LANGKAH 11

Romance Series 41503

Firash memandang sekilas telefonnya. Masih belum ada sms atau panggilan dari Sarah. Semalam katanya nak jumpa lepas dia balik kerumah. Tp diam sahaja. Dah seharian lebih dah ni. Masih berfikir mahu sms Sarah atau tidak. Sms terakhir yang diterima pagi semalam.

Letih masih tersisa. Dia balik awal setelah selesai urusan kerjanya. Masih menanti kalau-kalau Sarah mahu bertemu dengannya esok. Namun saat jam menunjukkan pukul 11 malam Firash berputus asa. Dia tahu Sarah tidak akan menghubunginya lebih lewat dari waktu itu.

——————————————————————————-

“Sarah pegi goreng keropok ikan kejap. Macam lame lagi je nak sembang ni kan.”

“Pegilah dik, memang lame lagi la nak tido. Baru pukul sebelas kot.”

Shamsul dan Shahrul menghantar pandangan pada Sarah. Kerisauan membelenggu kedua hati mereka.

“Bang, tak boleh ke kau buat sesuatu dengan Hilmi tu. Aku risau la abang. Kau tak risau ke aku tengok tenang je.”

Shahrul membuka kalam yang dari tadi bermain dibenaknya.

“Abang ni lebih dari risau tau, kau nampak je abang macam tenang. Dalam hati abang ni entah la macam-macam abang fikir. Kita nak tuduh terus pun tak boleh sebab benda belum jadi lagi.”

Shamsul memelilih jalan yang lebih tenang berbanding Shahrul.

“Takkan kau nak tunggu benda jadi dulu baru nak bertindak, aku tak risau Hilmi tu tau. Aku risau adik kite tu je.”

“Kau percaye la Shah, abang ni selalu perati je Hilmi tu. Bukan jauh dia dengan abang. Kalau abang bising-bising nanti takut jadi yang bukan-bukan. Dia tu suami Sarah, macam mana pun tetap dah kite tak boleh nak masuk campur sangat.”

“Aku faham tu bang, tapi kita tak boleh lepas pandang langsung la si Hilmi dengan Kamal tu.”

Shahrul terpaksa akur dengan hakikat yang Sarah itu isteri orang.

“Jangan risau Shah, abang memang selalu pantau. Cuma soal Kamal tu kita tunggu je macam mana nanti.”

Tak sampai 10 minit Sarah kembali dengan sebekas keropok ikan.

“Sembang tak tunggu orang pun kan. Dengar sampai dapur berbual apa la abang dua orang.”

Sarah tahu kedua abangnya risaukan dirinya. Dia dengar serba sedikit butiran perbualan mereka tadi.

“Ada la sembang hal ehwal semasa je.”

Hampir jam 1 pagi baru masing-masing dah mula perlahan perbualan. Ada sahaja topik yang diceritakan. Sarah tiba-tiba teringatkan Firash. Pasti lelaki itu menunggu dia. Ada topik yang Sarah tak sempat pun nak mencelah.

“Sarah tak ngantuk lagi ke ni, jom masuk tido esok pagi kite keluar sarapan lepastu pegi pasar dengan ummi. Lame tak jalan sekali. Ummi mesti mesti dah mane-mane la tidur tu.”

“Ngantok dah jugak, Abang Shah dengan Abang Sham ngantok tak lagi?”

“Ngantok dah juga. Jom la kite.”

“Abang naik dulu adik nak basuh cawan.”

“Pergi la abang tunggu Sarah siap basuh baru naik.”

Shamsul tahu Sarah benci keseorangan. Pesanan itu pernah disampaikan pada Hilmi. Dengan kesibukkan Hilmi Shamsul tahu Sarah sering keseorangan. Dia lebih dari hairan lagi adiknya itu tidak mahu berkongsi apa-apa cerita. Kalau dulu selalu dapat panggilan dari dia. Sekarang nak tengok dia seyum pun susah. Nak dapat call lagi la susah.

“Jom abang. Ngantok sangat dah adik pun. Esok lepas subuh jangan tido balik tau.”

“Ya la abang tahu. Assalammualaikum adik.”

“Waalaikumsalam.”

“Dik, saranghae…”

“Sarah pun..”

Sarah senyum pada abangnya. Mujur dia masih ada abang yang menyayangi dirinya.

————————————

Sarah teringatkan Firash. Dia menghantar sms ringkas pada Firash. Berharap Firash belum tidur.

‘Ada dekat rumah ummi, dah tdo?’- AZ

‘Call?’-ZA

‘Kjp je’-AZ

Firash lega mendapat pesanan dari Sarah. Dia menunggu dari pagi tadi. Mahu ditelefon risau mengundang curiga. Segera dia menghubungi Sarah. Dia tidak peduli walau sudah lewat malam.

“Assalammualaikum Sarah, kenape la baru boleh contact ni awak tahu tak saya separuh mati fikir pasal awak.”

“Wasalam, sory abang Sarah ada hal sikit tadi. Sarah ada rumah ummi ni.”

Perlahan suara Sarah. Menahan risau didengari oleh abang atau ummi. Sebelah bilik dia bilik abang sulungnya.

“La kenape pulak dah. Patut la abang tunggu sehari ni langsung tak mesej abang.”

“Nanti la Sarah cerite dekat abang.”

Suara perlahan dari Sarah memberi pengertian penuh pada Firash. Dia tahu Sarah sedang berhati-hati.

“Ye la sayang, jangan diam macam tu abang risau tau. Sarah ok tak ni?”

“Sarah ok je abang. Abang dah balik ke ni. Sory tau Sarah janji dengan abang nak call mesej tapi lambat.”

“Tak pe abang faham. Cuma abang risau nak mesej Sarah dulu takut mengeruhkan lagi keadaan. Abang balik dah. Tak sabar nak jumpa Sarah.”

“Sarah pun, memang nak mesej abang tapi Sarah terlupe… sory tau.”

“Balik nanti kalau nak jumpe Sarah bagitau abang ye. Seronok la kan dapat jumpe ummi dengan dia sampai lupe dekat abang.”

Bukan Firash tidak tahu, pasti ada sesuatu.

“Okay baik. Jangan risau Sarah ok. Balik rumah ummi je ni, abang Sarah dua-dua pun ada.”

“Okay kalau macam tu, ingat tau abang pun selalu ada untuk Sarah.”

“Ye Sarah tahu. Terima kasih abang.”

Baru teringat Sarah ada janji nak jumpa dengan Firash waktu dia balik nanti.

“Sarah mintak maaf okay. Assalammualaikum abang.”

“Ish ape mintak maaf pulak.. waalaikumsalam. Minpi yang baik-baik ye.”

“Okay abang.”

Firash lega dapat bercakap dengan Sarah. Dia habis kerja awal lalu memilih untuk balik awal. Sangkaannya dapat berjumpa dengan Sarah.

———————————

“Adik, dah siap belum. Ummi dengan Shah dah tunggu dalam kerete dah tu, nak pegi sarapan ngan pasar je pun.”

“Siap dah, jom.”

Sarah menghantar pesanan ringkas pada suaminya. Namun dari hari itu langsung Hilmi tidak menghubunginya. Salah diakah? Dia hanya membalas sepatah sahaja. Sarah benar ragu dengan kasih yang dihukurkan oleh Hilmi.

Shamsul menarik tangan Sarah sebelum masuk kereta.

“Adik sembang dengan sape semalam. Abang dengar adik sembang dengan orang semalam.”

“Dengan kawan adik je.”

“Lelaki ke perempuan kawan adik tu.”

“Alaaa… yang penting kawan la. Lain kali adik cerite dengan abang k.”

Shamsul memandang Sarah dengan mata bulat.

“Adik, abang percayakan adik, jadi tolong la apa benda pun cerita dengan abang. Apa-apa hal nanti senang abang nak back up adik.”

“Adik janji adik cerita nanti. Betul ni.”

“Ok, abang pegang janji tu. Dah jom.”

“Lame sangat la adik ni, ummi lapar tau tak tunggu adik dengan Sham.”

“Sory ummi.”

Tahu ummi mereka bergurau namun masih rasa serba salah.

“Awal lagi la ummi, adik kan mesti lambat dia siap. Abang tu awal dari Shah lagi dah siap tadi ummi.”

“Iye ummi tahu la Shah. Dah jom la gerak cari sarapan yang ada macam macam sikit. Kite semua selera lain-lain.”

“Baik boss.”

Shahril memandu tenang sahaja. Jalan juga tidak beberapa sesak pagi sabtu ini. Sekejap sahaja terasa tengok dah sampai. Berbual sakan dalam kereta hingga tidak perasan perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit.

Selesai makan mereka ke pasar membeli barang untuk dimasak hari ni. Hari memasak untuk kedua anak lelaki ummi. Sarah akan jadi tukang potong sayur. Ummi hanya akan duduk hari ni.

“Ummi nak makan sayur ape hari ni?”

“Hari ummi nak makan sayur labu masak lemak je la.”

Sarah tersenyum girang hari ni. Dia sangat bahagia hari ni.

“Sarah nak makan ape?”

Shamsul tidak lupa bertanya kepada adiknya itu.

“Sarah makan ape-ape je abang. Masak je k.”

————————————

‘Abang, Sarah keluar dgn ummi n abang pegi pasar n sarapan.’ - Wife

Hilmi memandang telefonnya.

“Serabut sungguh la, main lari-lari pulak. Berani sungguh kan. Sarah ingat abang akan pujuk ke?”

Hilmi bercakap sendirian. Dia tahu Sarah akan pulang. Sarah mana pernah pergi jauh. Paling-paling rumah ummi dia.

———————————

“Dari tadi abang tengok adik asyik pandang telefon tu, kalau adik rindu dengan dia call la.”

Shamsul dari tadi perhati adiknya beberapa kali memandang telefon, menunggu balasan dari suaminya la tu. Atau pemanggil semalam. Dia nak tahu sangat soal yang siapa yang telefon adiknya semalam.

“Mesej pun jawab sikit-sikit je abang. Apatah lagi nak call. Sarah ni orang tak penting. Pagi ni langsung tak balas.”

Sayu suara adiknya membuatkan hati lelaki milik Shamsul sakit.

“Adik…jangan cakap macam tu, apa pun nanti keputusan atau tindakkan adik, abang tak akan pernah pertikai. Abang percayakan adik lebih dari sesiapa pun.”

“Terima kasih abang.”

“Amboi sembang berdua je dari tadi kan. Ingat abang kat depan dengan ummi ni tak nak dengar ke adik sembang dengan Abang Sham tu.”

Shahrul sengaja mengusik adiknya. Dalam sesi meluah memang Shamsul selalu menjadi pilihan, dia lebih terbuka dan kata-kata yang keluar selalunya berhemah. Kalau dari diri dia memang hancur dah hubungan adiknya itu. Awal lagi dia nanti suruh Hilmi tu berambus sahaja dari hidup adiknya.

——————> ORANGE BORAHAE

ASSALAMUALAIKUM, PERCUBAAN KETIGA SAYA YA. TERIMA KASIH PADA YANG SUDI BACA. JIKA ADA SEBARANG TEGURAN BOLEH KOMEN YA. SAYA AKAN CUBA BAIKI. MAAF ATAS KEKURANGAN.
CINTA ADALAH SESUATU YANG HARUS DIHARGAI. JANGAN HANYA KITA MEMINTA ORANG MEMBERI. HARUS JUGA KITA MEMBALAS. MAAF ATAS KELEWATAN YANG AMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience