Hampir pukul 4 pagi baru Firash terjaga dibirai katil Sarah. Wajah itu tak jemu direnung. Walau dia sudah berada didepan mata Firash namun Firash masih belum boleh berpuas hati. Banyak kerisauan dihatinya.
Sarah bagun awal pagi itu untuk menyediakan sarapan untuk keluarga yang membantunya. Tangan yang sakit bukan halangan untuk dia. Dia sangat terhutang budi dengan Kak Ifah dan Abang Faris aka Doktor.
“Awalnya dia bangun. Tak sempat akak nak tolong dah siap masak dah Sarah masak. Tangan tu belum sembuh betul lagi.”
“Ish masak biase ja la kak. Nak ikutkan akak buat macam-macam untuk Sarah.”
“Berapa hari je Sarah dekat sini.”
“Kak Ifah, Abang Faris nak bawak saya jumpa kawan dia dekat mana?”
“Dekat klinik dia ja Sarah, suruh Firash hantar jap lagi ok?”
“Akak, terima kasih tau jaga Sarah dan dah selamatkan Sarah. Hanya Allah mampu balas jasa akak dengan abang.”
“Jangan macam tu Sarah, nanti Sarah datang sini lagi tau. Mana tahu nanti kita jadi biras kan.”
“Tak tahu la kak Sarah ni banyak sangat susahkan Firash.”
“Akak tak pernah tengok Firash sampai macam tu sekali. Dengan isteri dia selalu serabut nampak dia. Dia datang sini pun selalu sorang je. Nak elak balik rumah mama. Kalau mama dengar dia balik sini mama tak bising sangat.”
“Takpe la kak ada la tu sebab dia kan kak.”
“Sarah tahu kan kisah Firash. Kesian dia. Abang Faris bising dekat dia sebab cerai tak bagitahu. Tu mama tak tahu lagi.”
“Sarah tak ingat semua lagi kak. Jom kak kita makan.”
Sarah mahu mengelak bercakap mengenai hal peribadi Firash. Hatinya terasa seolah ada belati tajam.
“Hah adik bangun pun. Jom makan.”
Firash senyum memandang Sarah. Berapa hari ni dia dapat melihat wajah itu sebelum tidur dan waktu bangun tidur. Bahagia rasa hati.
“Sedapnya kak bihun goreng ni. Selalu akak buat tak sedap macam ni pun.”
“Banyak songeh kan kau Rash. Akak bagitahu Abang Is biar dia bagitahu rahsia adik semua dekat mama. Sarah yang masak hari ni.”
“Patutla sedap.”
Sarah masih diam sahaja. Latifah sudah tahu punca. Firash juga tahu dia dengar tadi dua insan itu bercerita. Kejap lagi sahaja dia pujuk wanita kesayangannya itu.
“Sarah naik atas siap kejap kak.”
“Yela pegi la.”
Firash hanya memandang Sarah naik keatas. Lkatifah memandang tingkah laku adik iparnya itu.
“Adik, nanti dak selesai semua kau jadikanlah dia isteri kau yang sah. Rugi tau kalau tak ambik dia jadi isteri.”
“Ish akak ni, Rash tak tahu situasi lagi. Berdebar fikir tau kak. Rasa macam tak mahu hantar dia balik dekat family dia. Tapi tak gamak pulak.”
“Doa la banyak-banyak Rash. Sekurangnya kau tak tepuk sebelah tangan tau dik.”
“Selalu doa kak. Memang la tak tepuk sebelah tangan sebabnya kalau sebelah tangan irang tak panggil tepuk.”
“Main-main kau kan. Nanti kau siap la jawapan dekat mama. Mama tak tahu lagi kan kau cerai dik.”
“Tak tahu lagi. Entah la serabut kepala nak bagitahu pun. Mesti mama salahkan Rash.”
“Kau kan lelaki. Mesti kau yang akan salah setiap kali.”
“Pandai akak kan, kalau Abang Is semua betul je. Kalau Rash ni takde sapa nak sebelahkan.”
“Alolo.. merajuk pulak. Akak percaya kau tak salah. Akak kenal kau lebih dari ex kau tu.”
“Malas sebut nama dia. Nanti Sarah dengar lagi teruk muncung dia tu.”
Latifah lega melihat senyuman adik iparnya itu.
IMBAS SEWAKTU FIRASH DATANG KERUMAH SEMASA MASIH SUAMI NABILA
“Adik, mana isteri kau.”
Latifah sungguh pelik, wanita itu bukan tidak cintakan Firash, dia yang terkejar-kejar Firash sampai Firash setuju. Akhirnya begini saja yang dia buat.
“Dia tak datang la kak. Mama dah bising dah Nabila selalu tak mahu datang rumah. Terpaksa bagitahu datang rumah Abang Is.”
“Sanggup kan kau datang sini semata nak bagi isteri kau nampak baik pada mama. Nanti mama akan tanya jugak bila nak balik. Last dia jumpa masa raya. Tu pun sekejap sangat datang.”
“Kau bukan tak tahu dia Is. Aku letih dah cakap. Cakap lebih terus dia mintak cerai tahu.”
“Dia yang dulku terkejar kau macam orangn sasau sekarang senang je mintak cerai. Gila ke apa.”
Kedua-dua suami isteri itu sakit hati dengan layanan yang diterima oleh Firash dari Nabila.
“Aku harap kau dapat bersabar la Rash.”
“Entahla adik, akak sebagi isteri pun tak tahu nak komen ape sebenarnya. Nak salahkan dia sepenuhnya pun nanti dia akan cakap kita yang salah.”
“Biar je la kak. Selagi boleh sabar Rash sabar.”
Pada waktu ni dia baru sahaja berkenalan dengan Sarah. Kerja di yang tak menentu membuatkan dia jarang dapat berjumpa dengan isterinya.
————————————
“Jom, akak tak pegi sekali ke kak?”
“Tak kot Sarah. Kejap lagi kita jumpa dekat rumah je ya. Sarah nak jumpa keluarga Sarah pukul berapa?”
“Balik klinik ni kemas-kemas terus pegi. Boleh kan kak?”
“Boleh la Sarah. Kesian ummi Sarah tunggu lama dah nak jumpa anak dia.”
“Terima kasih kak.”
Didalam kereta seperti sangkaan Firash Sarah hanya diam membisu. Tak faham sungguh dekat mana Firash bersalah.
“Sarah, abang ada buat salah ke?”
“Tak ade pun. Kenape tu abang.”
“Diam je dari tadi. Makan tadi pun tak pandang abang langsung pun.”
“Abang tak salah pun. Sarah cuma cuba bagi ingat balik semua memori tu. Kenape kan Sarah ingat sikit sangat. Tak faham la.”
“Bukan sebab Kak Ifah sebut tentang bekas isteri abang ke?”
“Tak nak sebut la tentang tu lagi abang. Sarah rasa perit kat hati ni.”
“Yela yela abang sory k. Dah tu jangan la muncung macam tu. Terseksa abang tengok.”
Firash mengambil tangan Sarah dah menggengam jemari itu.
“Senyum dah ni mana ada muncung. Sampai hati abang cakap Sarah muncung.”
“Abang, masa abang kenalkan diri abang dekat Abang Sham kan, dia cakap ape?”
“Hah, baru nak tanye hari ni kan. Tahu pun risau.”
“Sarah tak ingat nak tanya la. Kadang tu fikir jugak. Takut semua ada.”
“Abang kenalkan sebagai kawan Sarah. Tak cerita apa pun lagi. Nanti sarah cerita la ya. Guna la versi apa pun abang tak kisah.”
“Sarah cerita betul-betul okay tak?”
“Sarah lebih kenal keluarga Sarah kan. Abang ikutkan je.”
Sarah merenung keluar tingkap, kalau Abang Sham memang mudah sikit. Abang Shah memang masak la dia.
“Kalau Abang Sham ok lagi, kalau Abang Shah tak tahu la ape Sarah nak kena.”
“Hadap je la Sarah, benda ni memang tak boleh elak. Sarah yang bagi no Abang Sham dekat abang kan.”
“Yela salah Sarah.”
“Merajuk la tu kan. Sarah ingat semua dulu nanti kita sembang lain. Dah sampai dah ni nak abang teman tak?”
“Abang temankanlah. Entah sape la kawan doktor tu kan.”
“Jumpa dulu. Dah jom.”
“Assalammualaikum Aaris, Abang Is ada tak?”
“Mesti la ada kat dalam. Dengan kawan dia. Kalau Sarah sampai dia suruh masuk terus. Rash nak masuk sekali ke dengan Sarah. Waalaikumsalam.”
“Ni boleh masuk terus ke? Masuk sekali boleh kot kan. Ada undang-undang tak.”
“Boleh la. Sengaja kan kau ni Rash.”
“Gurau Aaris.. jangan mudah sangat melenting.”
“Assalammualaikum Doktor.”
“Waalaikumsalam, jemput duduk Sarah. Kenalkan ni kawan saya Doktor Zahrin. Dia doktor neurologi. Awak boleh bagi tanya dia apa-apa soalan mengenai keraguan awak sekarang ni.”
“Saya Sarah doktor.”
Zahrin terdiam memandng Sarah. Wahhh kecil betul dunia ni kan. Macam mana isteri Hilmi ada sini. Hilang ingatan?
“Sarah, tak kenal saya ke?”
“Tak ingat la doktor. Kita pernah jumpa ke.”
“Kau kenal dia ke Rin?”
“Jap lagi aku jawab benda tu. Tak pe awak duduk dulu. Last benda yang awak ingat apa ya.”
“Semalam saya ada ingat tapi tak penuh ingatan tu.”
Sarah memandang Firash meminta pendapat, kalau Firash angguk Sarah akan teruskan cerita dia. Sarah ceritakan apa yang terjadi dan disebabkan Zahrin kenal dengan Hilmi dan Kamal dia sangat terkejut. Disangka mereka hanya berjumpa kerana melabuh dengan projek syarikat Kamal.
“Badan kita ada sejenis bentuk pelindung. Kalau kita rasa ingatan itu terlalu sakit untuk diingat, kadang badan kita memilih untuk melupakan. Tetapi bila jumpa dengan orang atau benda yang berkaitan dia kemungkinan ingatan tu akan kembali.”
“Dari apa yang kau bagitahu aku kan Faris, dia tak ada kecederaan langsung bahagian kepala. Jadinya keadaan dia sekarang tak bahaya. Ingatan dia akan segera pulih sedikit demi sedikit.”
“Jadinya dia tak perlu ke hospital untuk rawatan susulan la kan.”
“Bagi pendapat aku, kalau ingatan dia masih tak pulih macam biasa, dia boleh datang jumpa aku dekat hospital.”
“Tangan yang Doktor Faris cakap kena toreh tu boleh saya tengok.”
Sekali lagi Sarah memandang Firash. Firash angguk. Sarah selak tangan bajunya dan Zahrin mendekat untuk buka balutan tangan itu.
“Boleh Doktor.”
“Ni boleh jadi salah satu punca dia tak mahu ingat. Tapi dari cerita dia tadi, dia ingat kejadiaan yang menimpa dia pada hari tersebut. Agak teruk juga luka ni, dalam torehan dia.”
Firash nampak tak senang duduk apabila Zahrin masih memegang lengan Sarah.
“Kamal ke buat semua ni Sarah?”
“Ya agaknya. Sebab dia jual saya dekat Kamal. Doktor kenal Hilmi dengan saya ke?”
“Saya ke rumah awak dengan kawan-kawan semua hari tu. Nanti Sarah akan ingat juga ok. Jangan paksa diri.”
“Baik doktor.”
“Faris, kita kena buat laporan polis. Aku boleh tolong umpan dia keluar. Aku tak rasa dia ada dekat rumah lagi sebabnya Maria macam nak gila cari dia. Maria tu sugar baby dia.”
“Kau pun main sugar baby ka Rin.”
“Tak la, aku kawan je dengan salah sorang tu. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak.”
“Jadinya dia ada sugar baby selama ni. Sugar baby tu perempuan muda yang teman kemana-mana kan. Betul kan abang ape yang Sarah fikir.”
Seolah memohon Firash mendekat, Firash faham.
“Ya Sarah, macam tu la nampak gaya dia. Tak pe kita jumpa family Sarah dulu nanti kita fikir yang lain-lain ok. Dah jangan paksa diri nak ingat semua.”
Zahrin menyerahkan kad dia kepada Firash. Dia akan bantu Sarah. Tak sangka dia akan jumpa Sarah disini. Sofea pasti seronok tahu Sarah disini.
“Maafkan saya Sarah sebab tak pergi cari awak lepas Sofea mengadu pada saya apa yang jadi. Masing-masing nak elak berdepan dengan Kamal.”
“Lepas ni saya nak buat laporan polis. Nak cerita semua pun tak ingat semua. Abang, jom balik Sarah nak balik.”
Ingatan yang berlubang disana-sini semakin lengkap kini. Wanita disisi Hilmi malam itu adalah sugar baby dia. Mereka pernah datang rumah dia. Sanggupnya la dia dilakukan sebegitu rupa.
“Ya, ya jom kita balik. Abang, aku tak tunggu kau dah kejap lagi, aku nak bawak Sarah jumpa keluarga dia kejap lagi.”
“Nanti kau bawak dia datang sini lagi Rash.”
“Ok baik. Dah Sarah jom, abang cakap jangan fikir-fikir kan. Abang ada kan dengan Sarah.”
Zahrin hanya perhatikan kemesraan Sarah dan Firash. Hilang sahaja kelibat mereka terus dia bertanya kepada Faris.
“Is, apa hubungan adik kau tu dengan Sarah?”
“Gila ke kau ni. Hubungan kawan la. Jangan macam-macam eh.”
Zahrin tahu ada sesuatu antara kedua itu. Dia harap sangat Sarah akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik.
Bagaimana agaknya reaksi ummi dan abang-abang Sarah menyambut kesayangan mereka pulang? Kalau kita berada ditempat Sarah apa yang kita rasa apabila satu persatu ingatan yang datang tidak mendamaikan hati. Malah mendukacitakan apabila tahu dengan lebih lanjut lagi.
Share this novel