-sangat selesa dengan kehadiran Firash.

“Abang, siapa Hilmi?”

Firash gelisah, macam mana nak jawab soalan macam tu.

“Nanti sampai sana abang cerita semua ok? Sarah sabar kejap ya.”

Sepanjang jalan Firash mengatuir pelbagai cara untuk dituturkan kepada Sarah.

“Abang ni semua suruh sabar tau.”

Sepanjang jalan Sarah diam lagi, sedikit sebanyak dia mula dapat memorinya yang dirasakan mimpi sebelum ini.

“Sarah, kita dah sampai. Sarah ingat tak tempat ni?”

Sarah memandang sekeliling. Bau yang sama, bunyi yang sama dan Firash memakai baju yang sama seperti dalam mimpinya. Cumanya dia sahaja memakai baju yang berbeza.

“Abang, maaf Sarah tak kenal abang. Tapi Sarah kenal tempat ni,bau ni dan bunyi ni.”

Sarah mendekatkan dirinya dengan Firash, ya haruman yang sama dengan lelaki dalam mimpinya.

“Kenapa ni Sarah, abang busuk ke?”

“Bukan la, bau abang dengan baju abang sama macam dalam mimpi Sarah.”

“Abang sanggup tau pakai baju ni demi nak Sarah ingat balik. Usaha la abang ni balik tadi rumah selongkar cari baju ni.”

Airmata Sarah tergenang, memori dia seakan halilintar menusuk kejantungnya.

Aku dah kawin? Sarah melihat jarinya. Siapa suami dia?

“Abang, Sarah isteri abang kan. Betul tak? Kan abang?”

Sarah memegang tangan Firash. Dia cium tangan itu dengan airmata masih mengalir.

“Abang, Sarah minta maaf. Sarah tak kenal suami Sarah sendiri.”

Namun dia teringat saat Firash katakan dia berdosa saat bersama dengan Sarah. Belum sempat Firash katakan sesuatu dia lekas melepaskan tangan Firash.

“Kejap..abang bukan suami Sarah, abang bukan. Jadi siapa abang kenapa abang masuk dalam mimpi Sarah. Siapa yang Sarung cincin dekat tangan Sarah?”

“Sarah, pandang abang sini. Jom kita jalan sana jangan risau abang akan ceritakan semua ok.”

“Sarah dah kawin, sekarang umur Sarah dah 25 tahun macam tu. Kita kenal masa abang suami orang. Dan Sarah masih isteri orang. Sarah menangis teresak-esak sebab suami Sarah tinggalkan Sarah masa tu tak ade fon tak ade duit dan Sarah lapar masa tu. Jadi abang tolong Sarah. Lepas pada tu kita selalu keluar dan jumpa dan Sarah cakap semua dengan izin suami Sarah. Nama dia Hilmi macam yang Sarah tanya tadi.”

“Jadi abang bukan suami Sarah? Mana suami sarah? Kenapa abang je dalam mimpi Sarah?”

Pertanyaan itu kedengaran kecewa. Dan lebih penting lagi dia dah bersuami. Jadinya Firash semakin jauh dari dirinya. Hatinya yang berbunga, jantungnya yang berdebar semua palsu?

“Sarah nak balik.”

“Sayang dengar sini, pandang abang sini. Apa yang Sarah mimpi semua tu real tau. Semua tu memang pernah terjadi. Abang tak tahu Sarah lari dari siapa dan kenapa. Yang pasti malam kejadian tu Sarah hantar sms dekat abang bagi nombor telefon abang Sham dekat abang.”

“Jadinya Sarah percayakan abang lebih dari suami Sarah?”

“Abang tak tahu sayang, abang buntu nak tafsir kejadian yang timpa sayang ni. Tolong jangan merajuk dengan abang, separuh mati abang fikir masa Sarah hilang.”

Lemahnya seorang Sarah berhadapan dengan lelaki seperti Firash. Ingatannya mengenai Firash masih samar namun dia percaya dengan setiap bait kata dari Firash.

“Sarah takut fikir perasaan Sarah sekarang, macam mana Sarah mimpi abang dan kecewa bila abang cakap abang bukan suami Sarah sedangkan Sarah dah ada suami. Kenapa wajah dia Sarah tak ingat langsung.”

Sarah kecewa sangat-sangat mendengar kalimat bahawa ini bukan suaminya. Kenapa dan kenapa berkali-kali ditanya didalam hatinya.

“Sarah, kita usaha sama-sama okay. Esok abang bawak Sarah jumpa dengan ummi dan abang Sarah ok. Abang akan bantu Sarah.”

“Abang janji tau jangan tinggal Sarah.”

Sarah membiarkan tangannya dipegang Firash saat berjalan ditepi pantai. Dia tenang begitu.

“Abang nak tengok tangan Sarah boleh?”

Firash mencuba sekali lagi mana tahu kali ini Sarah akan bersetuju dengannya.

“Boleh.”

Tanpa berfikir terus sahaja dia setuju. Sarah menyelak perlahan lengan bajunya. Firash membelek luka ditangan Sarah. Muka Firash sangat-sangat terluka. Dia tidak mampu menyembunyikan rasa. Siang begini lebih jelas luka itu.

“Abang sentuh ni sakit tak?”

“Sakit sikit ja.”

“Sarah tak ingat ke luka ni kena macam mana?”

“Tak ingat la abang, puas dah Sarah fikir memang tak tahu.”

“Dah tanya dengan Kak Ifah tak, dia yang jumpa Sarah kan.”

“Belum la abang, masa mula tu Sarah macam lost. Tak kenal pun Abang Faris dengan Kak Ifah masa tu. Tapi dua-dua nampak baik je Sarah tak banyak soal. Semua persoalan dalam hati je.”

“Sarah panggil Faris, abang jugak ke?”

“Tak panggil pun, kenapa tu abang?”

Sarah pelik dengan soalan tak wajar dari Firash.

“Tak la abang saja tanya je.”

Jantung dia dah macam apa dah berdebar pulak fikir Sarah panggil orang lain abang. Padahal Sarah tentu dah biasa sebab mempunyai dua orang abang. Ketawa dia memikirkan kebodohan diri.

Andai hati mudah dirawat seperti luka ditangan, maka mudahlah untuk Firash menyapu luka itu. Namun sayangnya Sarah masih belum haknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience